Bismillahirrahmanirrahim…
Sungguh
sunyi menghimpit rasa, sahabat sekelas semua sudah pulang ke kampung halaman.
Hati memberontak ingin ditemani. Tak sabar menunggu esok! (Sabar ye cik
hati).
Exam
dah habis. Harus gimana ya?
Alhamdulillah
selesai sudah peperiksaan. Sungguh! Tampaknya seperti selesai namun hakikatnya
masih tidak selesai. Peperiksaan demi peperiksaan kita tempuhi. Andai berjaya
Insya-ALLAH bertambah keimanan, jika gagal, hati terjerumus dengan perkara yang
Allah larang maka berkurang “pointer” iman kita. Pesan seorang sahabat dalam
tazkirah zohornya,
“Iman
kita yazid wa yanqus, tapi kita kena ingat kenapa iman kita yazid wa yanqus,
yanzid bi al-taat wa yanqus bil maksiat. Bertambah iman kita kerana ketaatan
dan berkurang kerana maksiat.”
Semalam,
seorang sahabat datang ke bilik, berkongsi rasa,
“Anis,
saya memang gembira sebab dah habis semua paper
tapi setiap kali habis exam, saya sendiri terasa dan tertanya. Apa sebenarnya
yang saya dapat dari semester ni? Rasa kosong.”
Anda
pula bagaimana? Agak-agak apa ilmu yang dapat setelah semester demi semester
belajar?
Diam,
dan fikirkan sejenak.
Alhamdulillah… banyak sekali J !
atau
Astaghfirullah
al- azim… hmm… L!
Moga
ilmu itu bukan hanya di kertas, setelah peperiksaan, ilmu juga tammat begitu
sahaja di atas kertas dan melayang untuk diperiksa oleh pemeriksa, kemudian
hilang. Nauzubillah. Apa pun ilmu yang ALLAH bagi, usahakanlah untuk
menjaganya. Hargailah. Bagaimana menjaga?
kata Imam al-Shafie
شكوت إلى وكيع سوء حفظي * فأرشدني إلى ترك المعاصي
وقال بأن العلم نور * ونور الله لا يهدى لعاصي
Maksudnya : “Aku mengadu kepada guruku Waki’ tentang
buruknya hafalanku, maka beliau menunjukkan aku agar meninggalkan maksiat, katanya
ilmu itu adalah cahaya, dan Cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang
buat maksiat”.
Peringatan
untuk diriku… L Berakhirnya sebuah peperiksaan bermakna anda sendiri
seharusnya sudah dapat refleksi menggunakan tanda aras sendiri. Di mana takat
diri yang telah disukat? Jika lebih baik bersyukurlah dan bergembiralah. Jika
sebaliknya? Anda ada jawapan dalam diri anda. Anis pasti.
Hadiah
dari Allah
Anis
ada membaca blog kak
ayu, salah satu kata-kata guru pelatih berkaitan isu
terhangat sekarang. Sungguh hal yang berlaku benar-benar menyentak kesedaran
buat ramai insan. Tiada yang dapat menjamin sesuatu kacawali Allah jua.
Kata
seorang insan yang Anis cintai dan sayangi suatu ketika, saat sedang berkongsi
rasa,
“Allah
banyak ajar soal tawakkal, enjoy dis moment sebagai satu hiburan dari Allah,
enjoy dengan cara memelihara ikhlas dalam melalui takdir yang sedang berlaku,
tak tau macam mana nak gambarkan rasa yang Allah bagi, apa pun ketakutan yang
kita ada, kita kena overcome…kita sendiri yang memilih jalan untuk menjadikan
kehendak kita selari dengan kehendak Allah.”
Allah
benar-benar menguji tempat kebergantungan kita yang sebenarnya. Mungkin selama
ini kita tersilap meletakkan kebergantungan kita.
Teringat
kandungan modul akidah yang telah dihadam baru-baru ini. Banyak kata-kata yang
Anis suka. Ujian ini juga menguji kemantapan
akidah kita. Benar, Allah nak bagi kita lihat.
Jika kita memiliki akidah yang utuh pasti akan menyebabkan kita akan
dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan, kita tidak akan dikuasai oleh unsur-unsur
luar. Akan tertutup pintu ketakutan
yang selalu berada di kepala golongan jahiliyyah, seperti
takut tentang rezeki, takut tentang ajal, takut pada
diri, takut pada keluarga dan anak-anak, takut kepada pangkat, takut kepada
mati dan pelbagai masalah lain yang menyelubungi ketakutan yang tidak berasas.
Ketenangan jiwa akan menjelma jika akidah kita mantap dan berpaksi kepada Allah
s.w.t. semata-mata. Dengan sebab itulah, ketika orang lain berada di dalam
ketakutan, orang mukmin akan berada di dalam ketenangan. Inilah yang membezakan
keadaan yang sebenarnya di antara Islam dengan jahiliyyah.
Sungguh!
Benar sekali akidah yang mantap akan melahirkan seorang yang berjiwa
besar, dapat memberi kekuatan jiwa yang besar kepada
seseorang. Bila jiwa mereka dipenuhi dengan
sifat raja’ (mengharap) kepada Allah, meletakkan thiqah (kepercayaan),
bertawakal kepadaNya, redha dengan qadarNya, sabar terhadap dugaan dan ujian
dariNya, tidak meminta pertolongan kepada makhluk maka ia akan menjadi kuat dan
kukuh, laksana gunung yang tidak dapat digoyang dan digoncang oleh bencana dan
tragedi. Apabila ia ditimpa bencana, musibah dan sebagainya ia terus memohon
pertolongan kepada Allah s.w.t.”
Pesan
seorang penulis saudara
ilham dalam blognya, Kita fokus ke depan. Apa yang perlu kita lakukan sekarang
untuk atasi setiap permasalahan hidup kita. Rancang semula. Bincang semula
dengan insan terdekat, isteri atau suami atau keluarga. Dan ingatlah bahawa
setiap kejayaan akan datang adalah hasil daripada apa yang kita ciptakan
sekarang. Maka janganlah berlengah.
Harus
bagaimana aku lakukan sekarang?
1)
Kembali semula kepada Pemberi Rezeki
Kebanyakan
manusia hari ini lupa bahawa setiap sen rezeki itu datang daripada Allah SWT.
Mereka alpa dan kejar ke sana ke mari tanpa mempedulikan tanggungjawab kepada
pemberi rezeki. Mereka ingat semua kekayaan atau hasil titik peluh itu adalah
usahanya semata-mata. Apabila tiba ditimpa musibah, barulah dia teringat bahawa
Allah SWT itu ada sebagai pemberi rezeki kepada dirinya. Ketika itulah dia
menadah tangan bermohon dilimpahi nikmat dan rezeki. Kita sama-sama muhasabah
diri dan dekatkan diri pada-Nya. Berdoa dan bersujudlah pada-Nya. Paling afdhal
ialah kita kuatkan semangat untuk berqiamullail. Solat malam adalah salah satu
ibadah yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Pada masa itu pintu
gerbang doa terbuka luas. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi
hamba-hamba-Nya.
2)
Banyakkan MEMBERI.
"Ramai
orang yang gagal dalam hidup kerana lebih pentingkan bagaimana untuk
mendapatkan sesuatu, berbanding bagaimana untuk memberikan sesuatu. Sedangkan
mengikut kajian, orang yang berjaya dlaam hidup ialah orang yang banyak
memberi." Ini adalah petikan
tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya Mukmin Profesional.
Mungkin
kita sering terlupa, Rasulullah SAW sendiri adalah orang yang paling banyak memberi.
Walaupun baginda bukanlah tergolong daripada orang yang kaya raya sebagaimana
sahabat-sahabat lain.
Banyakkan
bersedekah. Insya-Allah setiap sen yang kta hulurkan, akan diberi ganjaran
berlipat ganda oleh Allah SWT. Mungkin kita akan perolehi rezeki yang tak
disangka-sangka daripada Allah. Siapa tahu?
3)
Fokus PENYELESAIAN dan BUKAN PERMASALAHAN
Kita
positifkan diri. Lihat segala permasalahan itu dengan sudut pandang yang
positif. Ia semuanya adalah ujian Allah SWT. Ada sebab kenapa kita 'terpaksa'
hadapi itu semua. Semuanya dalam perancangan Allah SWT.
Ia
bukan mudah. Dan Anis juga bakal hadapi masalah sebagai mana orang lain juga.
Contoh masalah kita berkaitan WANG. Tiada keseimbangan dua pintu, iaitu pintu
pendapatan dan pintu perbelanjaan. Maka kita gunakan apa kekuatan atau
kelebihan yang kita ada. Gunakan ia sebagai pintu jalan keluar permasalahan
kita. Jika saya, selama ini tidak sedar apa yang ada dalam diri. Maka dengan
izin Allah SWT berikan petunjuk disaat saya buntu. Dunia penulisan menjadi
salah satu sumber rezeki selain tugas utama menyampaikan dakwah kepada khalayak
pembaca.
Mungkin
juga boleh ikuti nasihat seorang penulis motivasi terkenal iaitu Dr. Rusly
Abdullah Ph.D. Beliau mengatakan bahawa setiap perniagaan yang mahu diceburi
tanpa memikirkan sangat modal. Eh! betulkah. Ya, betul. Dia risau melihat ramai
orang sibuk pasal modal. Padahal segala apa yang ada pada masa itu dijadikan
modal. Ciontohnya, mahu berniaga goreng pisang. Gunakan kelengkapan sedia ada
buat permulaannya. Ambil apa-apa perkakasan di dapur. Gunakan sebagai modal
untuk menggoreng pisang. Itu contoh mudah diberikan oleh beliau.
Kata
Chef Li, "Kenapa kita tidak kaya? Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan
diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan
orang lain."
Itu
adalah pandangannya. Jika tuan-tuan rasakan ia benar dan mampu lakukan. Maka
laksanakan sekarang. Terjunlah ke dunia perniagaan yang halal dan patuhi
syariat Islam.
Paling
penting kita fokuskan apa masalah dalam diri dan sekeliling kita. Kemudian kita
duduk seketika. Berbincang jika perlu. Apa masalah dan cara penyelesaian
terbaik yang wajar kita lakukan. Jika perlu kurangkan perbelanjaan, kita
lakukan sekarang. Jika perlu kerja lebih masa, kita kerja lebih masa tetapi
tidak abaikan ibadah pada-Nya serta kasih sayang dalam keluarga.
BACA
NI JUGA J!
Tergelak
membaca perkongsian seorang berkaitan isi ceramah UIA,
“Point
UAI yang paling saya suka, rezeki suami
takkan dimakan oleh isteri. Pada awal dengar
ayat ni, agak blurr, tapi alhamdulillah, Allah berkehendakan kefahaman pada
saya. Ketika ditiupkan roh kita ke dalam rahim ibu, para malaikat telah
mencatat ketetapan oleh Allah akan setiap makhlukNya; rezeki, jodoh, ajal. Kaum
adam janganlah risau tentang ekonomi sehinggakan melambat-lambatkan ibadah yang
menyempurnakan sebahagian agama iatu pernikahan. Di mana letaknya keyakinan
kita terhadap sifat Allah yang Maha Pemberi Rezeki? Isteri akan datang ke rumah
suami dengan rezekinya sendiri. Ditambah pula dengan kelahiran cahaya mata yang
juga lahir dengan catatan rezekinya sendiri.
"Orang
asli dok ngaji sifat 20 Allah pun, tapi rilek je ade bini. Due agi bos.
Anok-anok lompat sana sini, 13 orang agi. Tak dok myvi pun, tak dok honda
accord pun, sumpit je bos. Duk umoh dari daun-daun je, tapi yakin rezeki tu
akan mari. Kite hok ngaji sifat 20 Allah pun takut nok nikoh." Ustaz Azhar
Idrus~
Anis
sendiri tak pasti apa point menulis kali ini, semoga beroleh sesuatu.
Akhir kata,
“Harta sebahagian dari rezeki,
ada rezeki yang lebih luas, rezeki kesihatan, ada juga rezeki zuriat, juga
rezeki pada keberkatan, dan setiap nikmat yang Allah kurniakan itu adalah rezeki
dan lebih dari sekadar HARTA”
Allahu
akbar! Banyak perkara yang mampu kita fikir dan usahakan. Saya juga sedang
laksanakan apa yang perlu walaupun ada saatnya saya juga buntu. Kembali
pada-Nya.Mohon pada-Nya. Dekatkan diri pada-Nya. Insya-Allah ada lorong-lorong
rezeki untuk kita.
Tak
salah kerja kuat! Usaha dari sekarang comey! Huhu Anis telah berkira-kira
berfikir, nampaknya perlu mengadun plan dan plan yang lebih strategic
dan sistematik serta futuristic ditambah dengan perencah formula jangan
tangguh! Cepat dan tangkas! Haruslah J
Enjoy dis moment, terima kasih ALLAH J
M302,
6 November 2012,
4.15 p.m.
4 comments:
Moga dirimu sentiasa dlm ksh syg-Nya.
amin.... syukran ya sahabat.... jzkk
ya Allah..berilah kami kedekatan kepadaMu..amin.
pointnya sgt byk sbnrnya,(",)
"ku yakin Allah mengajariku sesuatu"
enjoy every single moment^__^
sis,barakallahufik!
amin...
mek ida...xleh guna perkataan "single" dh...hehe... Sshhh... :P
Post a Comment