Thursday, July 8, 2010

SUKARKAH DILUPUSKAN?


"Hati itu ibarat berlian yang bergemerlapan dan setiap ukhuwah yang terjalin adalah penguat sinarnya. Simpanlah setiap satunya dalam hatimu. Ku harap kau mengerti bahawa hidup ini tak pernah sepi dan dikau punya teman yang tidak akan menyepi. Semoga ukhuwah yang dibina dengan lafaz bismillah hanya diakhiri dengan lafaz innalillah."


Bismillahirrahmanirrahim..


Seinfiniti kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa kerna masih mengurniakan daku segelumit kekuatan untuk menempuhi hari yang suram ini. Benar, setelah meluahkan segalanya kepada pemilik cintaku terasa satu kelapangan dan kedamaian yang benar-benar sukar untuk diceritakan... subhanallah...

Petang semalam, terdetik hati untuk mendengar bicara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang “Berbicara Tentang Cinta”. Benar, ungkapan yang diluahkan oleh Tuan Guru bahawa tiada manusia yang dapat mengenal manusia kecuali sang pembuat manusia itu. Mungkin ada yang mengatakan bahawa ibubapa yang menyebabkan manusia wujud. Namun, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa ibubapa juga adalah manusia. Manusia yang tidak mungkin dapat memahami sepenuhnya manusia. Iya, hanya ALLAH yang dapat memahami diri kita. Mana mungkin ada yang dapat memahami kita lebih dari ALLAH s.w.t. kerana DIAlah yang telah menciptakan kita dan dia juga telah menjadikan kita begitu begini sudah tentu dia juga tahu apa jalan yang terbaik untuk kita dalam kehidupan ini. Sesungguhnya, ALLAHlah KEKASIH HATI yang baik, terbaik dan paling baik..



BERMULANYA EPISOD ITU...



Menyinggah kembali pada coretan hidup yang lalu membuatkan diri tersenyum.... Anis sendiri tak pasti bagaimana mahu menceritakan detik itu.

Erti kemanisan dalam ukhuwah hanya dirasai apabila anis mula berorganisasi. Sikapku yang pasif dan hanya datang kelas, duduk tempat duduk, belajar, makan pun dalam kelas dan berbekalkan makanan yang di bawa dari rumah. Kawan pun tak ramai. Suatu saat ALLAH memberi petunjuk dan ketika itu hati tergerak untuk sama-sama mencurahkan tenaga demi islam. Entah bagaimana saat itu bermula.. Namun keindahan dalam membina ukhuwah bersama-sama rabitah hati berjuang di jalannya menyebabkan anis bertemu suatu lagi rasa cinta...

subhanallah, betapa indahnya bilamana anis dapat rasakan bahawa CINTA ALLAH sentiasa mengiringi setiap langkah kaki anis di jalan ini. Saat lemah, jua saat kuat....



GAGAL DALAM MENTARBIAH



Sukar anis untuk melupakan saat anis terasa saat merasakan diri gagal dalam mentarbiah...

keperitan hati hanya ALLAH yang tahu...


akak, saya rasa saya dah gagal dalam mentarbiah... kalaulah saya mampu tarik dia lebih awal... andai di tanya di sana kelak, tak mampu saya jawab... dia adalah amanah saya... apakah mampu lagi saya memandang rabb dengan diri yang begini? terkadang amanah tidak dapat dijaga dengan sebaik mungkin.. anis dah cuba..rupanya masih ada kelompangan.. kenapalah tiada orang sudi membantu anis.. kenapa semua orang mendiamkan diri.. bukankah kalian dah tahu semuanya... apakah nanti ada harapan untuk anis membawanya berjalan lagi di atas jalan yang semua orang impi-impikan ini???”


kataku sambil tersekat-sekat dalam sendu.. menyapa titis air mata yang gugur


“adek, tiada istilah gagal dalam mentarbiah dalam episod seorang daie jika dia telah berusaha... adek dah berusaha sebaik mungkin untuk mentarbiahnya.. hati dia ALLAH yang pegang.. kita hanya mampu menyeru dan mengajaknya dengan hikmah...”

“ bukan akak tak mau menceritakan hal itu kepada adek, tapi bukankah ke’aiban itu patut kita jaga.. lagipun kami pon tak pasti setakat mana kesahihan cerita itu..”

“anis rasa dia dah semakin jauh.... sekurang-kurangnya bantulah anis ketika kalian tahu ada sesuatu tak kena dengan dia...”

“anis takut.... andai anis dah tak mampu...macam-macam dah ujian ALLAH datang.. satu persatu, talu bertalu...”



saat itu, tak mampu anis gambarkan betapa hancurnya hati lantaran itu bukanlah kali pertama anis diuji..

jujurnya, andai mampu ingin sekali anis menjaga kesemua “amanah” yang ALLAH beri ini....

Kadangkala kesakitan yang dalam bersulamkan kekecewaan membuahkan rasa tidak mampu lagi berada di jalan yang penuh cubaan ini...



