Dahulu, aku pernah marah padamu kerana kamu pernah bersikap dingin terhadapku
Aku tak pernah faham apa khilafku
Tapi ketika itu, aku tidak pernah mengenal apa-apa
Perasaanku kadangkala memberontak
Kerana aku hanya tahu menyalahkanmu
Tapi kamu masih sabar terhadapku
Kamu masih lagi mencurahkan rasa cintamu padaku
Rasa sayangmu padaku
Sungguh!
Tapi kerana kamu
Inilah aku hari ini
Kerana tarbiyah kamu
Aku menjadi sekuntum mawar
Kerana kamu
Aku sentiasa takut pada laranganNya
Kerana kamu mengajarku segalanya
Baik buruk dalam deenNya
Dari solat,aurat
Tuturkata dan segalanya
Kamulah murabbi utama yang hadir dalam hidupku
Kamulah yang terbaik
Hari ini
Aku menulis kerana ku teramat rindu
Aku menulis kerana aku tidak mampu menahan perasaan di kalbu
Terima kasih...
Duhai abahku sayang...
Doaku...
Semoga kamu sentiasa sihat...
Dan di bawah lindunganNya selalu
...............
Diriku berkata.. abah, semoga cepat sembuh.. jangan lupa makan ubat selalu... tidaklah ALLAH mengujimu melainkan rasa CINTANYA padaMu... LUV U AND MOM ALWAYZ
18.42 pm 3 mei 2010
1 comment:
salam ustzh... abuki sakit apa?
Post a Comment