Monday, June 7, 2010

::analisa::

Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai ibnu haraki penegak Islam!
Rasulullah bermadah dengan satu janji dan aspirasi,
''Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya"
Cuma yang belum pasti,
adakah kita tinggi peribadi,untuk memikul amanah suci?

Kita asyik berjaga malam untuk liqa' dan gerak kerja,
tapi terlepas tahajjud dan qiam.

Kita kuat berjuang,
tapi kurang mentadabbur Al-Quran

Kita banyak ceramah tapi zikir entah ke mana.

Kita teguh berjihad menegakkan Islam tapi kering kontang ilmunya.

Kita hanya pandai bercakap,
tapi buat ke?

Kita banyak berbuat dosa yang katanya terbuat tanpa sedar,
tapi jarang sekali bertaubat.

Kita hanya pandai amar ma'ruf tapi subuh pun selalu lewat.

Kita banyak bercakap soal ikhlas dan khusyu',
tapi riya menguasai diri.

Aduh!!!
hinanya diri ini..
adakah layak kita digelar jundiNya di akhirat kelak?
Takutnya diri,
andai kata segala pengorbanan yang dilakukan hari ini,
akan menjadi debu berterbangan tiada erti.

Insaflah dan muhasabah diri,
pemimpin sufi lagi haraki

***

Nasyid:Analisa
Munsyid:Shoutul Amal

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

No comments: