Wednesday, October 3, 2012

bermula sekarang


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dalam selang masa yang ada hati mahu bercerita tentang sesuatu. Sedih gundah dengan prestasi hafazanku. Berharap diri berusaha dengan kelajuan semaksima mungkin. Hari ini, hari cukup indah, pulang dengan santapan lukisan alam yang Allah hadiahkan. Pandang langit. Tenang. Allahu Rabbi.


Tugasan untuk analisis sakhsiah insan yang Anis cintai, belahan jiwa ini. Cukup banyak menambahkan ilmu di dada. *Terima Kasih ya Allah.



HAK ANAK


Anis tertarik dengan satu perkara berkaitan dengan hak seorang anak. Hal ini diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Rupa-rupanya hak seorang anak itu bermula sebelum dia dilahirkan lagi. Yang terpikul di atas setiap individu muslim. Allahu Akbar! Rupa-rupanya walaupun Anis belum mempunyai anak, namun anak yang bakal dilahirkan (biiznillah fi mustaqbal) telah mempunyai hak ke atas diri ini.


Anis bawakan sebuah kisah bagaimana apabila Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya.

Tidak lama kemudian anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar.

“Apakah hak anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya al-Quran,” jawab Umar.



“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran,” kata anak itu.



Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau berbuat buruk kepadanya sebelum dia berbuat buruk kepadamu.”




Rupa-rupanya hak anak perlu difikirkan bermula dari saat ini. Memilih calon ibu yang baik untuknya bermakna bagaimana kita memilih pasangan kita yang bakal mengandungkan anak yang bakal dididik nanti. Besarnya tanggungjawab. Andai hak ini tak tertunai, pasti berat menanggung di sana.


Dalam dakapan hangatnya sinar matahari menunggu asar ini, Anis hayunkan langkah bersama. Fikiran melayang teringat anak-anak kecil yang di bawa ke masjid dan surau.


Bagus sekali ibu bapa mereka.


Benar, tugas kita adalah mencari ayah dan ibu yang bisa memberi teladan untuk anak-anak kita kelak!


Nampak mudah, tapi susah.

Azan sudah hampir tiba. Anis sudahkan tinta ini. Semoga beroleh manfaat.


M302,
3 Oktober 2012.

No comments: