Tuesday, June 8, 2010

::antara bidadari & p'huni syurga::


wahai kakakku..
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
asyik berteman tangis dan sendu sahaja?
wahai adikku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi di situlah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun
Duhai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata
namun wahai kakakku
wanita itu fitnah dunia
pernahkah adikku dengar?
pesanan Ilahi pada hambanya?
wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandangannu dan tutupkanlah auratmu
cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu allahbdahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang nejadi fitnah pada dirinya
dan
tidaklah allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerana di situlah kehormatannya
bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!
sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh
tapi kakakku
kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?
wahai adikku sayang?
al-haya' (sifat malu)ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri
namun
bila mana al-haya' itu lebur
imannya runtuh
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi
namun adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
wahai adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu
menggugurkan dirimu..menyembah tanah..
sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu..


No comments: