Friday, December 4, 2015

Say ALHAMDULILLAH





"Bismillahirrahmanirrahim"


Dalam hidup, Allah sentiasa memberi pilihan. Saat ALLAH takdirkan sesuatu, maka di sinilah mukmin akan menampilkan sikap sebenarnya. Di sinilah juga hikmah, mengapa ALLAH tidak membentangkan seluruh takdir hidup kita. Saat Allah membuka satu persatu takdir hidup manusia pun, berapa ramai yang sudah hilang arah, tidak dapat menerima terutama takdir yang buruk dalam pandangannya. Apatah lagi sekiranya ALLAH membuka seluruh takdir kehidupan kita. 



Kata Pak Hamka, sekiranya kita tidak bersyukur maka Allah akan hantarkan seksaan kepada kita. Apa dia? Datangnya RASA GELISAH. Namun, sebaliknya bagi orang yang bersyukur, Allah datangkan KETENANGAN kepadanya.


say  A L H A M D U L I L L A H

Anis Humaira,
19 Mac 2014.

No comments: