Melihat sekumpulan angsa yang terbang bersama sudah tentu tiada yang istimewa bukan? andai tak disingkap suatu rahsia yang belum pernah kita ambil peduli..
“cuba kita tengok pada angsa..” seorang kakakmengeluarkan pendapatnya
Anis time tu betul-betul focus pada muka akak tu.. (suka (^.^))
time usrah tu semangat sangat nak dengar cerita tentang angsa ni. Bukan apa, memang tak pernah dengar pun (hehe malu).
Perihal tentang angsa yang cukup mudah sebenarnya..tapi kadang-kadang kita yang bukan ANGSA tak pernah ambil pengajaran..
Kalau kita tinggal di negara empat musim, maka pada musim gugur akan terlihat rombongan angsa terbang ke arah selatan untuk menghindari musim dingin.
Angsa-angsa tersebut terbang dengan formasi berbentuk huruf “V”.
Jadi, dari formasi V ini....
sebelum tu, anis nak ingatkan yang semua ni fakta(bab kata kakak tu, bukan rekaan tau!)
PERTAMA...
Saat setiap burung mengepakkan sayapnya, hal ini akan banyak membantu bagi burung yang terbang tepat di belakangnya kerana burung yang terbang di belakangnya tidak perlu bersusah payah untuk menembus ‘dinding udara’ di depannya. Dengan terbang dalam formasi “V”, seluruh kawanan dapat menempuh jarak terbang 71% lebih jauh dari pada kalau setiap burung terbang sendirian.
dari hal yang pertama ni kita dapat relate kan dengan kehidupan berjamaah ketika kita bergerak dalam arah dan tujuan yang sama serta saling membantu di antara kita, insya Allah dapat mencapai tujuan kita dengan lebih cepat dan lebih mudah. Ini terjadi kerana kita menjalaninya dengan saling membantu..
KEDUA...
Kalau seekor angsa keluar dari formasi rombongan, ia akan merasa berat dan sulit terbang sendirian. Dengan cepat ia akan kembali ke dalam formasi untuk mengambil keuntungan dari daya dukung yang diberikan burung di depannya.
Pengajarannya, kalau kita memiliki cukup logika umum seperti seekor angsa, kita akan tinggal dalam formasi dengan saudara-saudara kita yang berjalan di depan. Kita akan sedia menerima bantuan dan memberikan bantuan kepada yang lainnya. Lebih sulit untuk melakukan sesuatu seorang diri dari pada melakukannya bersama-sama.
KETIGA..
Ketika angsa pemimpin yang terbang di depan sudah penat, ia terbang memutar ke belakang formasi, dan angsa lain akan terbang menggantikan posisinya.
Jadi, dalam berjamaah kita juga bisa melakukan tugas-tugas yang sulit dan penuh tuntutan secara bergantian dan memimpin secara bersama. Seperti angsa, manusia saling bergantung satu dengan lainnya dalam hal kemampuan, kapasiti, dan memiliki keunikan bakat, atau sumber daya lainnya.
KEEMPAT..
Angsa-angsa yang terbang dalam formasi ini mengeluarkan suara riuh rendah dari belakang untuk memberikan semangat kepada angsa yang terbang di depan sehingga kecepatan terbang dapat dijaga.
Seharusnya kita juga harus memastikan bahwa suara kita akan memberikan kekuatan. Dalam kelompok yang saling menguatkan, hasil yang dicapai menjadi lebih besar. Kekuatan yang diperlukan sudah tentu kekuatan yang berdiri dalam satu hati atau nilai-nilai utama dan saling menguatkan dan Kita harus memastikan bahwa suara kita akan menguatkan dan bukan melemahkan.
KELIMA..
Ketika seekor angsa menjadi sakit, terluka, atau ditembak jatuh, dua angsa lain akan ikut keluar dari formasi bersama angsa tersebut dan mengikutinya terbang turun untuk membantu dan melindungi. Mereka tinggal dengan angsa yang jatuh itu sampai ia mati atau dapat terbang lagi. Setelah itu mereka akan terbang dengan kekuatan mereka sendiri atau dengan membentuk formasi lain untuk mengejar rombongan mereka.
kalau kita punya perasaan, setidaknya seperti seekor angsa, kita akan tinggal bersama sahabat dan sesama kita dalam saat-saat sulit mereka, sama seperti ketika segalanya baik.
sehabisnya mendengar fakta daripada kakak tu, Anis sangat-sangat terdorong dan penuh semangat!
Betul..
Kita memangla BUKAN ANGSA (~~.)
Tapi tak salahkan kalau kita bisa belajar dari logika umum & perasaan mereka..
BETUL TAK?? (0.0)
LAGIPUN ANGSA AGAK COMEL.. ngeee...
Demi ISLAM kita berjuang..DEMI ISLAM kita IKHLASKAN segalanya..
“bertuahlah bagi sesiapa yang bisa merasai halawah cintaNYA yang tak pernah pudar... beruntunglah sesiapa yang bertambah kasih dan sayang kepadaNYA tatkala dia di uji.. “
ya allah..
terlalu besar maknanya kehadirannya dalam hidupku
sentiasa memberiku helaan nafas baru
memberiku pengertiaan yang tak pernah ku sedar
agar ku sentiasa sedar
khilaf yang sering terhijab dek hitamnya hati....
Humaira membuka Diari Sufi kesayangan dirinya. Pen dan diari tak pernah lekang dari menemani susuk tubuh yang lemah itu.
Perlahan-lahan Humaira melakar sesuatu dari pena hitam yang berdakwat basah itu. Sebuah kata-kata tulus dari jiwanya merungkaikan apa yang berlayar di benak mindanya.
Mengerut-ngerut mukanya sambil beristighfar menanggung kepedihan sambil meneruskan lagi apa yang ingin diluahkan pada Teman Sufinya itu. Manik-manik halus menyapa pipinya yang gebu.
Bismillahirrahmanirrahim...
Temanku Sufi,
Hari ini, engkau menemaniku lagi,
seringsaja aku sukar melafazkan apa yang terpendam. Kuat menguatkan hati... ya ALLAH... sukarnya aku menjaga diri ini... terlalu banyak khilaf yang ku lakukan saban hari.....
Hari-hari terus berlalu... bertahun rasanya menanti sebuah rasa..hakikatnya hanya beberapa bulan sahaja berlalu pergi. Terima Kasih Ya ALLAH, temanku yang baru ini, walau sering ia membuatkan ku menangis, namun aku tetap sayang padanya kerna ia senantiasa membwaku dekat padaMU...
lintasan hatiku membawaku pada ujianmu terdahulu sebelum teman baruku ini hadir...
Ya ALLAH, bantulah aku dalam menjaga hatiku. Setiap kali ada yang ingin menjadikan diriini sebagai suri hidupnya senantiasa aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk memberi jawapan terbaik. Benar, aku berusaha untuk membuka dan meminta petunjuk dariMU. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah
Istikharah diiringi doa yang tak henti-henti aku panjatkan kepada sang pencipta dan penjaga hati ini. Ya ALLAH, MANA MUNGKIN aku bisa memenuhi semua permintaan sang soleh itu. Hatiku tidak pernah terbuka untuk sesiapa dan aku jua tidak pasti siapa yang bisa membukanya sampai saat yang dijanjikan olehmu ya ALLAH.
Aku hanyalah seorang puteri biasa insan bernama Humaira, Sama seperti perhiasan dunia yang lain. Tiada yang istimewa tentangku. Aku bukanlah seorang yang petah berbicara. Aku juga tidak pandai menyulam rasa tidak tahu bermadah pujangga.
Suatu hari, aku cuba meluahkan rasa di sebuah laman sosial... menulis suatu status “sabar menanti sebuah janji (~~.)”..
Mungkin seorang sahabiah dapat membaca isi hatiku.. lantas cuba mensuratkan apa yang tersirat.
tiit..titt....mesej masuk dalam inboxku..
“Assalamualaikum..”
“Humaira..pe kaba???em..ap janji tu... Janji ALLAH kan? sbb janji Allah tu luas sgt.. bley cter ckt...about jodoh ke??
“alhmdulillh... Humaira sihat, ni sape ye? Humaira lupe.. maaf ye”
“ini Iman, Humaira..”.
“owh..kamu Iman.. janji ALLAH memang byk yang Humaira sentiasa sabar menanti..satu persatu hikmah sntiasa akn terbuka sikit demi sedikit.. jodoh? salah satu soal yang berat... susah utk dirungkaikan.. hati ini kena sentiasa dan sentiasa kuat utk mhadapi ujian tu.. tapi andai y selalu dtg soleh, tpaksa dan terpaksa kuat utk menolak.. kerna ketika tu msh x lyk dan tak kuat, malah terasa terlalu awal utk menerima... tp kini keinginan utk berbaitul mslm plak terasa, sbb tu kena kuat dan sentiasa kuat berpegang pd janji ALLAH jodoh tu akan tiba.. istikharah dan kena terus mcm tu.... smpai bila harus menolak? sampai dtg ptnjk daripada ALLAH...byk lagi tugas y lbh pntg selain mbina baitul mslm.. iaitu mbina individu mslm.. doakan Humaira ye.. terkadang rapuh dlm mnnti jnji ALLAH.. astaghfirullah... Iman rase?
“urm..sukar utk ditafsirkan..kedua2nya punyai hikmat y tertentu..hnya insan y sedg menghadapinya shj y boleh buat keputusan utk dirinya..
msh x lyk dan x kuat...kalimat ini sentias terhambur keluar dr lidah y x bertulang..sedgkan hnya Dia y tahu kemampuan hambaNya..la tukallifullahu nafsan illa wus'aha..hnya kalam itu y mmpu sy pegg.. ad org2 tua pesan..andai dh berkali2 dtg y soleh pd kita..terimalah krna mgkin itu adlh jodoh kite..nmun sbg org beriman,istikharah adlh petunjuk y benar..tp...kdg2 istikharah tu bkn jwpnnnya apbila hati sudah berat utk ke sana..perasaan utk berbaitul muslim smkin menginjak umur smakin ia dtg..itu tndanya kita msih normal..fitrah mnusia diciptakan adlh ingin disygi n ingin menyayangi..andai sudh ad insan y ingin menyuntingmu seterusnya menjdkan dirimu suri dlm hidupnya dlm wktu terdkat,tiada slhnya jika Humaira menerimanya...membina individu muslim hasil dr baitul muslim..
prinsip Iman: andai ad muslimin y soleh y ingin menyunting bunga di taman...insyaAllah Iman akan bersedia menerimanya andai tempoh perkenalan,pertunangan n pernikahan x lama..andai hnya ingin berkenalan dlu, Iman rase lupakan dlu..sbb bila dh ikatan wlupn pershbtn,hati akan mudh lalai wlupn 1 drjah..
syukran..itu shj y mmpu Iman kgsi nga Humaira..ambil la apa y baik...” Iman cuba menutup pesanannya.
“iye, betul tu Iman, bg Humaira msh x lyk dan tak kuat tu, Humaira mksdkan ketika tu Humaira minta ptnjk ALLAH dan ALLAH cenderungkan hati utk lbh menolak, krn ALLAH tahu bhw itu bkn masanya y sesuai utk Humaira, segalanya hanya memungkinkan byk fitnah y timbul.... dan Humaira anggap itu hanya ujian utk ALLAH menguji hati Humaira,lgpn Humaira sememangnya sudah bnr2 bertekad mahu mengejar cita dulu.. dan ada amanah y lebih besar dari itu, insyaALLAH utk kali ini Humaira pasti takkan menolak.. tp setiap kali ALLAH uji, pasti dia datangkan bukan seekor kumbang, tapi byk.. y datang semuanya soleh.. bagus agamanya, alhafiz, alim, indah akhlaknya y sentiasa menyebabkan Humaira keliru utk membuat pilihan... Iman doakan Humaira dpt kuatkan diri ye.. lgpn sbnrnya mak abah Humaira melarang anak2nya berkhwin sblm hbs belajar..tp andai benar dah tiba masanya..pasti Humaira akan menerima si dia yang ALLAH tentukan untuk Humaira... Humaira mmg seorang tlalu pndiam, jd Humaira sendiri sukar nak menyatakan hsrat ht...”
“insyaallah Humaira , moga Allah permudahkan urusan Humaira..Iman yakin.. Humaira mmpu hadapi smua ujian Allah tu..Humaira adalah insan bertuah kerana sentiasa diuji olehNya..
igt la janji Allah..perempuan y solehah utk lelaki y soleh...
amin..syukran ye Iman...segan plak Humaira dgn Iman..
laa... Humaira ni..biasa la tu... tnda Humaira tu normal.. Iman mgkin x diuji dlm bntuk mcm2.. mane tahu akn dtg.. pape pn Humaira..JANJI ALLAH ITU PASTI!!!. kite pegang sama2 ye..”
Insya ALLAH temanku.. akan ku pegang janji ALLAH itu.....
#######
aku mencari-cari sebuah isi mengenai wanita.. aku keliru dan terus keliru...
membaca sebuah pengisian mengenai wanita membuatkan aku terbuka hatiku...
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
benar...
aku cuba mencari-cari dan menghisab diri lantaran merasakan terlalu banyak kelompongan dalam diri tatkala cuba menanti yang suci...
aku akui diri ini suci dari cinta ajnabi... sehingga kini tidak pernah aku menyatakan dan menerima cinta sesiapa kecuali padamu PEMILIK CINTAKU...
KERANA ITU...
AKU INGIN MEMENUHI TANGGUNGJAWABKU YANG LEBIH BESAR DAHULU...
Sebagai anak, menjadi anak yang solehah...
NAMUN, AKAN TIBAKAH DETIK AKU....
Sebagai isteri, menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya???
DAN
Sebagai ibu, akan mendidik anakku dengan penuh kasih sayang???
SUATU YANG PASTI AKU KINI DAN SAMPAI BILA2..
sebagai hamba Allah, akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya..
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
.....
Ya ALLAH andai benar kehadiranku sering menjadi fitnah buat sang ajnabi maka kau tunjukkanlah cara terbaik bagaimana bisa aku menjaga diriku...
aku punya teman sufi tempat aku mencurah rasa
namun ia bisu dari berkata-kata
hanya KAU sahajalah mampu menjawab pinta
YA ALLAH YA RAHMAN..
engkau telah mewujudkan rasa ini,
maka kau hilangkanlah ia juga...
kini,
kau menguji aku dengan apa yang selama ini sang ajnabi merasainya
kau hapuskanlah rasa ini ya ALLAH..
kerna aku benar-benar memegang apa yang telah kau janjikan padaku
walau perit hatiku menanggung
Ya Allah,
Kini, kau hadiahkan SESUATU yang lebih besar MAKNANYA dalam hidupku
yang sentiasa menemaniku dalam sebuah susuk tubuhku
walau aku perit menerima tetamu ini
namun ku bukakan seluas-luas pengharapan,
agar dengannya terbuka dan tersingkap hikmah,
aku terima jika inilah teman terbaik buatku di dunia ini....
..........................................
Humaira menutup kalam akhirnya dengan munajat kepada Tuhannya.. Buku karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur, Teman Diari Sufi serta pena diletakkan ditepinya perlahan-lahan. Tubuhnya yang lemah, kini makin sejuk.. kedinginan sepertiga malam menggigit rasa.
Wajahnya yang sedia basah dengan deraian air mata di sucikan dengan air wudhu’ dan dia benar-benar berharap agar dengannya dosa-dosanya jua bisa gugur.
Sujud Humaira pada malam itu sujud penuh dengan pengharapan agar dengan itu dia bisa menghilangkan rasa hatinya yang penuh noda itu...
“ya ALLAH .. HATI YANG BELUM HALAL ITU banyak melalaikan diriku daripada mengingatkan diriku padamu PEMILIK CINTAku.. .. Ya ALLAH, andai dosa itu sesuatu yang ENGKAU hadirkan dalam berbau sudah tentu hinanya hatiku jelas tampak tanpa tersirat tapi dek kerna tdk berbau jugalah aku sering lupa dan tidak sedar sejauh mana dosa itu bertamu dalam jiwa”
tiada lagi suara seorang srikandi merintih pada SANG ILAHI...
Sunyi dan sepi malam terus berlalu dengan iringan roh seorang teman menghadap PEMILIK HATINYA... walau TEMAN BERBENTUK KESAKITAN itulah jodohnya di dunia, Humairah tetap sabar menerimanya.... kerna dia benar-benar berharap syahid lantaran...
“sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya sehingga kematianmenjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid”
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)
p/s: DEDIKASI KHAS buat temanku sayang, bersabarlah menanti janji daripadaNya ea, Juz 4 u.. “Bertemumu sang Hati”.. (^-^)v