Saturday, June 19, 2010

::Benarkan aku menulis::


“Anis, buat apa tu?” Aqilah menjengukku di meja belajar lantas mengejutkanku dari dunia khayalan dunia penulisanku..“tak de pape lah, saje, tengah menulis something,” ujarku sambil tersenyum dan cuba-cuba merendahkan screen laptop. Segan, bila orang lain melihat ketika aku menulis.

Anis, kenapa awak tak jadi Cikgu BM je? dulu awak memang mintak major PAI ea?” soal Aqilah bertalu-talu. Kehadirannya ke bilik untuk bertemu rumateku bertukar dengan persoalan yang membuatkan hati kecilku geli.. lucu? bukan lucu tapi entahla. “Entahla Qilah, borang-borang masuk maktab dulu pon abah saya yang uruskan..hehehe, bila abah kata sekian, sekian maka anis pun buatla sekian sekian.”

CIKGU ANIS VS USTAZAH ANIS???

Jujurnya tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk menjadi pendidik, apatah lagi berfikir untuk menjadi guru dalam apa jua subjek.

Cikgu BM? Bahasa Melayu.huh! aku memang minat sangat bahasa-bahasa ni.. kecuali bahasa sekian sekian huhuhu. Cikgu Anis? kalau jadi cikgu BM bolehlah meningkatkan penguasaan bahasa melayu aku.. hehehe kelakar plak. Nanti bolehla anak-anak murid panggil “CIKGU ANIS” bukan “USTAZAH ANIS”. Time PBS hari pun murid-murid dah panggil Cikgu, bukan ustazah, ada gaya kot nak jadi Cikgu BM. Hehe..Kadang-kadang sedar sangat, mungkin juga sikap aku yang keterlaluan selalu membetulkan bahasa orang lain menyebabkan ada kawan-kawanku yang menganggapku “cikgu BM”. “banyaknya orang” ujar seorang sahabat. “bukan banyak orang, tapi ramai orang..hehehe”. “Tulis ni pakai pensel tau!”, “eh bukan pakai pensel, tapi guna pensel, macam mana nak pakai pensel plak? hehehe”. Ada sahaja kesilapan orang dalam berbahasa yang aku cuba betulkan. Semuanya berlaku tanpa aku rancang. Tetiba je terpacul keluar dimulutku. Maaf ye teman-teman. “ala..macamla bahasa awak tu betul sangat..bahasa Kelantan awak tu..huhuhu.”seorang sahabatku berkata. “hehehe. tp bukankah kita kena memartabatkan bahasa melayu yang betul, apatah lagi kita kan bakal cikgu..hehe betul tak?”..

HIDUP YANG PENUH IMAGINASI

Ye, aku sedar, diriku yang agak pendiam banyak juga menjadi sebab mengapa aku suka menulis. Aku tak minta dilahirkan begini..(huhuhu sedih ayatnya). Tapi ujar Mak, aku memang begini, sejak aku bayi pun, aku tak banyak menangis dan merengek macam bayi-bayi yang lain. Diam je. Pasif??? agakla. Disebabkan itula, daya imaginasi aku tinggi..huhuhu.. berkhayal je. Kecik-kecik dulu aku jarang bersosial dengan orang lain. Bermain pun banyak bermain dalam rumah. Main anak patung. Teringat koleksi anak patungku. Anak patungku ada banyak rambut palsu, siap boleh tukar-tukar lagi, ada macam-macam jenis baju, ada set kerusi dan meja, ada pula geng anak-anak patung yang lain. Kadang-kadang, siap jahit sendiri baju anak patung. Huhuhu bila teringat balik kelakarla. Disebabkan sikap aku yang pendiam, aku boleh sahaja dan tidak bosan bersendirian, malah kadang-kadang memang gembira sedemikian kerana ade je benda yang terlintas difikiran, nak menulis cerpen la, nak mengarang puisila, melukisla dan macam-macam. Huhuhu, pelik ke aku ni? Hidup dalam dunia sendiri? Takla begitu sekali..

TIGA YANG PELIK

Kata seorang lecturer, anak ketiga ni memang biasanya pelik ke? aku memandang ke arah Kak Lina disebelahku, sambil tergelak kecil, aku dan kak Lina kedua-duanya anak ketiga. Kadang-kadang aku merasakan kepelikan kak Lina, malah aku rasa kak Lina juga merasakan kepelikan sikap aku. ANIS YANG PELIK?? Maaf ye kak kalau anis ni pelik sikit. Kak Lina menjadi mangsa kepelikan diriku lantaran sem lepas dia berada disebelahku dan juga mangsa kebosanan aku di kelas. Teringat suatu ketika, mungkin aku bosan agaknya, lantas mengambil sehelai kertas dan pensil dan mula melakar sesuatu objek yang terdapat di dalam kelas dan meminta kak Lina menekanya. Lama-kelamaan kertas tu dah penuh dengan lukisan pelbagai objek, malah bukan aku sahaja yang melukis, SHEPAH dan KAK LINA pun melukis dan aku pula yang meneka objek tersebut. Huhuhu.. hai kak lina dan shepah, terjangkit ea? adui..nakalnya aku. Kesian kat lecturer kat depan. Maaf ye. Anis janji akan lebih focus. Sem ni nakal sikit..huhuhu. Bukan apa Cuma cuba untuk tidak tidur, tak suka tidur dalam kelas.

Entah, apa sikap aku yang pelik pon aku tak tau. Satu lagi tabiat aku, mungkin aku terlalu suka merenung seseorang apabila dia bercakap denganku...mungkin juga sikapku yang terlalu suka menafsir orang..huhuhu entahla.

HAKIKAT SEORANG AKU

ALLAH dah menetapkan aku sebagai seorang pendidik.. aku akan terus menjadi begini. ALLAH juga telah menciptakan aku dengan watak seorang yang pendiam. Segalanya telah terpahat hikmahnya. Diam bukan bermaksud aku gagal dalam segala sudut. Jujurnya, apabila aku mula bakal bergelar pendidik sedikit sebanyak menyebabkan mulutku agak ringan walaupun tak mudah mengubah segalanya. mungkin!.Walau siapa pun aku, yang penting aku akan tetap terus menulis...iye.. walau apa pun berlaku dalam hidupku..aku akan tetap terus menulis..sehingga suatu waktu ada sebab yang bisa mengubah tabiatku..

izinkanku untuk terus menulis..

benarkan aku untuk terus berkarya

inilah seorang aku

kerna

aku tiada apa-apa

aku tidak petah berbicara

aku tidak bijak bermain kata

aku tidak pandai melontar rasa

aku tidak bisa meluahkan kata

tapi denganmu sehelai kertas putih tidak bernoda

aku mampu melakar tinta...

hati berbicara,

5.00 petang

19 Jun 2010

Fi Ghurfah, baiti sakinah

p/s: maaf ye , anis tak tahu nak pos apa untuk hari ini, insyaALLAH, esok cuba fikir lagi..maaf juga ye kalau pos ini menganggu watak-watak tersebut..huhuhu..diriku masih berfikir dalam cuti..kerja yang sentiasa tidak selesai..semoga ALLAH mempermudahkan segalanya..amin

No comments: