Thursday, November 10, 2011

11.11.11




ya ALLAH jagalah abahku,
ABU BAKAR BIN OMAR ini,
dikala aku tak mampu memeluknya,
sayangi dia ketika aku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia kala perhatianku tak mampu menjengahnya setiap masa,
kerna ENGKAU punya segala yang ku tak punya..








ya ALLAH,
dia ABAHku,
hari ini genap usianya 51 tahun,
jadikanlah dia insan yang sentiasa dalam pandangan kasih sayangmu,
berkati sisa usiaNYA dalam ketaatan,
ya ALLAH,
murahkanlah rezkinya,
berikanlah KESIHATAN yang baik,
kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup,
pulang bertemuMU dalam keimanan,
permudahkan segala kesulitan dan kepayahan yang dilaluinya,
terimalah segala amalanNYA,
maafkan segala dosanya kerna dia insan biasa,
iringi helaan nafasnya dengan cinta kepadaMU,
mudahkan kesusahan dia mencari REDHAMU,
isilah hatinya dengan ketakwaan dan kasih sayangMU,
Bantulah DIA kerana dia adalah ABAHKU yang aku sayangi sampai bila-bila…







selamat hari lahir ABAH..
semoga ALLAH sentiasa memandangmu dengan kasih sayang dan rahmatNYa,
semoga keberkatan USIA dikurniakannya..
Terima kasih atas segalanya..
mohon maaf salah silap acik..



daripada acik,
Jumaah Mubarakah,
11 . 11. 11,
Fi M217,
2.45 petang.