Tuesday, October 16, 2012

menyelak lembaran itu


Bismillahirrahmanirrahim.


sebab fikiran ini punya jalan sebabnya masing-masing,
maka terkadang kita sama,
terkadang kita berbeza,
namun;
syukurlah dalamnya tetap sama
kita punya ruh-ruh yang diakrabkan iman!


Aku berfikir sejenak.


Alangkah untungnya menjadi sesuatu yang dalam diam sepi berkarya, bertahan dalam kesempitan keadaan, tetapi bila tiba waktu, ia terbang bebas, menebar kebaikan, melantunkan kebaikan pada dunia.


Aku ingin. (Tersenyum sambil berfikir)



Lembaran itu aku selak satu persatu. (Berfikir lagi).



Dalam dewan itu, aku menyelak lembaran yang satu ini. Sambil memanggil nama seorang sahabatku. Aku menunjukkan lembaran dari buku “Dalam Dekapan Ukhuwah.”



“…..lihat ni, betulkan? Sangat bersetuju dengan sajak karya Salim A. Fillah ini. Hmmmm betullah, kadangkala, ukhuwah tidak perlu dirisaukan kerana ia hanyalah akibat iman. Sangat mendalam kata-kata ini.”



Benar sekali! kadangkala, ukhuwah tidak perlu dirisaukan kerana ia hanyalah akibat iman. Kerana saat ikatan ukhuwah itu melemah dan merapuh, ketahuilah yang sedang sakit itu adalah iman. Hasilnya, terzahir pada hubungan yang di bina. Renungilah FirmanNya, “Sungguh tiap MUKMIN bersaudara”. Makin direnungi makin aku tahu, persaudaraan itu tidak perlu dirisaukan. Saat memandang sudah merasa sakit, saat kebaikan yang dihulurkan pun terasa perit, perlu difikirkan, pada saat itu, yang carik itu bukan ukhuwah tetapi iman-iman salah seorang dari keduanya yang compang-camping. Bukan, mungkin kedua-duanya sekali.

Hati makin takut, bila firmanNya dibaca lagi, Allah memberi inzar untuk kita fikirkan, mengapa “para kekasih pada hari tiu, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain…kecuali orang-orang yang bertaqwa.”



Ada sesuatu yang Allah mahu kita sentiasa fikir. Ukhuwah ini bukan main-main. Membinanya sangat mudah, menjaga dan mempertahankannya pula bukan mudah.



Kecuali orang-orang bertaqwa? Hmmm orang yang bertaqwa, ada satu perkara yang pasti tentangnya. Bezanya mereka berukhuwah atas dasar akidah yang sama. Nilaian iman yang tinggi dizahirkan dengan satu demi satu perbuatan yang menggetarkan jiwa. Satu demi satu pengorbanan yang tinggi kehebatannya. Lihat! Hebat bukan ukhuwah kaum muhajirin dan ansar? Ini bukan calang-calang ukhuwah! Nak lihat lagi hebat? Pandanglah ukhuwah Saidina Abu Bakar dan belahan jiwa kita, Rasulullah S.A.W.


Allahu Akbar! Sollu ‘ala al-Nabiyy!!



Jadi, kena berfikir kembali, apa sebab kita berkawan. Luruskan balik hati kita. Hati bengkok, maka natijah dalam ukhuwah juga bengkok.



Belajar berfikir dengan cara berfikir seorang ‘ibadullah.

Teringat tulisan Ustaz Pahrol, bila buat sesuatu, cuba luruskan hati, bukan mengharapkan kebaikan diri dihargai, diberi perhatian tak berbelah bahagi. Sekiranya, bila kita buat sesuatu dengan mengharapkan sesuatu daripada orang lain, dan bila kita tidak mendapatkan perkara itu, kita akan kecewa dan kecewa. Kalau kita asyik harap sesuatu dari persahabatan juga, kita akan cepat tak puas hati. Jika kita lakukan kerana Allah, Allah tidak pernah kecewakan kita. Benar tak?



Berkawan, bersahabat untuk memberi dan berbakti kerana Ilahi.
Bukan mahu dilayani dan juga dibalasi.
Berkawan demi kepentingan diri?
Orang seperti ini hanya akan rugi dan akan rugi.


Jadinya, luruskan hati, cuba sehabis budi.



Allahu Rabbi, setiap lembar yang ku tulis selama ini, menunggu untuk diukirkan dalam diri melalui amal soleh di tiap bilangan hari.



P/s: Aku cuba ikhlaskan kerana Allah. Insya-Allah. Ya Allah, jadikan Anis, seorang insan yang sentiasa meluruskan hatinya ikhlas keranaMu ya ALLAH. Amin.




“Ya ALLAH, jadikanlah aku, hamba-Mu yang senantiasa merindukan pertemuan dengan-Mu, yang selalu mempersiapkan segala sesuatu untuk menghadap-Mu, YANG DALAM JIWANYA ADA ENGKAU, dalam tempat tertinggi, yang dalam aliran darahnya mengalir asma-MU yang suci, yang dalam kedua tangannya senantiasa menadah doa-doa yang mulia, lapangkanlah kuburku kelak, terangilah di dalamnya, jadikanlah kuburku taman syurgaMu yang indah ya Rabb….”

M302,
16 Oktober 2012,
5.11 p.m


No comments: