Friday, October 5, 2012

Aib



Bismillahirrahmanirrahim.


“Para ulama’ telah menafsirkan maksud Al Haya’ (Malu) dengan memberi maksud ‘KeENGGANan jiwa2 untuk melakukan benda2 yang mendatangkan AIB’. Lawan kepada Al Haya’ ialah Al Wiqahah.


Beruntunglah kita kerana Allah itu bersifat Al Satir iaitu Yang Maha Melindungi. Berapa juta aib yang telah kita lakukan apabila berSENDIRIAN, namun tetap di lindung oleh kasih sayangNya.”


Duk!  Ada sesuatu ‘jatuh’ mengena di kepala ini.



Hadis ke 20 daripada 40 hadis Imam Nawawi di terang dengan baik oleh ustaz Rusydi. Stupor 5 minit. Terfikir 10 minit lepas tu. Sukarnya nak rasa ‘malu’ bila bersendirian apatah lagi nak berterusan rasa bertuhan. Oh, ‘ihsan’ saya di manakah?


Astaghfirullah…


#sentiasa menghayati dan memaknai apa yang dibaca ketika duduk di antara dua sujud
#Jika dalam solat pun kita boleh ingat-ingat lupa kepada Allah, apatah lagi di luar solat! (Sidi)


YA ALLAH, AKU TERJAGA OLEHMU DALAM NIKMAT, SIHAT (KESELAMATAN DARI BENCANA) DAN TERJAGANYA RAHSIA2 (DOSA-DOSAKU), MAKA SEMPURNALAH NIKMATMU, SIHAT DARI-MU DAN PENJAGAAN-MU ATASKU  DI DUNIA DAN AKHIRAT.’


P/S: Jazakillah khairan Jaza’ ila Ukht Amalia atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

No comments: