Tuesday, August 31, 2010

Hati Kecil Vs Hati Besar

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... banyak yang anis dapat dari kupasan menarik Ustaz Zawawi Yusuf dalam Forum Badar Kubra di Qaryah Ramadhan baru-baru ini. Paling menarik, kisah batu belah batu bertangkup...

mungkin sekali, malah anis cukup yakin bahawa para pembaca blog ini pasti pernah mendengar kisah tersebut .. walaupun anis sendiri tidak pernah menonton cerita “Batu Belah Batu Bertangkup” (percaya atau tak anis memang tak suka menonton cerita P.Ramlee..(~~.)) Tapi banyak yang boleh kita koreksi dari kisah tersebut.

Anis cukup tertarik dengan penyampaian ustaz. Benar dan sememangnya benar, orang yang hatinya besar lantaran terlatih dengan ayat quran, terdidik dengan tafsiran mukjizat ALLAH... pasti hatinya cukup-cukup besar.. AKU INGIN BERHATI BESAR!!!

Cerita dongeng batu belah batu bertangkup pernah kita dengar. Setidak-tidaknya sekali terutamanya semasa kecil hati kita mungkin pernah merasa seram dan ditakut-takutkan oleh kisah seorang ibu menyerahkan dirinya ke dalam sebuah gua batu yang boleh menelan manusia. Lalu hati kita kecut, takut-takut ibu kita pula akan ditelan batu. Lalu kita pun berhenti menangis atau merajuk takut-takut ibu kita akan mengalami keadaan yang sama. Walaupun cerita ini jelas berunsurkan dongeng malah di sesetengah tempat terdapat elemen tahyul, namun cerita ini tetap masyhur disampaikan dari generasi ke satu generasi.

Diringkaskan kisahnya berlegar disekitar seorang balu miskin dengan dua orang anaknya yang masih kecil. Yang sulung, seorang perempuan, manakala yang bongsu pula seorang lelaki. Ibu tersebut terpaksa menyara dan memelihara kedua anak itu setelah suaminya meninggal dunia. Justeru ibu miskin tadi terpaksa menyara kehidupan anaknya dengan membuat berbagai-bagai kerja, dari bercucuk tanam, mengambil upah bekerja di rumah orang hinggalah menangkap ikan. Matlamatnya cuma satu, yakni janganlah kedua anaknya mati kebuluran.

Pada suatu hari, ibu tadi berjaya menangkap seekor ikan Temakul (betul kan eja macam ni?) yang mempunyai telur. Setelah ikan ini siap dimasak, si ibu tadi berpesan kepada anak perempuannya agar memberi anak lelaki kecilnya makan. Manakala dia terpaksa keluar kerana masih ada kerja yang hendak dibuatnya. Sebelum pergi siibu mengingatkan anak perempuan agar menyimpan sedikit telur ikan Temakul yang telah siap dimasak untuk dimakannya sewaktu pulang ke rumah nanti. Sepeninggalan ibunya, kakak tadipun memberi adiknya makan. Setelah habis bahagian siadik, kakaknya menjadi bimbang kerana siadik masih belum puas, dia terus menerus minta tambah sedangkan tidak ada lagi telur ikan yang tinggal kecuali yang telah disimpan untuk si ibu.

Si adik terus menangis, merayu-rayu dan merengek-rengek minta tambah. Setelah beberapa lama, si kakak tidak sampai hati, lalu memberi baki telur ikan Temakul bahagian si ibu untuk adiknya. Telur ikan itupun habis semuanya. Tidak lama kemudian si ibu pun pulang. Alangkah kecewa hatinya apabila didapati telur ikan yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah dan benar-benar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan.

Dia pun berlari ke tempat batu itu sambil berkata, “batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku… aku keempunan telur ikan temakul.” Begitu diseru berulang-ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. “Ibu, ibu… jangan, jangan tinggalkan kami.” Pendek cerita, siibupun ditelan batu dan tinggallah kedua anak tadi menjadi yatim piatu.

Cerita itu terus bersambung dengan pelbagai episod lagi. Hinggalah kononnya kisah ini berakhir dengan ‘happy ending’ bila si adik lelaki berkahwin dengan puteri raja dan si kakak juga turut berkawin dengan putera raja.

Namun apa yang hendak diiulas menerusi tulisan ini cukup hanya setakat itu sahaja. Sebenarnya, fokus kisah ini boleh diberikan ditujukan kepada dua subjek. Pertama, subjek pendidikan, kedua subjek komunikasi. Dalam soal pendidikan, jelas terdapat kepincangan yang besar pada karektor ibu dalam kisah ini. Sebagai ibu, perbuatan merajuk atas perbuatan anak (dalam kes ini sehingga sanggup membunuh diri) adalah salah. Ibu adalah individu yang mesti mengasehi anaknya sepenuh hati yakni secara ‘love without condition’. Maksudnya, cinta tanpa syarat. Apa sahaja sanggup dikorbankan demi kebahagian anak, hatta diri sendiri.

Dalam kisah ini, jelas kelihatan jiwa siibu terlalu kecil dan rapuh, sehingga begitu terkesan dengan perbuatan anaknya yang masih kecil dan belum matang berfikir. Sedangkan dalam proses mendidik anak, kesabaran dan kebijaksanaan sangat diperlukan. Seorang ibu adalah juga seorang pendidik yang benar-benar merasakan tugas mendidik anak ialah amanah besar daripada Allah. Siibu harus sedar bahawa dia sedang memikul tugas warisan para rasul khususnya nabi Muhammad SAW. Jika seorang jurutera, doktor, peniaga dan juruterbang berdepan dengan benda atau persoalan yang berbentuk fizikal, lain halnya pula dengan siibu yang berdepan dengan karenah anak yakni manusia yang punya jiwa, akal, nafsu dan perasaan. Oleh itu seorang ibu sedikit-sebanyak mesti memiliki kesabaran para Rasul.

Jika kita buka lembaran sejarah, banyak iktibar yang boleh kita ambil khususnya tentang kesabaran para Rasul menghadapi karenah umatnya. Beberapa kesilapan para Rasul kadangkala diperbetulkan oleh Allah terutamanya apabila mereka ‘berasa hati’ dengan umatnya. Walaupun telah sekian lama berdakwah dan tetap ditolak seruannya, namun Allah terus mengingatkan para Rasul-Nya agar tidak berasa kecewa, apalagi merajuk bila berdepan dengan kedegilan umat. Dan beberapa insiden telah berlaku yang merupakan didikan lansung dari Tuhan agar para Rasul tidak mengulangi kesilapan mereka. Nabi Yunus AS misalnya, telah ditelan ikan kerana bertindak meninggalkan kaumnya. Begitu juga yang terjadi kepada Nabi Zakariya AS, Nabi Yahya AS dan lain-lain. Bukan itu sahaja bahkan setiap Rasul merasakan kesilapan masing-masing apabila dihadapkan di mahkamah Allah di Padang Mahsyar kelak. Oleh hal yang demikian, para Rasul tidak berani menunaikan permintaan umat masing-masing untuk memohon kepada Allah bagi mempercepatkan perbicaraan di Padang Mahsyar. Hanya Nabi Muhammad sahaja yang sanggup memohon kepada Allah untuk dipercepatkan perbicaraan itu.

Nabi Muhammad saw telah menunjukkan keunggulan berbanding para Rasul yang lain apabila baginda tidak sedikitpun berasa hati apalagi merajuk terhadap karenah umatnya. Baginda telah menunjukkan ketinggian peribadi apabila sering mendoakan orang yang menentangnya. Peristiwa di Taif misalnya, menunjukkan bagaimana baginda menolak tawaran para malaikat untuk menghancurkan penduduk Taif yang menghinanya. Bukan itu sahaja, bahkan baginda mendoakan agar generasi kemudian penduduk Taif akan mendapat hidayah. Inilah sifat mulia yang menjadi syarat untuk menjayakan proses pendidikan. Tetapi inilah yang tidak ada pada si ibu dalam kisah batu belah bertangkup ini. Sifat mudah merajuknya, bukan sahaja membinasakan dirinya tetapi juga kedua anak yang ditinggalkannya. Si ibu telah merajuk atas sebab yang sangat remeh, yakni sekadar tidak dapat makan telur ikan, bukan sebab-sebab besar yang boleh dianggap penting dalam hidup. Sikap yang sepatutnya diambil oleh iibu ialah berlapang dada dengan sikap anak yang belum boleh berfikir apalagi merasai keinginan dan perasaannya.

Anak yang belum baligh, dan mungkin dalam kes ini belum mumaiyiz, sekali-kali tidak boleh dilayan sebagai orang dewasa kerana mereka masih tidak boleh berfikir, menilai dan bertindak dengan betul. Bukan sahaja ibu-bapa, malah Allah sendiripun tidak meletakkan sesuatu tanggung-jawab atau kewajiban terhadap anak-anak yang masih belum mumaiyiz dan belum baligh. Hanya apabila baligh barulah anak-anak dikira mampu menilai, berfikir, memilih memutuskan dan seterusnya bertindak dengan betul. Ketika itu barulah input berbentuk ilmu, ajaran dan didikan boleh diterima, difahami dan diamalkan oleh anak-anak. Dan ini hanya dapat dicapai apabila seorang anak itu mencapai usia baligh. Bila baligh barulah si anak dianggap layak untuk diberi pertanggung-jawapan dan dihukum sekiranya mengabaikan tanggung-jawab itu.

Mengambil kira hakikat ini, kesalahan ibu dalam cerita ini ialah kerana dia menganggap anak-anak sepertinya juga. Dia terlalu mengharap anak-anak itu akan memahami, bersimpati terhadapnya dan melakukan tindakan yang selaras dengan kehendaknya. Tetapi realitinya tidaklah sebegitu. Anak-anak mempunyai kelemahan yang banyak. Justeru mereka belum mampu berfikir dan menilai seperti mana orang dewasa. Dengan yang salah ini, sering terjadi para ibu memarahi merajuk, kecewa bahkan menghukum anak-anaknya tanpa mempertimbangkan kelemahan-kelemahan anak-anak itu. Dalam konteks ini Rasulullah telah berpesan berpesan “suruhlah anak-anak sembahyang pd umur 7 tahun. Pukullah mereka jika tidak sembahyang apabila umur 10 tahun.”

Kenapa anak-anak 7 tahun tidak boleh dipukul? Ini kerana kalau mereka melakukan kesalahan pada usia itu, bukanlah kerana kedegilan atau keengganan mereka tetapi kerana mereka belum cukup matang untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Sebab itu diperingkat ini, memberi ilmu, membimbing dan menunjukkan teladan yg baik lebih utama dr menghukum. Saidina Ali juga telah memberi panduan bahawa anak-anak yg berumur 7 tahun ke bawah hendaklah diberi kasih sayang secara banyak bermain-main bersama mereka. Supaya dengan itu anak-anak meyakini bahawa ibu-bapa memang kasihkan mereka. Setelah mereka berumur 10 tahun ke atas, barulah menurut Saidina Ali, mereka itu boleh didisiplinkan dengan adab-adab dan peraturan.

Malangnya ibu dalam kisah ini, tidak mengikut panduan-panduan yg tepat dalam mendidik dan menangani karenah anak-anaknya. Dia melakukan kesalahan besar kerana menyangka anak-anaknya mementingkan diri dan tak menyayanginya kerana memakan telur tembakul. Sedangkan sebenarnya, anak itu sayang kepadanya. Tetapi oleh kerana fikiran mereka tidak dapat menjangkau fikiran dan perasaan si ibu, si kakak memberi telur temakul kepada adiknya. Bukan kerana mementingkan adik lebih dari ibunya, tetapi semata-mata kasihan melihat adik yang menangis-nangis meminta telur tersebut. Dan si anak kecil juga, kerana terlalu kecil, apa yg difikirkan hanyalah makan. Dia belum boleh berfikir tentang perasaan dan kehendak ibunya. Apalah yang boleh difikir oleh anak sekecil itu, melainkan lapar, sakit, bermain dan sebagainya?

Subjek kedua dalam kisah ini ialah masalah komunikasi antara ibu dan anak-anak. Dalam kisah ini, jelas tidak adanya komunikasi berdasarkan simpati dan empati antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak si ibu dengan pihak si kakak tadi. Dalam komunikasi yang baik, sikap ‘seek to understand then to be understood’ – sikap memahami orang lain terlebih dahulu barulah orang memahami diri kita sangat perlu. Kita mesti cuba menyelami perasaan, keadaan dan juga kesusahan yang dihadapi oleh orang lain sebelum membuat sesuatu tanggapan, atau suatu penilaian terhadapnya. Dalam ini misalnya, si ibu gagal menyelami perasaan si kakak yang simpatikan kepada adiknya. Dan ibu juga gagal perasaan si adik yg begitu sukakan telur ikan.

Sedangkan si ibu boleh membuat pelbagai alasan bagi pihak anaknya, tentang kenapa anaknya bertindak demikian. Contohnya, si ibu boleh beranggapan bahawa anaknya terlalu lapar. Mungkin telur ikan itu yg paling sedap pernah dirasainya dan pelbagai alasan yg lain. Apabila kita meletakkan diri kita pada kedudukan orang yg sedang kita berkomunikasi dgnnya, maka mudahlah kita membuang rasa negatif seperti sikap prasangka, prajudis dan marah yg tidak diketahui puncanya. Dalam perhubungan, kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Yakni kita terlalu memikirkan diri kita tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Kalaulah si ibu dapat menyelami dilema yang dihadapi oleh anak perempuannya, dan kelaparan yang dialami oleh anak lelakinya, maka sudah pasti dia rela mengorbankan telur ikan itu.

