Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...alhamdulillah....akhirnya detik itu tiba jua!!!
Perasaan lega... dan lega, berjaya juga mencari masa untuk bertemu dengan qurratu a'yun anis!!!
lega~ dapat buat Usrah untuk minggu ini...(^-^)v...huhu.. (tapi sedih ckit xsempat nak maen permainan selimut tu dengan adik2)
“kak, amek ni jadual silibus usrah Quranic Group ... orang len x amek lagi.. anis lupa nak mesej hehe” ujarku sambil membelek-belek kertas usrah di atas fail.
“hmmm, akak x wat usrah lagi nis... anis xpela rajin..”
gulp!!! rajin? . terkedu..
“xdela, minggu lepas ter”miss” satu usrah sebab anis dan anak-anak usrah semua sibuk dengan Minggu Untukmu Wanita. minggu sebelum tu pun duk sibuk pk aktiviti utk usrah kubra.”
Adus~ adus.. beralasan lagi....
“esok selepas subuh insyaALLAH..”
“subuh? diorang nak datang ke??” ujar akak, kaget barangkali dengan kata-kata anis.. (andaian je)
“insyaALLAH kak, lagipun diorang semua tu naqibat”
“owh...”
Kadangkala susah juga membuat kenyataan “konon” sibuk dengan pelbagai tugasan sedangkan sebuah amanah hebat juga terpikul di atas bahu. (orang lain pun sibuk juga..adoyai~) Namun untuk selenggara 31 usrah di bawahku.. memang kadang2 mencabar minda.. dengan telatah naqibat .. macam-macam mesej memenuhi inbox telefon buruk kesayanganku. Maafla..
Menyambung kisah tadi.... subhanallah, “anak-anak” anis sudah terpacak di surau subuh itu. Nyata mereka mampu sebenarnya..... malah keceriaan dan “kebisingan” usrah anis tetap seperti biasa.
“akak harap sangat adik-adik terus istiqamah....sejuk hati memandang barisan bertudung putih pagi ni..”
Kesempatan bertemu mata dan melepaskan rindu sebenarnya...
rabitah hati sudah mula menyimpulkan tali ukhuwah kami.. walau dalam gelak ketawa (naqibat yang kadang-kadang suka wat lawak..sori~)..namun biasanya bermo0d serius (sori juga~) membuatkan kami sentiasa tidak lokek dalam mencurahkan idea... walaupun kadang-kadang anis sendiri sedar diri tak sebaik yang lain.
Usrah pagi tadi sempat menyentuh suatu tajuk.. dalam sedikit keterpaksaan barangkali, Namun, ALLAH telah membuka sedikit hikmahnya untuk sama-sama dirungkaikan.. Walau simple..
Benar, tajuk pagi tadi sebenarnya membuka minda bahawa keimanan terhadapnya pasti menyebabkan kita sentiasa dan sentiasa bersyukur kerana DIAlaH yang maha berkuasa di atas segala yang baik dan buruk itu.
BAHAGIA KE AKAK?
Apa jua pilihannya untuk kita..kita tetap akan menerimanya dengan penuh berlapang dada..
Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu dirasakan bahagia. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia. Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia.
“benar... ketika sakit menduga..hati selalu rapuh,mohon ingin cepat-cepat sembuh.. berfikir bahawa sembuh itu akan menyebabkan diri lebih bahagia tanpa sedar bahawa ALLAH pemilik kebahagiaan hakiki..alangkah baik andai meminta agar sakit yang datang sebagai kaffarah dosa tanpa keluhan mendahului...
.......astaghfirullahal’azim”
Hanya pada sihat sahajakah bahagia?? (~~.)
ramai yang tidak mengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan:
"Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia?"
Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui. Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia - rumah tangga yang bahagia, pasangan yang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna?
Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. "Rumput diseberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dari pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi, apa makna bahagia sebenarnya?
Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan itu letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa juga ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi rasa qanaah, tawakal, redha dan sifat mahmudah. Hati yang sedemikianlah dinamakan hati yang sejahtera - qalbun salim. Hati yang mesti dimiliki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui Ilahi.
Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain... Hanya ingat pada Allah. Begitu maksud yang diungkapkan dalam al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingatkan Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, terluah pada ucapan lidah dan terzahir dalam tindakan dan perlakuan.
Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya terasa "Aku telah dipilih," "Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput satu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah - Pemilik segalanya.
Jadi, untuk meringankan beban hati menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tidak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu sesuatu yang tidak baik. Iktikad (keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik - pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat.
Hati tidak dapat tidak, mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka!
Maha Suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba Nya, hati yang tenang akan berbisik;
"Tuhan... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."
Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin akan merasakan diabaikan. Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit akan terasa dipinggirkan. Allah meletakkan bahagia pada HATI yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua manusia.
PILIHAN YANG SERINGKALI BERBEZA
“anis camner sekarang?”
bahagiakah aku?
hmmm diri terdiam, bukan tidak bahagia, tapi terfikir...
fikir pada ujian yang selalu mendatang... dah hampir beberapa minggu perit itu tidak datang. Otak (hu3), urat mata, dan seluruhnya terasa ringan tanpa perit yang selalu menarik-narik. Hampir sahaja sudah tidak punya perasaan.. tapi Tetiba rasa rindu...
“eh anis, awak dah tak sakit ea sekarang.. besenya kan setiap minggu ade je ” tanya kak anis (ni bukan diri ini ea tapi nama je yang sama)
“Alhamdulillah dua minggu ni ok je”
bila perit itu datang, selalu fikir kalau dah sihat tentu bahagia sikit..
teringat lagi pelukan panas seorang kakak dengan nasihat dalam esakan tangisanku..
“adek, adek kena kuat.... ALLAH sentiasa bersama adek...ALLAH tahu bahawa adek mampu sebab tu dia selalu uji adek,... sakit dan semua tu adek kena sabar ye... kak pon dah tak tau macam mana nak cakap kat adek..tapi adek kena yakin..ada hikmah tu..pasti ada hikmah... yakin dengan hikmah yang ingin ALLAH tunjukkan” alahai kak Mahirah sayang...
Bahagia itu bukan relatif dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insan. Mujur dan syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan. Ingat, kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan, tetapi ia ada di sepanjang jalan! Not a destiny, but a journey! Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya 'apakah aku bahagia?'.
"Bila kita nak membahagiakan orang, kita sendiri perlu bahagia.
Kita akan bahagia bila melihat orang lain bahagia.
Kesimpulannya, bahagiakan diri sebelum membahagiakan orang lain." – Ukht Insyirah
Alhamdulillah...alhamdulillah...hatiku berkata, aku bahagia!!!. bahagia dalam pelukan tarbiyah daripadaMU...
Demi Islam, Aku ikhlaskan segalanya..
24 Julai 2010
12.49 a.m
m326
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis.
No comments:
Post a Comment