bismillahirrahamnirrahim
Alhamdulillah, saat anis menulis ini, anis telah tiba fi baiti sakinah, tenang rasanya setelah dapat melepaskan perasaan rindu. sepanjang perjalanan dari jam 2.30 petang sehingga 9.20 malam macam-macam peristiwa yang telah berlaku. Anis sendiri sehabisnya Ujian Akhir Kursus (UAK) untuk subjek English Language Proficiency (ELP) terus bergerak pantas ke bilik dan kemudian bergegas ke stesen tren.
Sepanjang di atas tren, peristiwa yang paling anis tidak boleh lupakan dan sebenarnya agak menyentuh hati anis, ialah apabila melihat sepasang c0uple. Bukan tak pernah melihat orang bercouple, kerna di maktab sendiri boleh dikatakan hari-hari anis mencuci mata melihat orang melakukan maksiat, lebih-lebih lagi apabila ketika menjalankan “SKUAD AMRU” pada malam hari. Namun, kisahnya berbeza sedikit. Pada mulanya anis sendiri tidak sedar kelakuan pasangan tersebut, namun setelah sahabat anis sendiri yang memberitahu anis, anis mula memerhatikan kelakuan pasangan terbabit, pelik.. perempuan itu manis bertudung labuh, sedikit sebanyak menimbulkan persoalan sama ada mereka benar-benar pasangan couple ataupun suami isteri. Berpelukan sesama sendiri, sehingga menyebabkan perasaan anis dan sahabat-sahabat semakin panas. Tetiba, datang seorang anak muda, menghampiri pasangan tersebut, lantas bertanyakan “cik berdua da berkahwin ke?” mungkin kerana terkejut dengan pertanyaan tersebut, tangan yang tadi mesra berpelukan dilepaskan segera dan terbukti mereka berdua belum lagi bernikah. Setelah anak muda tadi beredar, kami fikir bahawa pasangan itu, akan berhenti di situ, namun sangkaan kami meleset sama sekali, hanya beberapa masa berlalu, mereka sekali lagi berpelukan.argh!! seorang gadis dari sekolah agama melakukan perbuatan tersebut.
Mungkin kerana panas, kerana ramai orang memandang ke arah mereka, mereka segera bangun dan menuju ke c0ach hadapan. Sahabat anis bingkas bangun dan bertanya pada anak muda. Lbih kurangnya, “adik sekolah sama ke dengan budak tadi?” pertanyaan itu dijawab bukan dan mereka sekumpulan anak muda itu mengatakan bahawa mereka bersekolah biasa manakala pasangan tadi lelaki dan gadis bertudung labuh itu kedua-duanya sekolah agama.
“ sesungguhnya antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” (RIWAYAT Al-Bukhari)
Ternyata walaupun anak muda itu bukan dari sekolah agama namun sekurang-kurangnya mereka masih ada agama dalam diri mereka berbanding dengan pelajar agama yang seolah-olah tidak beragama.
Teingat anis pada kenyataan anak usrah anis, tentang masalah yang melanda umat ISLAM sekarang, sebenarnya ramai orang-orang agama wujud sekarang, mereka mendalami bidang-bidang agama masing-masing, namun dalam masa yang sama mereka juga menjadi golongan yang merosakkan agama dan satu lagi golongan bukan agama namun mereka masih beragama dan mengamalkan segala tuntutan agama.
Seorang lecturer (bukan subjek agama) pernah menyatakan keluhan hatinya, mengapa sejak akhir-akhir ini, semakin banyak ditekankan soal agama dalam pendidikan, semakin banyak masalah yang menimpa masyarakat ini. Anak-anak diberikan pendidikan agama yang secukupnya dari kecil lagi sehingga besar, namun apabila besar mereka juga yang menjadi golongan bermasalah.
Anis tertarik dengan pandangan Ustaz Hasrizal dalam bukunya “aku terima nikah 3: Murabbi Cinta” yang menyentuh bahawa nilaian bahawa anak-anak itu sudah mendalami agama bukan dilihat pada berapa banyak doa yang dihafal, berapa banyak kali khatam al-quran dan lain-lainya. Memang tidak dinafikan smeua itu penting dan pengajarannya perlu berterusan.
Anak-anak harus cepat difahamkan tentang hakikat, semua itu hanyalah baru permulaan dan adalah proses sebelum kita mencapai menjadi individu yang benar-benar beragama. Proses Itu bukan matlamat akhir . Agar jangan nanti hati terkilan mendengar kisah seorang gadis yang bertudung, bersolat dan hafal surah yasin murtad kerana CINTA!
Bukan andaian, tetapi latar belakang individu murtad seperti Aisyah Bukhari dan Hartina pada tahun 90-an lalu, menunjukkan hal yang demikian. Biarpun kes murtad mereka masih diselubungi tanda Tanya, sekurang-kurangnya kita tahu mereka berdua bukanlah miskin didikan agama.
Dan seharusnya anak-anak itu harus memahami dan diajar memahami apa yang mereka pelajari dan lakukan, soal ibadah contohnya, apakah doa yang diungkapkan tanpa mengetahui maknanya. Mungkin sahaja masalah yang dihadapi umat sekarang, mereka tidak memahami dan menghayati apakah itu hakikat agama, ISLAM IS THE WAY OF LIFE dan lain-lainya.
Hakikatnya ISLAM itu seharusnya bukan INDAH pada nama manis berseni, tapi kekalkanlah dan pahatkannya pada hati .. agar segala janji yang terpatri tidak akan termungkiri pada ILAHI..
No comments:
Post a Comment