dua penilaian manusia yang berbeza....
Bismillahirrahmanirrahim..
Saat Allah menegurku berkali-kali, mengajar aku makin bersyukur. Menjadi hamba yang seharusnya tidak henti-henti untuk belajar menjadi hamba.
Itu teguran Allah buat Aku..
Jangan kata saya mulia,
hakikatnya saya hina!
ALLAH! engkaulah yang maha mengetahui siapa aku sesungguhnya..T_T
Seorang kakak yang saya hormati pernah berkongsi kata yang betul-betul menyentuh hati ini…
“seseorang itu mulia bukan sebab dia tu mulia tapi Allah tutup aib dia dari mata orang lain, jadi jangan rasa kita hebat sebab kita mulia, tapi ketahuialh Allah telah buat org pandang kita baik sebab Dia tutup aib kita..nescaya kalau dibuka aib setiap manusia, pasti manusia ni tiada yang mulia melainkan nabi dan rasulNya..
Allah..sangat terkesan di hati..
Saat mesej hijrah menerpa inbox satu persatu aku baca. Namun hatiku tertarik dengan satu kata. Hijrah : 1 Amanah!
amanah….amanah…
Setiap hari aku berangan..iye, aku tahu tidak salah aku membina impian. Aku nak sangat menjadi hambanya yang solehah, bila terbaca ayat dalam surah an-nisa’:34 teringin pula nak jadi wanita yang hafizah dan qanitah. . (tinggi sangatkah saya berangan?)..
ya ALLAH, makin aku sedar.. rupanya sangat sukar untuk menjadi solehah, sangat payah untuk istiqamah, semuanya memerlukan mujahadah! sedangkan aku tak lepas-lepas dari melakukan salah..
aku perlukanmu ya ALLAH T_T”
sahabat blogger saya kata…Tapi insyaAllah jika niat dah ada, Allah akan bantu kita ke arah itu. Tapi kena berusahalah sungguh-sungguh dalam menjayakan misi dalam saki baki umur yang masih ada.
Andai ditoleh ke masa lalu sememangnya terasa lemah semangat. Terlalu banyal dosa dan noda. Namun, jika kita sentiasa melihat ke belakang, sampai bila-bila pun kita tak dapat lepas dari diri kita yang lama. Setiap hari apabila bangun dari tidur, jadilah diri yang baru. Tinggalkan sahaja diri yang semalam. Andai diri yang semalam kurang baik, diri hari ini patut lebih baik. Andai diri yang semalam sudah baik dan soleh, hari ini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh dari hari semalam.
TAPI…..Manusia suka melihat keaiban orang lain tanpa melihat keaiban diri sendiri. Terkadang seorang insan itu sudah pun bertaubat dan cuba berubah. Namun, ada juga insan lain yang tidak henti-henti bercakap tentang dosa silam si dia. Mulia sangatkah kita? Allah sendiri mahu menutup aib hambaNya mengapa kita terasa “besar” dengan membuka keaiban orang lain. Saya menaip ini, saya menasihati diri saya yang selalu sangat lupa!!!!!
Habib Umar berkata “Apabila kamu bertemu dengan Ahli maksiat,maka sayangi mereka dan doakan mereka agar diberikan hidayah oleh Allah”.
GOLONGAN MUFLIS
Saya membaca satu hadis, saya tahu saya pernah membacanya tapi kali ini saya membacanya dengan hati dan saya sangat malu dengan diri dan berasa sangat takut.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sudah pasti saya merasa hal yang sedemikian kerna saya pasti dosa menghina, menyakiti orang sangat mudah dilakukan tanpa disengajakan.
Jelas!
bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya.
Alangkah ruginya golongan muflis ini..T_T
Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.
DI DUNIA…Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah?
Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan memberi peluang tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia).” (Surah Yaasin, ayat 65)
Oleh itu, di sini saya ingin sekali memohon maaf, kerna saya pasti saya ada berbuat salah dengan anda di sana..sama ada saya pernah sakiti, aniayai, hina dan pelbagai perbuatan buruk yang tidak pantas saya lakukan. Saya lagi takut tatkala membaca satu lagi hadith dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Benar, saya pernah menulis sebelum ini, saya amat takut dengan manusia, kerna dengan manusia ini saya pasti ia menjanjikan dua jenis lubuk. Sama ada itulah lubuk pahala atau lubuk dosa tanpa saya sedari.
Terkadang, terasa baru semalam kita menguntum senyum pada rakan, bergurau senda, usik mengusik erat berpelukan .. terasa senang sekali
Namun, hari ini, tiba-tiba dia membisu, senyuman entah ke mana, membuatkan kita serba dan tertanya-tanya.
Alangkah indahnya andai semua bisa meneliti ayat ini…
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al Hujuraat : 10)
Manusia ….biasa, selalu kita sukar mengawal nada percakapan. Yang sepatutnya berunsur nasihat, kita sampaikan dengan nada mengarah dan menyalahkan. Yang hakikatnya berbentuk pujian, kita zahirkan dengan nada perlian atau kejian. Kritikan-kritikan yang pedas juga dilempar sesuka hati.
Menegur sahabat memang payah, tapi punya cara dan ‘skill’ yang tersendiri. Seharusnya saya masih perlu belajar.. menegur dengan cara yang tidak mengaibkan sahabat, tegurlah dengan penuh hikmah dan unsur berlemah lembut kerana untuk mengakui kesalahan memang sukar, apatah lagi membetulkannya. Memang payah menjaga hati manusia, namun itu lah manisnya dan istimewanya seorang sahabat. Hati yang perlu kita jaga dengan kasih sayang.
Kerana itu awal-awal lagi Ali bin Abu Thalib berkata : “Barangsiapa lembut tutur katanya, nescaya manusia suka dengannya”. Berhati-hatilah menjaga pertuturan, kerana dek satu perkataan yang tersasar nada dan maksudnya, hati kawan bisa dirobekkan.
Sabda Rasulullah SAW;
“Jika seorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta.”
Kisah ini saya tak nak lupa…
Rasulullah sendiri gemar memanggil sahabat-sahabat baginda dengan ungkapan cinta dan kasih sayang, “ Wahai Umar yang aku kasihi”, “ Wahai Abu Bakar yang aku sayangi”. Mengapa tidak kita praktikkan akhlak Qudwah Hasanah yang cukup indah ini?
“Kepada sahabat yang ku kasihi hingga ke syurga”
“ Saya sayang kamu kerana Allah, ayuh berteman demi redha-Nya !”
ya ALLAH, jadikan aku orang yang sejuk hatinya, jadikan aku orang yang menjaga AKHLAK, KATA-KATA..
p/s: ALLAH TEGUR AKU LAGI… AKU TERINGIN NAK RASA SOLEHAH TU MACAM MANA… UNTUNGNYA KAMU…
SIFU MENULIS HARI INI :
ALLAH TEGUR SAYA,
11.53 P.M,
28 NOVEMBER 2011.