Bismillahirrahmanirrahim..
Peperiksaan selesai satu kertas! Alhamdulillah, Allah masih sudi memandangku dengan memberikan nikmat untuk peperiksaan, sedangkan ada hambanya yang ditarik nikmat ini sebentar sementara Allah mengurniakan sesuatu yang lebih bermakna buat dirinya, hanya jiwa yang melaluinya bisa memaknakan pengertian yang tersirat di setiap ujian ALLAH..
ALLAH…
Sunyi memandang kerusi hadapan Anis terbiar kosong tanpa sahabat. Seorang lecturer bertanyakan khabar mengapa??
hmm Allah lebih menyayangi ibunya. Kerna masanya telah tiba. Kerana Allah ingin mengambil kembali haknya..kerna Allah ingin mengambil kembali barang pinjaman yang diberikan kepada makhluknya..
Terasa baru sahaja mengenali mie (ummi). Sangat peramah orangnya betul-betul macam kamu..tie. Muka mie pun seperti tie...Seminggu bersama mie sudah membuatkan hati ini bagaikan cukup rapat dengan kasih yang dicurahkan mie, juga kak wani dan adik solehah. Juga dalam banyak pertemuan-pertemuan lain yang membuatkan keluarga kita menjalinkan silaturrahim… Allah..
Petang semalam, tersentak apabila seorang sahabat berlari-lari menguak daun pintu dengan mata yang berair..menangis…
memberitahu beritahu berita yang mie telah tiada..
ALLAHU AKBAR! ALLAH! sambil mata membulat..Innalillahi wainna ilahi raaajiuun..
Kehilangan dan kepedihan yang dirasa kami sahabatmu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan hati seorang suami yang kehilangan isteri tercinta, jiwa seorang anak yang kehilangan mak. Benar, jiwa yang lebih rapat dengan ALLAH, jiwa-jiwa itu jugalah lebih mendalam rasa cintanya pada isteri mereka dan orang-orang yang mereka kasihi. Lantaran kami merasakan sayangnya kami kepada kamu umpama sayangnya kami kepada diri kami, kami tidak dapat menipu bahawa kami juga merasai walaupun sudah pasti tidak seperti apa yang tie rasa.
Semoga ALLAH memberikan keampunan yang tidak berbelah bahagi dan memberikan rahmatnya ke atas Almarhumah Sabariah binti Siti Fatimah, Ummi sahabatku Nurwati, yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 November 2011 jam 3.50 petang (lebih kurang)…
Kita juga bakal mengikut langkah-langkah yang lain..caranya berbeza..bekalnya juga berbeza.. semoga kita juga antara makhluk yang bakal mendapat ucapan “salamun qaulam min rabbirrahim”.. kepada mereka dikatakan “salam” sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha penyayang..(yasin: 58).
"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu, kecuali apa yg diusahakannya." (An Najm: 39)
Sesungguhnya orang2 yg beriman dan beramal soleh adalah syurga "Jannatul Firdaus" itu sbg tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dlmnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yg lain drpdnya sbg gantinya." (Al Kahfi: 107-108)
HAKIKAT HIDUP,CINTA DAN AMAL
masih dalam ruang lingkup buku Ayyuhal walad..
Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
عِشْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مَيِّتٌ ، وَاَحْبِبْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مُفَارِقُةُ ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ
Hiduplah kamu sesuka hatimu kerana pasti akan mati dan cintailah apa yg engkau kehendaki
kerana kamu pasti akan berpisah dgnnya dan buatlah apa yg kamu kehendaki kerana kamu akan dibalas mengikut amal pekerjaanmu.
Satu kata-kata yang sentiasa anis ingat.. petikan dari buku TRAGEDI ALAM KUBUR SYAIKH MUHAMAD BIN HUSAIN YA’QUB:
“Renunglah nasib saudaramu yang kini telah dikubur, dulu ia begitu menikmati pemandangan yang dilihat, kini matanya telah buta. Dulu perkataannya begitu fasih, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dulu ia selalu tertawa, kini giginya hancur terbenam tanah, cermati dan perhatikan. Yakinlah bahawa apa yang telah ia alami akan engkau alami..”.
Allah…semoga lubang kubur itu menjadi taman syurga buat mie…juga buat kita semua nanti.. berdebar-debar menanti saat itu..
kabus itu semakin kabur,
mimpi terus menjentik hati,
BUKAN MUDAH RASA DIKUBUR,
TERUS MENANTI MENJADI REALITI.
mimpi terus menjentik hati,
BUKAN MUDAH RASA DIKUBUR,
TERUS MENANTI MENJADI REALITI.
~31 Januari 2011~
Anis menulis ,
M217,
10 november 2011,
3.36 p.m.
4 comments:
innalillah...
nis....syg anis sahabatku.....:)...tiey
nis, benar...jiwa y merasainya lebih merasa betapa pedih kehilangan insan yang ku pernah berada dalam rahimnya. tapi kerana Allah sentiasa ad bersama tie, tie xrs keseorngan...Alhamdulillah...trma kasih sahabatku ats doamu....
sama2 tie... anis ada, kami ada.. ALLAH lebih2 lagi =_=
Post a Comment