"Bismillahirrahmanirrahim"
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri
Yusuf al-Qardawi berkata, "Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya."
Maha suci Allah yang menjadikan kebahagiaan itu pada sekeping hati yang bertaqwa yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Bukan pada harta, kesihatan, pangkat, kerana jika kerana itu, pasti orang yang kurang berharta, kurang kesihatannya, tiada berpangkat pasti akan rasa disisihkan Allah. Namun, sekeping hati yang bertaqwa ini pasti akan menjadikan pemiliknya bahagia sekali meskipun kurang berharta, kurang kesihatannya, tiada berpangkat kerana dia tahu, apa yang paling bernilai disisiNya sehingga dia bahagia dengan apa jua yang ditakdirkan Allah kepadaNya
Bahagia denganNya
Anis Humaira,
19 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment