Bismillahirrahmanirrahim...
bila diri dihanggap rasa berdosa tatkala melakukan sesuatu khilaf.. bersyukurlah kerna masih wujud perasaan itu. Siapakah yang tidak pernah melakukan kesilapan? ALLAH sahajalah yang boleh menjamin kesucian diri seseorang dari sebarang khilaf...Justeru dalam membincangkan soal dosa, anis tertarik sebuah hadith yang dipetik dari sebuah artikel “SEBERAT GUNUNG ATAU SEBERAT HINGGAPAN LALAT?” yang bermaksud:
daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w:
sesungguhnya orang beriman itu melihat dosanya seakan-akan dia duduk di bawah sebuah gunung yang hendak menghempapnya. Tetapi bagi para pendosa, melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya. (al-bukhari, aljami’ al sahih al-mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil 5, hlmn 2324 no hadith 5949)
cara kita melihat?
apabila kita melihat dosa-dosa yang kita lakukan dengan pandangan orang beriman, maka hati kita akan bertambah gelisah. Kita akan cemas dan khuatir sekali kerana gunung besar boleh menghempap kita bila-bila masa sahaja...
Mari kita bayangkan situasi begini...
semasa kita memandu kereta dilebuhraya, hujun turun dnegan lebat. Tiba-tiba tanah menderu runtuh di hadapan kita dan kereta kita terperangkap, tanpa boleh menyelamatkan diri. Kemudian, kita melihat di atas bukit itu, batu-batu besar sudah bergerak-gerak perlahan untuk jatuh. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Cemas mungkin bukan perkataan yang sesuai lagi untuk menceritakan gemuruh hati menanti maut.
Subhanallah..andai begitulah cara kita melihat dosa...
sudah tentu kita bisa sedaya-upaya menjauhinya...
NAMUN...
Bayangkan pula... andai kita melakukan dosa tetapi tidak terasa ia adalah dosa. Walau kita tahu ia dosa, tetapi hati mengatakan tidak mengapa. Bagaikan kita menghalau lalat yang hinggap dihidung. Tangan menepis kerana terasa sedikit terganggu, namun hidup penuh sir dosa masih diteruskan. Memang terasa sedikit rasa dosa, namun mata masih memajamkannya..
Maka pandangan mana satukah kita?
astaghfirullahal’azim...
Demi Islam Kita Berjuang... Demi Islam kita ikhlaskan segalanya..
p/s: maaf dah lama tak menulis ..(T-T)
Kelas PISMP PAI SEM 2
1.22 Petang
19 Julai 2010
No comments:
Post a Comment