Sunday, October 7, 2012

si kecil


Bismillahirrahmanirrahim.


Sejuta warna pelangi,
Allah hadiahkan untuk diri,
penghias hati,
bukan untuk diratapi,
tapi untuk disyukuri.

Masyiah Allah...
Dulu jalannya sukar,
Bila kekuatan itu Allah hadiahkan,
tertunduk akur;
penuh syukur.
Tidak pernah ku sangka,
semudah ini laluanNya.

Benar, berusaha sebaik tadbir, berharap sebaik taqdir.
Terima Kasih ya Rabbi,
Syukur.
Mekasih Mak dan Abah
II 071012 II



Waktu yang penuh barakah. Diri memulakan langkah. Untuk-Mu Tuhan, ucapan terima kasih ku aturkan atas semua nikmat yang senantiasa tercurah kepadaku hingga saat ini. Nikmat-Nya yang tidak akan ku hitung sampai bila pun, jua atas setiap titisan limpahan rahmatnya, semoga tulisan yang sederhana ini bisa sampai kepada insan yang dipilihnya.


Anis mulakan tinta dengan secebis luahan hati. Actually tiada kaitan dengan tajuk pun. ‘Ala kulli hal, syukur!



Yok! Belajar dengan lebah!

Kalau sebelum ni, Anis pernah bercerita tentang angsa, hasil perkongsian daripada seorang kakak yang cukup Anis hormati, kali ini Anis nak kita sama-sama belajar daripada seekor haiwan bernama lebah.


Bagi Anis, lebah seekor haiwan yang cukup unik. Sebab tu, antara banyak-banyak haiwan, lebah adalah antara haiwan yang paling Anis suka untuk dilakarkan dalam apa-apa karya yang Anis lukis. Uniknya lebah ini, kerana Allah S.W.T telah menyebutnya di dalam kalamulallah. Bila Allah dah sebut dalam kitabNya, pasti Allah mahu hambanya meneliti dan berfikir tentang sesuatu tu. Allah mahu kita cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menggunakan perumpamaan-perumpamaan yang Allah bagi dalam AQ.


dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al-quran ini tiap-tiap macam perumpaan, tapi kebanyakkanya manusia tidak menyukai kecuali mengingkari - 17:89


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah " Buatlah sarang dibukit-bukit, di pohon kayu dan tempat dibikin manusia. (16:68)


Perkongsian daripada seorang sahabat jua, Anis rasa tak rugi untuk dikongsikan. Kisah lebah ini sangat menakjubkan, mengajar kita bagaimana untuk mengfungsikan diri semaksimum mungkin!


SubhanaAllah! Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu andai kita fikir, semuanya terkait untuk diri kita dan kehidupan kita sendiri.


Nak Belajar pe je?

Makanan lebah adalah sari bunga
Dari dulu hingga sekarang, lebah selalu memakan sari bunga yang manis. Tak pernah keliru satu kali pun lebah memakan hampas soya atau selain dari itu, walau saat itu tak ada makanan satu pun ditemui. Hal ini memberikan kita inspirasi untuk selalu memakan makanan yang baik dan jelas kehalalannya. Baik dari sudut makanan itu sendiri atau cara mendapatkannya. Pastikan bahawa apa yang kita makan adalah makanan yang halal dan berkhasiat.


Ke mana pun lebah hinggap, tak ada ranting yang patah
Lebah adalah haiwan yang memiliki peribadi yang tidak merosakkan sesuatu. Lebah ketika hinggap pada setangkai bunga dia tidak akan merosak bunga tersebut atau mematahkan tangkainya. Tubuh lebah yang kecil, membuat ia selesa terbang dan hinggap di mana pun tanpa merosakkan tempat ia berhenti. Sekecil apa pun sebuah ranting pokok, tak ada yang patah dihinggapi seekor lebah. Lebah tak pernah dapat masalah dan menjadi masalah di mana pun ia hinggap. Oleh itu, ini memberikan kita ibrah untuk belajar menyesuaikan diri dengan baik di mana pun kita berada. Di mana pun kita tinggal, kita harus dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran masyarakat yang ada. Seboleh mungkin kita menebar manfaat di mana pun kita berada.



Tiada yang dihasilkan lebah kecuali madu
Madu lebah sangat manis dan mengandung manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan dan perubatan. Lebah sendiri tidak pernah tersilap menghasilkan produk lain selain kacawali madu. Kerana kelebihan lebah yang dapat menghasilkan madu inilah, hingga Allah S.W.T mengabadikannya dalam kitab suci. Allahu Akbar! Maha Suci Allah yang mengajarkan kita untuk tidak menghasilkan sesuatu dalam hidup ini kecuali yang berharga dan penuh manfaat bagi orang ramai.



Hidup dalam berpasukan
Inilah sifat yang paling menarik dalam kehidupan sang lebah. mereka ini sangat berpasukan dalam mengerjakan sesuatu perkara, nak cari makanan bersatu,nak bina sarang bersatu, nak serang orang pun bersatu. Mengajar kita betapa pentingnya konsep berjemaah dalam kehidupan.



Kerja yang sistematik
Uniknya lagi leboh ni, apa jua kerja yang dilakukan akan dibahagi-bahagikan tugasan. Diketuai oleh Sang Permaisuri. Dalam kehidupan mereka ada yang pergi mencari makanan dan ada yang menjaga sarang. Begitu juga kita dalam kehidupan. Andai kita mampu untuk sistematik dalam gerak kerja,kerja yang banyak boleh disiapkan dengan segera. Kerana itu, Islam mengajar kita untuk berukhuwah, kena bersatu hati untuk menjalankan sistem hidup yang sejahtera dalam sesebuah organisasi itu sendiri. Bila dah capai tahap ukhuwah yang tinggi, kita sendiri faham tugas masing-masing. Matlamat dapat dicapai dengan mudah.

(ce cari cik lebah....)

Kecil tetapi percaya diri!
Walaupun lebah hanyalah seekor haiwan kecil tapi dia sangat percaya diri bahwa dia boleh membangunkan sarang dengan cara bekerja sama dengan saudara-saudaranya yang lain. Allahu Akbar! Aku sendiri bagaimana? -_-“ malu2

(Comellah kamu ni cik lebah!)


Papepun moga-moga kita  dapat belajar keperibadian dari haiwan bernama lebah tersebut, sehingga hidup kita menjadi lebih bermakna. Semakin hidup kita bermanfaat bagi sesama, semakin terasa indah hidup ini.

Manusia yang paling baik adalah yang bisa memberi manfaat bagi manusia lainnya.” –HR al-Thabrani.

Moga kita bisa menjadi khairunnas, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Insya ALLAH!
Jom! Belajar lagi.



Mengabadikan lebah hitam kesukaanku di Sk Tempoyang



M302,
Ahad
7 Oktober 2012,
3.37 p.m.

2 comments:

SyaheeDah said...

alhamdulillah

tsumma alhamdulillah

tsumma alhamdulillah

belajar, masih belajar, dan terus belajar..

(^__^)

jzkk kak nis ku yang cumilll

Anis said...

utlubul ilm min al-lahdi ila al-mahdi.. insyaALLAH. Jzkk "puan" ida y cute