Bismillahirrahmanirrahim
Kisah 1 (5 April 2014)
Ustazah: Kenapa kita rasa berat untuk solat?Murid A: sebab malas ustazah!
Murid B: hmmm sebab bla bla...
Murid C : Ustazah! Sebab kita terlalu cintakan dunia dan tak ingat akan akhirat.
Jatuh rahang ustazah terkejut dengan jawapan kamu T_T si comel. Benar sekali
Kisah 2 (13 April 2014)
Kita cuma insan yang hidup di akhir zaman yang meneruskan sisa
peninggalan ilmu yang kian hilang dengan perginya seorang demi seorang ulama.
Saat diri ini cukup takut si cilik-si cilik di hadapan saya ini
tidak sedar apa yang berlaku kepada saudara seusianya di sana, namun diri ini
ternyata silap kerana masih ada si cilik-si cilik yang cukup mentah menyedari
siapa musuh mereka. Malah, beriya-iya bercerita kepada Ustazah,
"Ustazah tahu tak? Patutlah Israel ni kuat rupa-rupanya ada
Amerika yang menyokong mereka." Masya ALLAH.
"Ustazah tahu tak? kanak-kanak kat sana kan main counter
strike yang betul-betul."
Jiwa-jiwa yang muda,
jiwa-jiwa yang kudus,
ustazah sentiasa doakan kamu,
menjadi penyambung dakwah belahan jiwa, Rasulullah
Aku menulis dan merenung,
Bintulu,
13 April 2014.
No comments:
Post a Comment