Si ibu berada di satu keadaan yang boleh menyelami perasaan seorang anak, sedangkan sianak tidak mampu menyelami perasaan si ibu. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu tersebut ialah menahan sabar, menahan lidahnya, menahan perasaan dan berkata pada dirinya sendiri… “anakku hanya seorang budak lelaki yang kecil, terlalu kecil untuk mengerti penderitaanku.” Dia harus sedar bahawa anak itu tidak boleh dilayani sebagai seorang dewasa. Dan dia telah meminta terlalu banyak daripada anaknya yang masih kecil. Siibu harus sedar… bahawa Tuhan pun tidak menghukum anak yang masih kecil. Kesimpulannya, jiwa siibu dalam kisah batu belah batu bertangkup ini terlalu kecil… Terlalu kecil untuk memainkan peranan yang terlalu besar. Ya, orang yang berjiwa kecil tidak akan mampu mendidik sekalipun seorang anak yang kecil!

Jadi... kita hanya tinggal memilih... adakah mahu menjadi orang berjiwa besar atau berjiwa kecil..

Demi Islam, Kita Berjuang, Ikhlaskan Segalanya

Memikir dalam kesakitan,

1 september 2010

12.40 a.m

Fi Baiti Sakinah..



Sunday, August 29, 2010

Sireh Pulang Ke Gagang


Insya-Allah pada Syawal yang dinantikn ini

Alumni Maahad Muhammadi (AMAL)

seperti biasa aken mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri AMAL 2010.

Sahabat2 bekas plajar MML, MMP, MMPP dijemput hadir..

Tidak dikenakn sebarang bayaran

...( ^-^)(^-^ )...

Untuk KEHADIRAN (NAMA,NO.HP,KAMPUS,Skolah n BATCH)

sila respon secepat

yang mungkin sbelum 6hb September 2010 (UTK MEMUDAHKAN KERJA)

"Berkonsepkan Rumah Terbuka (Santai)"

Syukran ye... (0.o)

RESPON KEHADIRAN KEPADA:

RASYADAN:0133440625

FASIHAH: 013-2503256





Saturday, August 28, 2010

c0retan itu

Bismillahirrahmanirrahim..

adikku sayang...

saat ini jariku masih lagi pantas menari-nari..

menaip sesuatu yang telah terpatri di hati

tatkala diri

masih terbayangkan dikau...

caraku masih sama..

hanya sebuah “mesej” pengganti diri...

pesanku cukup mudah..

adik...

.jgn alpa dgn langit yg membiru hingga lupa hijau rumput di bumi.

.jgn terkesima dgn sinaran bintang yg bergemerlapan hingga sirna tatkala memandang pasir yg dipijak kaki..

adikku..hargai setiap yg adik2 sdg miliki sebelum ia dibawa pergi..bersyukur dgn apa yg adik2 punyai selagi ia ada di sisi..

jagai nikmat IMAN, ISLAM, AL-HAYA', sebelum ia pudar dek noda yang memadamkannya..

adik.. jgn terkesima dengan nikmat dunia hingga terpadam nikmat sebenar yang datang padamu

benar.. bila ia datang di depan mata mmg tak nampak berharga,

bila hilang nanti jgn lagi cuba bertanya,

waktu kering jiwa, kontang rasa, sirami sedanau embun jua tiada guna...

ia tetap kemarau dgn cinta, hilang tak berpunca..

salam sayang.. jagai dirimu sebaik mungkin

Aku mencoret apa yang ku terdaya.. namun, masih tersiratkah yang tersurat...

aku bersyukur... ada jua yang bisa mengerti... namun ada yang hanya bisa mengucapkan kasih tanda syukur tanpa mengerti apa yang ingin ku kongsi..

adik....

Coretan ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Coretan ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.



Coretan ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.


Coretan ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh
maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?


Coretan ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang
membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Coretan ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika
kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya coretan ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu
hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "



p/s : adik.. aku hanya bisa mengharap..(0.o)..Sem0ga ada sesuatu yang dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau 'jalan di tempat',berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman
yang selalu menemani di kala hati "lelah".

adakah adik itu bermakna orang yang lebih muda daripadaku? mungkin ya, mungkin tidak dalam pengertian sebenar.. namun sesuatu hakikat yang tidak bisa ku ubah.. orang yang ku sayang tidak kira muda atau tua.. semoga panggilan mesra memudahkan aku menyampaikan apa yang tersirat..”

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

demi islam... ikhlaskan segalanya...

28 ogos 2010

fi baiti sakinah...