Orientasi
I'm ready!
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,
bermula episod aku melangkah ke alam nyata. Indah atau tidak semuanya pasti
akan menyapaku. Hari ini cukup panjang buatku. Saat mataku mulai menjauh dari
pandangan orang tua. Mampukah aku hidup seorang diri? Aku punya Allah. Jika
selama ini sudah hampir enam tahun aku hidup berdikari masakan kali ini akan
sukar buatku. Insya ALLAH akukan mampu. Segalanya cukup baharu buatku.
Peristiwa begku rosak diperlakukan oleh pak cik bas bukanlah hal yang besar.
Melainkan perkara itu sedikit menyukarkan pergerakanku untuk mengheret beg
tersebut sebelum check in di kaunter. Sungguh, ketika ini aku terasa
keseorangan di tempat yang begitu asing bagiku. Aku hanya belajar satu persatu
melalui pemerhatian perlakuan orang sekelilinku. Masakan tidak, hampir enam
tahun aku menggunakan perkhidmatan KTM untuk berulang-alik dari tempat
pengajianku. Ini kali kedua aku menaiki kapal terbang. Umpama rusa masuk ke
kandang. Mungkin itulah peribahasa yang paling sesuai buatku. (Ketawa sopan
*_*) Kali pertama ketika aku masih bayi.
Saat melabuhkan
punggungku di bangku kapal terbang adalah saat yang cukup melegakan. Apa yang
berlaku selepas itu, biarlah ku simpan sebagai kenangan. Bagaimana aku melalui
malam yang panjang setibanya di Bintulu. Ada yang sukar dan ada yang
dipermudahkan Allah. Akur apabila hanya aku keseorangan yang ditempatkan di
sekolah tersebut. Semoga esok hari lebih baik bagiku.
2 April 2014,
Bintulu.
No comments:
Post a Comment