Tuesday, November 8, 2011

dengan manusia....



Bismillahirrahmanirrahim..





Hembusan bayu memandu fikiran jauh melayang.. Allah…. ingin dikongsikan di sini, tapi biarlah dahulu ia dibawa pergi oleh angin.



Punya perasaan sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan kerapkali dianggap pelik dari yang lain..




Allah…aku punya ilham tersendiri..aku punya perasaan yang ALLAH kongsikan buat aku berfikir.. aku tidak harus malu untuk memohon kemaafan daripada manusia, kerana aku tidak mahu MALU dihadapan ALLAH kelak..dosa yang aku takuti adalah dosa aku dengan manusia, yang aku bimbang saat ia parah aku tidak sedar, sedangkan dosa aku dengan ALLAH aku bisa memohon daripada sang maha pengampun dan maha mengasihani..paling menakutkan jika menjadi golongan yang muflis di sana.. ALLAH….





Manusia..dari satu sudut mengenalimu adalah satu LUBUK KEBAIKAN buat diriku.. terlalu banyak yang ALLAH alirkan dari situ, SYUKUR…ALHAMDULILLAH YA ALLAH..




namun dari satu sudut  itulah LUBUK DOSA yang sentiasa mengalir dosa tanpa aku sedar..mudah-mudahan ALLAH membimbingku..




“Maafkan segala dosa saya..jangan bawa dosa saya ke akhirat..tolong..tolong sangat2 T_T..”




teringat satu mesej ditujukan buat anak umi…




Ida, doakan kak nis ye,



“Ya ALLAH jadikanlah sahabatku ini hamba yang solehah, anak yang solehah, kakak dan adik yang solehah, SAHABAT YANG SOLEHAH, serta isteri yang solehah suatu hari nanti..”




dalam tenang anak usrahku membalas…




amin, insyaALLAH.. moga doa itu buatku jua..roda kehidupan , mengajak aku mengimbau kenangan bersamamu yang penuh semangat dan keberanian..pabila aku berputus asa dalam mengharungi arus kehidupan, engkau memberi aku dorongan dan ajaran kerana engkau adalah SAUDARA dan SAHABATku..



Aku menadah tangan berdoa memberitahu Pemilikku yang aku, bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan sahabat sepertimu kepada…



“Ya Allah, ku mohon agar engkau sentiasa mencurahkan rahmatMu kepada sahabatku ini..”



Inni Uhibbuki Fillah..^o^

bercinta sampai syurga~…



insya ALLAH anakku, adikku jua sahabatku……



terlalu besar dan tinggi kata-kata itu untukku..




tidak pasti apa focus penulisanku pada hari ini..semoga kamu dapat mengerti apa yang ingin aku sampaikan…


perubahan menuntut pengorbanan! 
bantu aku,...semoga ALLAH bantu kamu..


Fi M217
8 November 2011
6.28 a.m

No comments: