Bismillahirrahmanirrahim..
(sebuah perkongsian hati dari kakanda tercinta: Ukht Ainun Baharuddin)
Diriku menunggu ujian yang dirancang..
November 2010, satu lagi detik yang akan tiba menuntut keikhlasan yang dinilai
Ku melihat ramai yang mengejar, mengejar dan mengejar. Sempat kumenjerit pada mereka “tunggu aku! inginku mengikut jejak-jejak kalian”
Rupanya, bila langkah kami bertambah dekat kusedari kami mengejar tujuan yang sama tetapi matlamat yang berbeza. Perlukah ku menurut dan membuntuti langkah mereka lantas meninggalkan matlamatku?
Owh, tak sama!
Mereka mengejar sistem.. mengejar pointer..mengejar scroll ijazah.. mengejar kerjaya juga
Kuhentikan langkah.. langsung tak bergerak. Aku sudah tak mengejar segala. Langkahku langsung mati di situ. Mati. Titik!
Kubuka hatiku.. Kutanggalkan skru-skru lantas ku membelek2 dan menilik hati mencari di mana ku tinggalkan nilaian IKHLAS.. “IKHLAS! Masihkah lagi berbaki di hati? Ataukah Kau terjatuh ketika kami berlari2 mengejar exam?”
Kucari sebuah teduhan MUHASABAH. Meskipun mujahadah masih belum bertandang. Yang penting set the point to go..Kalau sesat, Unit AMAL tiada untuk menunjukkan jalan pulang.
Di bawah teduhan muhasabah ku tercari-cari jalan ke mana untuk dituju kerna mereka makin menjauh meninggalkan. Mutiara jernih selalu menitis demi mencari sebuah jawapan. Selalu sahaja kegagalan datang menjengah sebelum kutemui jawapan itu.
AL-HADI datang menghulurkan tanganNya memimpinku. Ditemukanku dengan murabbi-murabbi yang menunjukkan jalan untuk ku belajar ILMU IKHLAS. Mereka memperkenalkan padaku Al-Wakil bukan sekadar mengenal dengan akal bahkan mencicip nikmat dengan hati. Membenamkan keyakinan yang mendalam lebih dalam dari Lautan Hindi dan lebih tinggi dari Gunung Himalaya.
Bertawakkal pada Al-Wakil dan bertawakkal sebelum berusaha. Aik? Ajaran sesat ke ni?
Faiza ‘azamta fa tawakkal ‘alallah..
Dari ilmu yang dipelajari dari Ustaz Amru Khalid, kumengertikan bahawa tawakkal itu sebagai kita menyempurnakan ‘sebab’ dengan anggota badan dan memutuskan ‘sebab’ itu dari hati kita. Kalau bahasa mudahnya ku analogikan dengan satu keadaan..
- Aku berjaya dalam exam kali ni sebab dari awal lagi aku usaha (SALAH)
- Aku berjaya dalam exam kali ini sebab Allah dan Dia yang memberikanku ruang untuk usaha dari awal lagi (BETUL)
Putuskanlah segalanya dari hati. Letakkan segalanya Allah. Kita bersandar kepada Allah yang berdiri dengan sendiri, sandaran yang paling teguh dan paling kukuh. Rendahkan hati kerana ‘we are zero’. Kalau usaha bagai nak rak pun, kalau Allah nak, Dia boleh buat Kita lupa segala, atau tangan tak boleh bergerak, tak nampak soalan etc. Dia Maha Kuasa. Jangan rasa diri hebat sangat! Gantungkan segalanya pada Allah…
Percuma! Segalanya makin jelas.
Sekarang tiba masanya kutinggalkan teduhan Muhasabah untuk meneruskan perjalanan mujahadah. Ku memandang ke hadapan dan mataku lurus melihat sebuah ke destinasi ‘ALLAH..ANTA MAQSUDI WA RIDHOKA MATHLUBI’ Kuserahkan urusanku segalanya pada Allah untuk menguatkanku di jalan mujahadah ini..Diiringi dengan kalungan-kalungan doa ibu yang pasti dimakbulkan.
29 Oktober 2010
4.54 p.m
M326
2 comments:
tersentuh bilaku membaca nye...dimane nilai keihklas itu??
sy suka! ^^,
Post a Comment