Sunday, October 3, 2010

ajarkanku ilmu solehah!


Bismillahirrahmanirrahim

“kak, macam mana kita nak kembali kepada diri yang asal?

maksudnya, jati diri kita, macam saya, dulu sebelum datang ke sini, sikap saya sama sekali tidak sama macam hari ini, terlalu banyak ketawa kadangkala saya merasakan seolah-olah saya bukanlah diri saya, sehingga masih mencari-cari hakikat diri

bila datang sini, banyak yang merubah saya, dari 100% diri saya, saya tak tahu, mana satu peratusan diri saya, bukan saya kata diri saya tak baik, tapi kebanyakan sikap saya seolah-olah bukan diri saya.. saya nak jadi diri saya yang lalu, yang saya rasakan banyak ketenangan dan lebih solehah berbanding sekarang... tapi saya buntu”

Bicara sebuah hati membuatkan anis sendiri terkedu, merenung diri yang mengalami persoalan yang hampir sama.

Sambil memotong artikel untuk KOKMA di dewan petang tu, anis sendiri pantas menutur bicara bertanya soal ikhlas dan jati diri yang makin luntur. Yang dimaksudkan dengan jati diri bukanlah jati diri dalam konteks umum, tapi lebih kepada sakhsiah dan akhlak. Akhirnya, dua orang ukht yang bersama anis petang itu seolah-olah tak dapat memberi sebarang penyelesaian dan hanya berakhir dengan sebuah bicara yang tergantung.

Pencarian pada sebuah nilai solehah menemukan anis dengan pendapat ukht Atirah, yang sungguh anis merasakan cukup bermakna bagi anis.

Ilmu dan ilmu sentiasa menjadi kata kunci bagi pelbagai persoalan, termasuk persoalan ikhlas.

Firman Allah, surah al-Zumar ayat 9

........Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

akak rasa awak mesti jauh dari ALLAH ni, sebab tu awak tak dapat merasai pengertian ikhlas”

jawapan seorang ukht di surau suatu petang membuatkan tersirat darahku, solat maghrib hari tu bertemankan butir kaca yang membuatkan diri sentiasa tertanya-tanya benarkah diri ini makin jauh dariMU..

ilmu ikhlas terus ku cari..bukan hanya sekadar pengertian ikhlas umpama semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita, tapi ajarkanlah anis sebuah kata yang dapat membuatkan anis lebih memahami dan bukan kata-kata yang membuatkan anis menjadi semakin takut untuk bertanya dan menuntut ilmu IKHLAS itu....

Ukht Atirah berbicara dalam ruangannya yang benar-benar menyentuh kalbuku.

"Adek rasa macam mana nak jadi solehah?" Soalan dibalas dengan soalan menjadikan otak juga ligat berfikir atas soalan yang baru sahaja ukht atirah kemukakan. Soalan yang acap kali menjadi tanda tanya bagi semua wanita Islam yang setiap masanya ingin memperbaiki diri. Juga diri ini , tidak terkecuali bermain dengan soalan itu. Tersenyum.




Melihat derap langkah wanita-wanita muslimah yang berjalan dengan lengkap bertuduh labuh dan berjubah, menjadikan aku tertanya-tanya di dalam hati, inikah solehah yang dikatakan oleh sesetengah manusia? hanya tersenyum menggeleng kepala. Bukan ini yang dikatakan solehah. Ini hanyalah satu dari tuntutan agama ke atas wanita-wanita muslimah, bukan ini mencerminkan solehahnya seseorang.




"Alar, aku tengok, yang pakai tudung labuh pun sama je, mengumpat orang, cakap-cakap belakang. Sama je. Kadang-kadang aku tengok, pempuan yang tak pakai tudung labuh pun lagi baik dari dorang ni" Kerap kali andaian dan kata-kata ini berlegar-legar dari mulut ke mulut manusia yang bertanya siapa lagi baik, yang pakai tudung ke atau yang tak pakai tudung. hanya tersenyum. Mengingati satu kisah yang pernah mengusik tenang jiwa, mengoreksi diri, muhasabah Hakikat bertudung, sebuah kisah seorang remaja, gadis yang baru menginjak dewasa, tidak mahu bertudung dek kerana penilaiannya seperti manusia-manusia di atas.

“cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”


Ukht Atirah tersenyum membaca sebahagian dari kata-kata Annisa. Samalah juga dengan soalan dari adek , "Macam mana nak jadi solehah, ye kak?" Tersenyum. Kerap ditanya dengan soalan ini menjadikan akal ligat berfikir.




"Adek rasa macam mana nak jadi solehah?"





"Errr, taat pada kedua ibu bapa, taat pada suami, berkelakuan baik.bla..bla..bla.." Dan senarainya biar menjadi panjang. Sengaja memberi peluang pada adek ini untuk menghuraikan tugas-tugas untuk menjadi solehah. hanya tersenyum kerana panjangnya huraian adek.



"Bagi saya, saya rasa, nak jadi solehah, kenelah sikit-sikit, kan kak. Orang kata istiqomah. Pastu lama-lama tambah lagi ibadat lain...bla...bla..bla..." hanya tersenyum dengan huraiannya.


"Panjangnya huraian dik. Sebenarnya simple je, sangat simple untuk menjadi solehah. Adek rasa ape?"




"Taqwa pada Allah, itu je dik. Kalau adek bertaqwa pada Allah, maka adek akan mudah untuk jadi solehah. Dalam taqwa, ada sayang, ada kasih, ada takut, ada rindu, ada redha, ada semuanya dik. Kalau nak lagi dalam, adek boleh refer buku Tuan Guru, makna taqwa. Tuan Guru merumuskan juga, taqwa ini adalah sifat berhati-hati" Huraianku sedikit dari seluas lautan makna taqwa padaNYA.




Pernah diceritakan, saat Umar r.a bertanya kepada Ubay bin Ka'ab, apakah taqwa? Dia menjawab; "Pernahkah kamu melalui jalan berduri?" Umar menjawab; "Pernah!" Ubay menyambung, "Lalu apa yang kamu lakukan?" Umar menjawab; "Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." Maka Ubay berkata; "Maka demikian pulalah taqwa!"


Menurut ukht Atirah, ayahnya pernah berpesan "Ramai manusia menyangka taqwa ni dengan pengertian takut je, tapi taqwa ini juga adalah hubungan kita dengan manusia. Hubungan kita dengan Allah. Dan hubungan kita dengan alam." Aku mendengar setiap butir kata-kata ayah. Makna taqwa itu adalah hubungan kita dengan manusia dan sekeliling kita.


Firman Allah, surah al-Hujurat ayat 13

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


Manusia yang bertaqwa itu menjaga hubungannya dengan manusia kerana hubungan kita dengan manusia dinilai juga bagaimana hubungan kita dengan Allah.

TAQWA...

Benar..

anis sendiri masih teringat kata-kata dan pengertian taqwa yang di ajar oleh Ustaz Soleh @ Ayah Leh ketika di Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam Madinatul Ilmi, PondoK Tok Kenali ketika meniti zaman kanak-kanak dahulu..

at-taqwa!!

hiya imtisalu awamirillahi ta’ala!

wajtinaabu nawahihi!

sirran wa ‘alaniyah!

menjerit-menjerit satu kelas membaca pengertian taqwa mengikut bacaan ustaz..

walaupun telah diajar pengertian taqwa semenjak usia 8-9 tahun, namun ketika itu anis sendiri tak pernah faham dan hanya sekadar menghafaz...

kini, anis benar-benar faham...

Nabi Daud menjawab, “Taqwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaiannya. Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai daripada amal perbuatannya, apakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum-hukum syariat dan akhlak.



Firman Allah, surah ali-Imran, ayat 31

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Sikap dan akhlak kita setiap hari, sama ada sesuai dengan hukum-hukum syariat dan akhlak. Dan akhlak yang terbaik adalah akhlak nabi.


Firman Allah, surah al-Anbiya' ayat 107

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam


Hadis Rasulullah

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".


Solehah, bagaimana untuk menjadi solehah itu terpulang pada diri kita, bagaimana kita ingin mencerminkan diri kita pada manusia seluruhnya. Ilmu lah yang akan mempertajamkan minda kita untuk memahami definisi solehah itu. Solehah bukan terletak pada corak pemakaian kita, sama ada ianya bertudung labuh, atau tidak, berpurdah atau tidak. Tetapi, dia lebih kepada bagaimana kita memahami makna taqwa dalam kehidupan kita.




Dalam taqwa, ada kasih sayang, ada redha, ada takut, dan ada hati-hati. Taqwa itu tidak terhad pada taat, kerana taat itu hanyalah perlakuan kita yang kita gambarkan sebagai mengikut setiap suruhan. "Taat dan taqwa berbeza dik. Dalam taqwa ada taat, tapi dalam taat, jarang-jarang ada taqwa. Senang cerita, contoh dia macam ni, mak ayah kita suh tu, suh ni, kalau ada suruhan yang tak berkenan di hati kita, mesti dalam hati kita mengomel-ngomel walaupun perlakuan kita melakukan suruhan tu. Ini yang dimaksudkan taat. Tapi, dalam taqwa, kita sentiasa redha dan tenang melakukan setiapnya"




Fahami taqwa dalam kehidupan kita dan kita akan semakin menghampiri solehah. Jangan meletakkan pemakaian itu mencerminkan tahap ketaqwaan kita, tetapi letakkanlah ianya sebagai satu ketaatan kita pada suruhanNYA.




Perbaikilah diri setiap masa, dan muhasabahlah diri kita, serta lihatlah setiap perkara dengan pandangan Allah, bukanlah pandangan manusia. Mendahulukan kemahuan manusia, kemahuan kita itu hanya akan menjadikan kita menghampiri kekecewaan. Tapi, jika kita meletakkan kemahuan Allah terlebih dahulu, maka kita akan melihat kebahagiaan dariNYA untuk kita.


Jadilah kalian solehah yang DIA cerminkan seperti contoh para serikandi islam terdahulu. Moga ianya tersemat di dalam hati, kita mampu menjadi para bidadari yang setiap masa mengharapkan keredhaanNYA..

alhamdulillah, bicaramu membuatkan anis terbuka minda...

syukran ya ukht...

Ilmu Ikhlas..ilmu taqwa...



4.02 p.m

3 oktober 2010

M326



1 comment:

Nurul Izzati Atan said...

salam,..seronak bace entry awak,..alhamdulillah dapat ilmu,..nak tnya,..cmne kte nak thu tahap keikhlasan diri kita??....