Monday, November 21, 2011

Coretan Santai




Bismillahirrahmanirrahim..


Salam penuh kesyukuran kepada rabb. Pagi yang penuh barakah ini terasa cukup indah tatkala dihiasi dengan alunan bacaan al-Quran oleh Syeikh Hanie Rifaie.


Banyak perkara yang ingin dikongsi lantaran agak lama tidak menulis dengan serius sejak akhir-akhir ini. Banyak bermain :P . Buku terbaru yang menjadi hidangan adalah tulisan Ustaz Muhammad Asraff Ayob Al-Hafiz. Kaedah Jibril yang mengetengahkan teknik mudah dan praktikal untuk menghafaz al-Quran. Sangat-sangat menarik hati ini. Ditinggalkan sebentar di atas almari untuk disantap selepas peperiksaan. Pulang-pulang, plastiknya sudah pun dibuka oleh adik. Nampaknya ia telah pun menjadi santapan untuk adik terlebih dahulu. Namun, ilmu dalam buku tidak akan pernah luak, bahkan bertambah-tambah berkat andai dikongsi.



Beberapa bulan yang lepas ketika menyiapkan assignment berkaitan isu akhlak, sempat membelek majalah yang menceritakan kanak-kanak seawal usia 7 tahun sudah bergelar al-Hafizah. Hati terasa malu dengan diri. Sudah lama menyimpan hasrat namun tidak tertunai. Masakan bisa, jika diri bukan seorang yang mudah fokus pada sesuatu perkara. Beberapa kali telah berusaha namun tetap gagal. Biasanya hanya mampu bertahan selama sebulan. Apabila tiba musim program dan lambakan kerja, hafazan telah hilang fokusnya. Teringat sekolah rendah dahulu, sangat suka ketika diberi waktu untuk menghafaz amat untung jika suatu ketika dahulu diri ini menyambung usaha diperingkat menengah. Namun, amat bersyukur kerna aturan Allah jua yang terbaik. Husnuzon pada Allah itu lebih manis rasanya berbanding segalanya.


Buku yang dibaca banyak mengubat kecewa di hati ini. Walaupun belum khatam, namun kata-kata yang paling Anis suka untuk dikongsikan di sini berbunyi:


seorang pelajar dalam kuliah hafazan dewasa pernah mengeluh, “Menghafal al-Quran sebaiknya bermula dari kecil, bukannya ketika sudah berusia”.


Penulis menjawab, “betul, akan tetapi kalau mahu mengetahui, Rasulullah mula menghafal al-Quran bukan semasa berumur 4 tahun, tetapii semasa berumur 40 tahun.”

A’a, betul tu, Allah…

Antara sunnah Rasulullah yang sering diamalkan, ramai melupakan sunnah besar adalah mengikuti sunnah Rasul mrnghafal al-Quran dan fakta yang menarik, Rasulullah mula menghafal al-Quran ketika berusia 40 tahun. Jangka masa yang diambil adalah selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. Jika golongan berumur ingin menghafal al-Quran pada masa sekarang, ini adalah waktu paling ideal bagi memulakannya.

Seorang pelajar bangun dan berkata, “hati kami sudah keruh seperti sungai Klang, bukannya macam Rasulullah, putih dan bersih.”

Penulis hanya tersenyum.

Benar, hati kita tidak sebersih hati Rasulullah yang disucikan oleh malaikat dengan air zam-zam. Tetapi ini tidak bermakna, hati kita tidak dapat dibersihkan.


Penulis menjawab, “Oleh kerana hati kita keruh seperti Sungai Klang, jadi kita perlu menghafal al-Quran sebagai penyuci, Qiamullail sebagai peluntur, kemudian hati menjadi lebih putih.”



Benar, walaupun kita sudah berusia, rambut sudah bertukar warna, penglihatan sudar pudar, itu tidak bermakna impian untuk menghafal harus pudar dan luntur dan perlu dikuburkan begitu sahaja.  Rasulullah telah berjaya membuktikannya. Di mana pula kita?


Sempat berbual-bual dengan seorang adik selepas menolongnya untuk mentasmi’ bacaan al-Qurannya.

adik pernah menghafal al-Quran dahulu, di Pusat Tahfiz yang sama dengan kak Fatimah, tapi yela kan, time tu form 4, nak focus pelajaran lagi, nak focus menghafaz lagi..last-last lama tinggal dah banyak lupa….” ujar seorang adik ni.

 Tersenyum…

Merenung jauh dalam diri sebenarnya..


Banyak kisah yang berlegar disekeliling yang sama dengan kisah adik tersebut. Amat kagum dengan anak usrah, mampu menghafaz dan terus bertahan walaupun diri ini tahu bahawa dia sendiri berhadapan dengan pelbagai mehnah dalam bertahan dan dalam masa yang sama mengejar jadual akademik di kampus.


Mudah-mudahan niat di hati  akan dinilai di sisinya dan bakal menjadi nyata biarpun diri ini tidak mampu, biarlah zuriat kelak bakal menjadi ahlullah sebagai hadis Rasulullah yang bermaksud:

Anas melaporkan, katanya, “Rasulullah berkata, Sesungguhnya Allah memiliki kerabat dalam kalangan manusia.” Sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, “Mereka adalah ahli al-Quran, mereka kerabat Allah dan orang pilihan-Nya.” (Direkodkan oleh Ibnu Majah).

Aku ingin menjadi ahlullah andai diizinkan-Nya suatu hari kelak..allahumma ameen

p/s: kak nis doakan impian kamu tercapai my dear…fi hifzillah

Coretan santai,
Fi baiti Sakinah,
22 November 2011,
9.53 a.m.

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum,
alhmdulillah..coretan hati yang begitu halus maksudnya..
sedap untuk dibaca lantaran mengmbil input dan smngt yg dpt diaplikasi dlm khidupan ini..
moga enti sentiasa dlm ksh syg-Nya.

anis humaira said...

allah... allahumma ameen..sekadar perkongsian ilmu drpdnya jua segalanya..wa anti aidon