Bismillahirrahmanirrahim…
Episod 1 :
Antara Pilihan dan Pengorbanan
Hmmm, hidup ini sentiasa bertemu dengan dua persimpangan
pilihan. Kadang, lebih dari dua pilihan. Mahu atau tidak, kita harus membuat
pilihan.
Bila
memilih, pasti ada pilihan yang perlu dikorbankan. Namun, sesukar manapun
pilihan yang kita buat, merasai dan memaknakan pengorbanan itu lebih perit.
Pilihan yang terpaksa dikorbankan... hmmmm itu lebih memerlukan satu jiwa yang
cukup besar. Dengan cara dan kehendak yang benar... pahit jadi Manis, Insya
ALLAH. Moga Allah REDHA.
Hidup adalah pilihan di persimpangan,
bukan mudah membuat keputusan,
hanya berharap kepadaMu Tuhan,
antara pilihan ada pengorbanan,
pengorbanan menuntut keikhlasan,
keikhlasan membawa keredhaan.
Pesan untuk diri : al-itharu li qurbin makruhun"
atau mengutamakan orang lain dalam ibadah adalah suatu yang dibenci. Insya
ALLAH, berusaha untuk berlaku adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya, jika
tidak diri ini akan menzalimi orang lain dan … diri sendiri… minta dijauhkan ya
ALLAH... Doa’in kitak ya J
Episod 2 : Cinta
SEBUAH MUSAFIR
REFLEKSI
Menelusuri sebuah perjalanan musafir juga adalah satu
zikir. Banyak Allah tunjukkan jalan untuk terus mengingatiNya.
Telinga masih asyik mendengar selingan tazkirah dari Ikim. Syukur. Allah
mahu memberi inzar dan basyir kepadaku. Sedang saat itu berlalu,
suatu sabda belahan jiwa berlalu lembut ke dalam telinga, menembusi halus ke
dalam hati. Aku biasa sangat mendengar hadis ini. Sangat-sangat biasa. Entah
sudah berates kali. Malah semenjak umurku 13 tahun telah lancar di bibirku. Tapi
aku memang tertunduk malu, malu sendirian, mataku basah, hatiku berdebar. Sangat
kencang debaran ini. Aku jadi refleksi sendiri sambil melemparkan pandangan ke
luar jendela kereta. Tanganku genggam erat. Hatiku beristighfar. Allah…
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يُوْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ
وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku
lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya. (HR
Bukhari dan Muslim)
Terus terngiang-ngiang hadis ini hingga saat ini. Cinta
dan sayangku pada ibubapa melebihi rasa cintaku padamu… sungguh! Aku tertipu
dalam sedar. Selama ini aku selalu berdoa agar Allah mencampakkan rasa Cinta
dan Rindu kepadaNya dan Rasulullah melebihi dari dunia dan seisinya. Benar! Ada
lagi rasa cinta kepada dunia ini. Aku perlu belajar memaknakan cinta ini agar
tidak tersalah. Masih ada yang aku kurang sedar. Akan ku pegang perasaan ini
dan aku kongsikan dengan kalian. Kerna juga cintaku kepada kalian.
Pernah aku terlalu rindu kepada mak dan abah hingga
rindu itu sangat mencucuk! Memang terasa di hati! Betul terasa, bukan hanya kata-kata.
Namun, adakah rasa rinduku untuk bertemu Allah dan Rasulnya melebihi rasa rindu
aku kepada mak dan abah?
Aku jadi teringat kepada seorang ustaz. Dia pernah
memberikan suatu tausyiah yang sangat menggetarkan jiwaku. Menggambarkan suatu
perasaan rindunya kepada isterinya suatu masa dahulu. Ketika dia belajar di
luar Negara. Katanya dia teramat rindu kepada isterinya. Lantas terus dia
mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Tanpa menghiraukan keadaan
ketika itu. Yang penting dia pasti perlu bertemu dengan isterinya. Menelefon sahaja tidak mampu menghilangkan
rasa, ingin sekali dia merangkul belahan hatinya dalam dakapan nyata. Sepanjang
perjalanan dia bagaikan kemaruk rindu. Perasaannya sangat membuak-buak.
Perjalanan yang berjam-jam dirasakan berpuluh-puluh jam. Sepanjang di atas
kapal terbang, bagaikan hilang arah. Mendaratnya kapal terbang di lapangan
terbang, dia bingkas bangun dan meluru ke pintu kapal terbang tanpa
menghiraukan penumpang lain. Almaklum, bukan mudah dan bukan sekejap menunggu
masa pintu dibuka. Beberapa minit dirasakan beberapa jam. Setelah pintu dibuka,
dia terus berlari-lari dan mencari-cari di manakah isterinya. Masakan melihat
isterinya sudah hilang rasa rindu, didakapnya. Malah belum hilang rasa rindu,
diajaknya berbual, makan bersama, semuanya diceritakan, namun belum hilang rasa
itu. Terus beberapa hari berlalu dan dia perlu kembali belajar. Ah! Sekejap
sahaja… belum puas.
Ustaz aku ini menundukkan wajahnya. Aku nampak
kehibaannya. Katanya itu rasa rindunya
kepada seorang wanita yang dia cintai. Adakah rasa cinta kita kepada Rasulullah
LEBIH DARI ITU? L
Aku nampak kerinduannya dan aku rasa betapa dia merindui Rasulullah. Aku pula
menyemak diriku. Tertunduk dalam perasaan malu sendiri.
AHABBU
Istilah
أَحَبُّ iaitu (lebih mencintai) di
dalam hadis yang aku dengar tadi sebenarnya mengisyaratkan bahwa cinta kepada
Rasulullah yang dimaksud bukanlah
sekadar cinta tetapi mestilah cinta yang mengatasi atau melebihi daripada
cintanya kepada yang lain. Jika cintanya tidak sampai ke tahap itu bererti
imannya belum sempurna. Hatiku tersentuh bilamana di dalam hadis disebut khusus
tentang ibubapa dan anak-anak, kerana kedua jenis manusia inilah yang paling
dikasihi oleh seseorang. Bahkan terkadang-kadang kedua-duanya lebih dikasihi
dari dirinya sendiri.
Benar! Betapa seorang mukmin dituntut mengasihi baginda
Rasulullah hatta terhadap dirinya sendiri. Ini sebagaimana teguran Rasulullah terhadap
Umar Al-Khattab yang berkata:
Ya Rasulullah,sesungguhnya tuan adalah orang yang paling
saya kasihi mengatasi segala-galanya kecuali terhadap diri saya sendiri.
Mendengar kata-kata itu, lalu baginda pun bersabda:
Tidak, demi diriku di tanganNya, sehingga aku lebih
engkau cintai dari dirimu sendiri
Lalu Umar menjawab: Sesungguhnya sekarang, demi Allah,
tuan adalah orang yang paling saya kasihi walaupun terhadap diri saya sendiri.
Dan mendengar kenyataan itu bagindapun bersabda: Sekarang
barulah sempurna imanmu hai Umar.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sungguh, makin aku terasa bila membaca Sabda Rasulullah :
Orang yang paling aku cintai di kalangan umatku ialah
orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan
mengorbankan) keluarganya dan hartanya. [HR Muslim]
REFLEKSI
Lembutnya
teguran Allah buatku, hatiku terketar, menanam azam untuk terus belajar dan
berdoa. Allah bersama orang yang terus
berusaha memaknakan episod cinta, menyusun mengikut kronologi hubb. Ahabba?
Allah wa Rasuluhu.
Ada lagi episod yang ingin aku
coretkan, namun aku tangguhkan dahulu. Koreksi diri.
Hati
berkata, aku hanya mampu menyampaikan salam melalui orang lain untuk
disampaikan ketika menziarahimu di raudhah. Moga Allah memilih aku untuk ke
sana sebelum aku meninggalkan dunia yang fana' agar aku bisa melempiaskan rasa
rindu ini. Amin. Sollu 'ala al-Nabiyy.
M302,
29 Oktober 2012,
11.11 p.m
1 comment:
tak terkata... masih dlm dilema... mgkn Allah mahu kak nis trs bljr utk lbh dkt dgnNya hgga satu saat ad jwpn tbaek utk diri ini... juz enjoy diz moment :)
Post a Comment