Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya
~luqman alhakim~
kata ini bukan bermaksud utk kita membataskan dr menuntut ilmu ttpi kata ini menyentuh bab beramal dgn ilmu.ttpi bab menuntut ilmu dan memperbanyakkannya adalah kewajipan bg seluruh muslim.(menuntut ilmu kewajipan setiap muslim) al-hadis
Tragedi yang menimpa keluarga Dr. Marwa El Sharbini adalah tragedi yang sepatutnya membuka mata seluruh umat Islam. Ketika dunia masih berduka lara atas pemergian Raja Pop MJ, ramai yang tidak mengetahui kisah Dr. Marwa ini.
Ianya bermula suatu petang di sebuah taman permainan di Jerman ketika Dr. Marwa sedang bermain dengan anaknya yang berusia tiga tahun. Tiba-tiba keriangan petang dia dan anaknya direnggut dengan jeritan-jeritan penghinaan ke atas dirinya dan agamanya. Kata-kata seperti “pengganas, pelacur islam” yang ditimpakan atas dirinya oleh seorang pemuda German berketurunan Rusia bernama Axel W. tidak dapat diterima oleh dirinya.
Dr. Marwa bertindak berani dan professional, beliau melaporkan kes tersebut dan membawa pemuda keji itu ke mahkamah untuk disaman. Kemenangan pertama untuk Dr. Marwa apabila mahkamah memerintahkan pemuda tersebut membayar denda sebanyak 780 euro.
Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, pemuda tersebut membuat rayuan, namun kali ini pemuda tersebut mempunyai agendanya yang tersendiri.
Tiba hari rayuan dibuat, perbicaraan kes berlangsung semula, tiba-tiba pemuda tersebut meluru dengan sebilah pisau dan menikam Dr.Marwa sebanyak 18 kali. Suami Dr. Marwa yang berada disitu meluru untuk membantu, namun amat malang apabila beliau yang ditembak oleh pihak polis kerana kononnya salah sangka.
Kemenangan kedua untuk Dr. Marwa, beliau syahid bersama kandungannya yang berusia 3 bulan semasa mempertahankan maruah dirinya. Suaminya kini berada dalam keadaan kritikal.
Media barat memandang sepi isu ini, fakta bahawa tikaman itu berlaku dalam mahkamah dan ditempat yang sepatutnya paling selamat tidak langsung menarik perhatian media. Nyatalah kebencian mereka kepada Islam menyala-nyala.
Suatu ketika dahulu, ketika khilafah Islam berkuasa, maruah seorang wanita yang ternoda akan dituntut dengan ratusan ribu tentera yang bersedia untuk membela, namun malang bagi umat Islam hari ini yang hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa.
Dimanakah Salahuddin Al Ayyubi!
kerna pasti
Selagi denyut nadi belum berhenti
syaitan pasti akan sentiasa menodai
raja diri bernama hati
korbankannya wahai diri
walaupun ranjau destinasi ini
sentiasa berduri
menyakiti diri
menghiris hati
kerna
destinasi cinta ilahi
sesuatu yang menjanjikan pasti..
27 julai 2009
m403:8.08 pm
“Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan”
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Destinasi cinta Ilahi
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…