FOBIA???



kadangkala terasa fobia untuk melalui susur jalan ini lantaran sudah beberapa peristiwa perit episode seorang dai’e telah anis lalui.. walaupun kadangkala ianya kecil.. namun apabila dilalui sendirian terasa terlalu perit...

maafkan anis, kak, anis bukan nak salah sesiapa, anis sedar ianya mungkin salah anis, benar-benar terasa gagal dalam suatu tarbiah... akak kan dah tau apa yang telah anis lalui selama ini... “

Pernah terasa diri tidak layak lantaran terlalu kerap menanggung sakit dan menyebabkan kadang-kala tidak menghadiri pertemuan dalam organisasi dan kadang-kala terpaksa berpura-pura .... dalam diam, siapa tahu hakikat sebuah keperitan ini...diam bukan bererti membisu.. hatiku juga penuh dengan kata-kata...andai mampu diselami...



TEMAN MEMBAHU MENGUATKAN AKU



adek, adek kena kuat.... ALLAH sentiasa bersama adek...ALLAH tahu bahawa adek mampu sebab tu dia selalu uji adek,... sakit dan semua tu adek kena sabar ye... kak pon dah tak tau macam mana nak cakap kat adek..tapi adek kena yakin..ada hikmah tu..pasti ada hikmah... yakin dengan hikmah yang ingin ALLAH tunjukkan”.

“dari dulu sampai sekarang kak... anis tak mahu mengeluh begini.. tapi anis pun manusia biasa.. terkadang tersungkur dan rapuh dalam menghadapi ujian ALLAH..bantu Anis... jangan buat begini lagi.....”

adek.. hati manusia ALLAH yang pegang... berusahalah sehabis baek... ada hikmah yang besar mungkin ALLAH ingin tunjukkan di akhir jalan ini...”

Benar kak, terima kasih kerana masih sudi membahuku ketika terasa lemah... susah sebenarnya nak mengikis rasa bersalah..lebih-lebih lagi bila amanah yang anis pegang bukanlah suatu amanah yang biasa..


dan janganlah engkau usir orang yang menyeru Tuhannya pagi dan petang. Mereka mencari keredhaan Tuhan. Engkau tidak memikul tanggungjawab mereka sedikit pun, dan mereka tidak pula memikul tanggungjawab engkau sedikit pun. Lalu, mereka kau usir, kerana itu engkau termasuk orang yang melanggar aturan”

(al-an’aam : 52)


andai mereka mampu mengerti sudah tentu jalan ini tidak sesukar yang pernah anis lalui...


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.

(surah al-ankabut 14)

betapa lamanya dakwah seorang Nabi itu... berbanding diriku yang hanya segelumit baru

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

benar..

pada mulanya mungkin susah mahu memujuk diri.. tapi ALLAH terlebih dahulu memujuk hatiku yang telah rapuh.. saat anis terjumpa ayat ini terasa suatu kelapangan yang teramat sangat...

jujur..terasa terbuka hijab.. membuatkan anis pasrah di atas segala ketentuan ALLAH yang Anis hanya mampu berusaha..

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. AL-QASAS : 56

.......................



PAHIT MANIS ITU AKAN TERUS TERASA



Cuti yang lepas, sempat mengunjungi adik-adik di sekolah..

Rindu....sangat

Teringat bagaimana kami sentiasa berganding bahu dalam mengembangkan sayap dakwah di bumi Maahad...

bagaimana ketika bilik gerakan kami di ambil alih

kuat-menguat dalam melaksanakan pelbagai program saban hari dan minggu

kini...

segalanya tinggal kenangan...

namun ia pasti akan terus di subur dengan semangat baru dari adik-adik..

yang masih terus-menerus berdakwah di bumi MAAHAD

di sinilah lahirnya ulama’-ulama’

golongan professional...

semoga adik-adik juga terus kuat...

dan semoga selepas ini adek-adek lebih bersedia menghadapi yang nyata...

REALITI BUKAN ILUSI!!!

kak anis tahu cabaran kini tidak sama dengan cabaran dahulu...

tapi kuatkanlah dirimu kerna doa kami sentiasa mengiringi langkah adik-adik

ya ALLAH kau tetapkanlah hati-hati kami untuk terus berada di jalan ini.. walau apa jua kiranya ujianmu datanglah ia dengan halawah, suatu kemanisan yang tidak pernah wujud dalam suatu amal yang lain.. agar kami terus bisa berdiri malah mungkin berlari membawa panji dalam menegakkan syiarmu..kau ikatkanlah hati-hati kami agar bisa kami bekerja dengan penuh pengharapan hanya untuk menggapai REDHAMU...

Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.
Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.
Sayangilah jangan membenci.
Perubahan bermula dari diri sendiri

KERANA ISLAM, AKU IKHLASKAN SEGALANYA..

11.53 p.m

Jumaat

Kelas PISMP PAI SEM 2

.

No comments: