Aku menutup mataku
malam ini
namun kewarasanku tetap
berada di sisi
sememangnya sukar untuk
hidup di dalam kehidupan ini
apabila kebenarannya dimulakan
dengan penipuan abadi
aku tidak akan tidur malam ini
aku akan berjaga sepanjang malam
kerana rasa ini bertarung denganku
seperti kau bertarung dengan mereka
oh aku akan cuba
cuba untuk bertempur
berperang berjaga malam ini
palestin palestin
kebenaran adalah apabila impian hilang
makna yang pudar untuk dirisaukan
aku mencari diriku sendiri sepanjang masa
untuk mengubah apa yang ada di dalam mindaku
maka aku tidak akan tidur
aku cuba untuk berjaga malam ini
kerana ia mengerahkanku
untuk memikirkan kamu
oh aku akan cuba
cuba untuk bertempur
berperang berjaga malam ini
palestin palestin
sentiasa di minda dan hatiku
mengalir di dalam leluhur jiwaku
membuak-buak bersama aliran darahku
aku mengunci bicaraku kerna sukar
mengubah apa yang sudah kita lakukan
berdiam, membisu, dan membutakan
apa yang akan kita jadi jika kita terus biarkan
ia memang sukar dipercayai tetapi itulah yang terjadi
oh
tidak bebas,tidak tidur, tidak berimpian, tidak makan, tidak minum
tidak bernafas, tidak bergembira, tidak hidup,tidak memberikan kepada
mereka kecuali rumah yang dipenuhi lubang ditembusi peluru
sentiasa bersedih dan hilang ceria
sentiasa berduka dan tinggal di dalam nestapa
aku menutup mataku malam ini
namun kewarasanku tetap berada di sisiku
palestin palestin
sentiasa di minda dan hatiku
mengalir di dalam leluhur jiwaku
membuak-buak bersama aliran darahku
cetusan rasa
::HILAL ASYRAF::
2 comments:
knp ada nama hilal asyraf last skali tu??
owh, sebab ni karya Hilal Asyraf (penulis)
Post a Comment