Tuesday, June 22, 2010

Di mana “si dia” di hati?

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak tahu bagaimana mahu memulakan tinta hari ini.. coretan semalam masih berbaki dan terbiar begitu sahaja bukan tidak mahu menyambung tulisan itu, malah anis sendiri sedar dan tahu sudah hampir dua hari anis membiarkan blog sunyi tanpa sebarang pengisian. Tapi saat ini, fikiran rancak merangka sebuah cerita tentang “si dia”.

siapa si dia yang telah berjaya mengetuk hatimu?”

mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan...

diam kadangkala membuatkan diri bahagia, kadang-kadang jua terseksa

“hmmm dia seorang insan yang sangat istimewa, hanya dia satu-satunya insan yang berjaya menyentuh hatiku, berjaya menjadikan aku seorang insan yang sanggup berkorban untuk dirinya”

perlahan-lahan diri mengatur bicara

“begitu istimewa?”

“iya....pernah juga mutiara jernih jatuh membasahi pipi kerana tak mampu menjadi yang terbaik sebagaimana yang si dia impikan..jujurnya sehingga kini hanya dia yang pernah menjadi insan terbaik dalam hidupku.. apa jua yang dia lakukan, segalanya yang terbaik, walau pernah juga terasa kecewa, namun segalanya hanya seketika, bila ku buka seluas-luas mata ini, terbukalah hijab..terpancarlah segala hikmah..”

CINTA PERTAMA,CINTA TANPA SYARAT

Anis sendiri tak sedar bila rasa cinta dan sayang ini berbuah.Cinta padanya cukup mudah

Cinta tanpa syarat, cukup anis sebagai permata dalam hidupnya dan dia akan memberi sepenuh kebahagiaan dan cinta pada Anis. kata orang jatuh cinta sebelum lahir ke dunia?

ya!!

tepat sekali...segalanya dia bagiku...risaunya pada anis dari segala aspek kesihatan, makan, minum, belajar, bahagia .....

bahagia???

sangat bahagia...sehingga tidak mampu anis lakarkan..

pernahkah seorang insan lain memikirkan sedemikian rupa?

sanggup mengorbankan segalanya dengan IKHLAS? IKHLAS yang sangat sukar dicapai... lebih manis apabila ia di padu bersama CINTA HALAL ini.

MEMAHAT NAMANYA DI HATI

anis sendiri bukan tidak mahu berkongsi cerita tentang “si dia”.. kerana dia terlalu istimewa, dan kalau boleh diri ini tidak mahu berkongsi dengan orang lain..

menumpang di segenap ruang yang ada dilubuk perkasihan

begitu indah setiap detik di dalam rahimmu

sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu

keperitan itu kau rasa indah demi anakmu...

Benar..dialah satu-satu insan yang berjaya mengetuk hati ini, membuatkan anis sendiri rela berkongsi sepenuh cinta padanya.. hanya dia insan yang bisa menyayangiku tanpa syarat membelaiku saatku memerlukannya...CINTA SEORANG IBU

BAYANGANNYA SENTIASA BERSAMAKU

Tak mampu anis bayangkan saat perit menyerang, mampu sahaja anis meminta tolong sahabat meredakan apa yang di rasa, tapi sampai bila mahu terus begitu... jika ia datang pada saat hampir setiap hari, sanggupkah seorang sahabat datang meredakannya? sama seperti seorang ibu yang sanggup melakukannya tanpa syarat?

namun, bagi seorang ibu, segalanya mungkin bagi dirinya... sentiasa di sisiku, saat sakit mahupun saat penuh ceria menghias rasa...

mahu sekali jika saat menahan denyut perit rasa, ibu berada di sisi meredakannya.. namun yang hadir hanya bayangannya....walau masih terasa hangat belaian kasihmu.... menitislah duhai mutiara permata menghilangkan sedikit perit rasa..

AKU DAN MEREKA

Berfikir. Manusia zaman ini suka lebihkan hal, manusia atau urusan mereka yang lain dari ibu bapa. Terkesima dengan manusia sebegini.

Berfikir sejenak bicara seorang ukht...



"memang Allah dan Rasul menyuruh kita berjuang, tapi Rasulullah sendiri pernah menyuruh seorang lelaki balik dari ketika persiapan untuk berperang. Kata baginda, ibu kamu di rumah itulah perjuangan kamu."

Satu peristiwa, seorang lelaki yang terlalu rindu untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w, tapi ditahannya keinginannya kerana memikirkan ibunya yang sakit dan sentiasa perlu ditolong oleh anaknya itu. Sehinggalah pada suatu hari, ibunya memberi keizinan padanya untuk pergi merantau bertemu dengan Rasulullah s.a.w kerana ibunya tahu dia terlalu rindu untuk bertemu dengan baginda.



Setelah bersiap sedia, akhirnya dia pergi setelah hatinya senang apabila ada yang membantunya menjaga ibunya yang uzur itu. Tapi, alangkah hampanya, ketika dia datang, Rasulullah berada di medan perang. Dan atas janjinya, dia pun pulang meneruskan menjaga ibunya dan pekerjaan sehariannya.



Apabila tiba di rumah, Rasulullah s.a.w bertanya pada Aisyah. Setelah diceritakan, Rasulullah bertanya, "Adakah kamu melihat mukanya"



"Tidak ya Rasulullah, saya hanya melihat belakangnya sahaja"




"Dan kamu akan masuk syurga kerana melihat belakangnya"



Begitulah tingginya manusia itu yang diberi penghormatan atas jasanya menjaga ibunya. Dialah Uwais al-Qarni. Hebat, betapa hebatnya kurniaan Allah pada lelaki itu.



Berbeza manusia di zaman ini. Hati dan perasaan seorang ibu dan ayah dianggap suatu yang remeh, malah cukup tidak sabar apabila melihat kerenah mereka.

"Kalau kita tak balik, kita tak tahu satu hari nanti, harus bagaimana kita nak hadapi hidup kita kalau mereka takda." Terdiam. "Kita mesti rindu untuk melihat kedut-kedut di dahi mereka, gelak ketawa mereka, kata-kata nasihat mereka" . Besar sangatkah pengorbanan ini?

SEBUAH PENGORBANAN

mak abah buat macam-macam semata-mata nak membahagiakan sebuah rumahtangga mahu sahaja mereka tidak mahu anak-anak turut merasa kesusahan sebuah kehidupan”

“owh...betul tu..”

mengiakan tanda setuju

time kecik-kecik dulu selalu bayangkan hidup ini sentiasa bahagia dan hidup sentiasa senang. Tapi apabila melangkah dewasa, mula sedar hakikat hidup tak semudah disangka. Perlu berusaha untuk mendapatkan segalanya, bahkan sebuah kebahagiaan.

Semuanya memerlukan pengorbanan.

adik nak tu!!!..adik nak yang ni..!!!”

terfikir, mudahnya seorang anak meminta-minta, tapi seorang ibu dan bapa sentiasa cuba berusaha membahagiakan anaknya.

Kini, diri ini pula mengerti..

aku juga perlu berkorban... apa salahnya berkorban sedikit..mungkin ada hikmahnya aku terpaksa berbuat begini..iye, yakin pada hikmahnya”

SIAPA MEREKA DI HATIKU?

Berfikir. Siapa mereka di hati aku? Merekalah permata hati aku yang aku sanggup korbankan segala-galanya untuk mereka.

Bila aku berfikir semula, mampu ke aku ingin mendidik keluargaku sendiri sehebat ayah dan ibu menerapkan pemikiran ini kepada kami. Mampu ke seorang ayah mendidik seorang anak untuk menghormati kedua ibu bapa? Mampukah seorang ibu, memberi ilmu untuk kelengkapannya menjadi seorang anak. Terkesima.

Dan aku hanya serahkan pada Allah.

Seorang ukht berkata bahawa Jemaah besar yang baik akan terbina bermula dari jemaah kecil. Dan terbentuknya jemaah kecil yang baik itu adalah apabila seorang lelaki memilih calon isterinya. Dan jadilah seorang calon yang baik, agar jemaah kecil itu dibina dengan baik oleh seorang lelaki yang baik.

DEMI ISLAM, KU IKHLASKAN SEGALANYA..

fi baiti sakinah

23 Jun 2010

1.37 a.m

No comments: