Wednesday, October 20, 2010

NIKMATNYA!!!!!!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Sangat teruja mendengar sebuah peringatan dari seorang ustaz di rumah ALLAH S.W.T tadi. Berbicara tentang sakit yang ALLAH datangkan kepada hambaNYA..

kalau nabi dan rasul ditimpakan sakit ke atas mereka, itu bukan sebagai kaffarah dosa, tetapi itu sebagai satu tanda untuk mengangkat lagi martabat mereka..

kalau golongan sahabat dan yang sedarjat ditimpa sakit pula ia sebagai tanda bahawa ALLAH S.W.T mahu mereka sentiasa dengan dengan ALLAH,

tapi, kalau orang awam macam kita ni, sakit itulah yang kita seringkali sebutkan sebagai kaffarah, iaitu penghapus dosa...”

bait-bait ustaz anis benar-benar amati, kadang-kala bernada jelas dan tinggi, kadang-kala umpama hilang ditelan suasana..

benar.. seringkali juga terlupa dan terus terlupa..

sejak akhir-akhir ni banyak kisah “sakit-sakit” (huhu betul ke istilah ni ^^.) ni sampai ditelinga...

terutama keluarga sahabat sahabiah anis sendiri..

abah kak masuk wad, mungkin kena operate.. doakan ye” (lebih kurang mesejnya)

“tok saya tak dapat kesan sakit pe, tapi dah 5 bulan tak dapat makan apa-apa”

dan macam-macam lagi..

membuatkan diri termenung dan berfikir sejenak, betapa sakit yang dirasa selama ini terlalu kecil ujianNYA berbanding hambaNYA yang lain...

membaca coretan ukht insyirah mengenai ujian sakit yang dihadapi lebih 10 tahun cukup menjadi inspirasi untuk terus menjadi orang yang bersyukur untuk menerima tarbiyah daripada ALLAH.. Sayangnya ALLAH pada kamu ye.. bertuahnya

membaca bait katanya yang mengharapkan

“Alangkah beruntungnya tika sujud menyembah Ilahi, dalam tawadhuk penuh mengharap... Mengalir peluh dari jasad terus aman dalam lena yang panjang, terus tenang dalam dakapan Ilahi.”

sentiasa menyebut


"Jangan takut untuk mati kerana hanya dengan mati akan mempertemukan kita dengan syurga, yang perlu ditakuti ialah bekalan untuk menuju hari mati..."

sahabat ukht Insyirah pernah menceritakan dia melamar seorang gadis tetapi ditolak hanya kerana beralasankan si gadis itu sakit. Maka, dia berjumpa dengan syeikhnya (di Syria). Selepas pengajian, dia berjumpa dengan syeikh.

Lelaki : Saya melamar seorang gadis tetapi dia menolak lamaran saya kerana dia sakit.

Syeikh : Terukkah kondisinya? Apakah tidak boleh diubati? (Maksudnya tahap kritikal)

Lelaki : (dia pun cerita sedikit sebanyak keadaan gadis tersebut)

Syeikh : Jangan berduka wahai orang muda! Peliharalah hubungan dengan Allah dan sekiranya kamu yakin dengan petunjuk Allah bahawa gadis tersebut adalah jodoh kamu, maka berusahalah menjaga hati kamu. Jaga solat malam dan peliharalah amalanmu. Kerana di waktu muda juga, saya pernah meminang seorang gadis yang sakit tetapi berkat kesabaran dan tawakal kami pada Allah, maka Allah memberi nikmat kesihatan kepadanya. Dari sebuah perkahwinan itu, ada KEBERKATANNYA.

Lelaki : Allahuakbar.

Syeikh : Dan gadis yang diceritakan itu adalah isteriku.


Ada sohabiah yang begitu takut untuk berkahwin kerana sakit, ada sohabiah yang sangat merendah diri kerana bimbang tiada lelaki memandangnya hanya kerana dia sakit kalau kita fikirkan yang positif insya Allah ia akan menjadi positif kerana ada akhawat yang menuju gerbang rumahtangga dengan sakit kronik (jantung dsb) tetapi Allah anugerahkan juga zuriat kepadanya walaupun doktor tidak mengizinkan dia mengandung. (anis pernah ceritakan sebelum ini).



Ini semua kerja Allah. Tak perlu nak penatkan kepala fikir dengan keras implikasi-implikasi yang akan datang, benda belum berlaku pun jangan anggap dunia sudah kiamat :)



Sekiranya kata doktor, "Kamu ada sebulan lagi, berdasarkan kondisi kamu... kamu tidak mampu bertahan lama."



Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Allah beri peluang untuk bertaubat dan kembali pada Nya berbanding orang yang sihat membugar tiba-tiba strok terus tumbang. Alangkah untungnya apabila Dia memberi 'kad jemputan' kepada kita untuk bertemu dengan Nya. Alangkah bertuahnya diri diberikan penghormatan sebegini. Jangan dianggap sakit itu meruntuh dinding-dinding kekuatan dan motivasi diri sebaliknya binalah bata-bata husnudzon pada Allah. Kerana Dia adalah apa sangkaan kita kepada Nya. Insya Allah.

teringat anis pada catatan adik dan Hanif

“sebut tentang leukemia ni teringat anis pada arwah sepupu anis, hanif yang telah kembali ke rahmatullah pada 2008.. bila mak su cerita tentang kisah kawan2nya kat sekolah mentertawakan hanif disebabkan kepalanya botak akibat kimoterapi sayu rasanya hati ni.. dahla bukan senang nak ke sekolah sbb slalu sakit tapi bila da ke sekolah orang2 kat sekeliling plak mentertawakan kamu...ingat lagi satu saat ketika hanif kritikal...tetapi tiba-tiba kamu mampu bangkit semula sedangkan sangkaan dr kamu bakal pergi ..” semangat budak ni” kata nurse dan doctor..namun satu saat, tiba-tiba allah mengambil kamu juga sama seperti adik2 kamu yang lain... semoga allah memberi rahmatnya padamu Hanif dan menempatkan kamu bersama-sama orang-orang beriman..semoga kamu setia menunggu ibumu bersama adik-adikmu di pintu syurga... ada hikmah rupanya mengapa allah memanggilmu awal..”

Kerana itu ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku.

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un"

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.


[Surah Al-Baqarah [2] : Ayat 152 - 157]

PANDANGLAH SAKIT ITU SEBAGAI NIKMAT

Bagaimana kita dapat melatih diri untuk melihat dan menerima sakit itu sebagai nikmat dan bukan azab?

Jujurnya, Kadang-kala, bila ditimpa ujian ini, terasa diri teramat lemah dan teramat kerdil lantaran sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan terlantar.

huhu.. Ya, memang itulah realitinya. Sebagian antara kita menganggap sakit sebagai penderitaan yang sangat tidak mengenakkan, sehingga yang ada hanya keluhan dan omelan bahkan buruk sangka kepada Allah. Ketika Allah menimpakan sakit kepada manusia, manusia akan cenderung berkeluh kesah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah (Q.S Al Ma’arij : 19-20)



Allah mencipta pelbagai bentuk ujian dan kesenangan yang merupakan salah satu bentuk kecintaanNya terhadap kita semua..

CINTA..CINTA..CINTA????

Tak percaya?

Contoh yang paling mudah, yang mungkin kita pernah alami.Cuba singkap kembali waktu kecil dulu, ketika kita sedang asyik bermain di luar, sehingga hampir senja, emak memanggil masuk ke rumah untuk membersihkan diri,dan menunaikan solat maghrib. Kita setelah beberapa kali disuruh, dan dinasihati...kemudian, abah datang membawa sebilah rotan.

ZUPP!!

nah, sedap,kan?

Sakit!!???

sedap????

huhu

itu tandanya ibubapa kita menyayangi anak-anaknya. ibubapa tidak mahu anak mereka ingkar terhadap perintah Allah.



Segala penyakit ada ubatnya, kecuali mati. Tika diri berkeluh kesah, ingatlah, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Allah menjadikan sakit sebagai salah satu medium agar kita lebih dekat dengan Allah. Karena sebenarnya seberapa banyakpun kebaikan yang kita lakukan tidaklah seimbang dengan seinfiniti nikmat yang Allah berikan.



“bertuahlah bagi sesiapa yang bisa merasai halawah cintaNYA yang tak pernah pudar... beruntunglah sesiapa yang bertambah kasih dan sayang kepadaNYA tatkala dia di uji.. “

P/S: huhu tulis ikut hati ... aduiii

7.09 p.m

21 0ktober 2010

M326

No comments: