Thursday, June 17, 2010

::mhias tiang agama dgn malu::


Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi jumaat masih terasa kesegarannya..menyapa anis dengan semangat baru. Huhuhu semalam berlalu tanpa anis sempat mencatat dan menulis sebarang kata. Kebuntuan? huhuhu mungkin. Sebelum mata terlelap semalam, anis berusaha membaca sesuatu, buku tulisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diselak sehelai demi sehelai dengan laju . Sengaja anis tidak membacanya satu-persatu dan keseluruhannya kerna buku ini telah dikhatam sebenarnya cuma belum betul-betul hadam.Huhuhu ada beza ke?

Apabila hati lalai,

ia akan menjadi hijab

yang menghalang untuk hampir kepada ALLAH


Benar, anis sendiri pernah merasakan keadaan itu. Pernah suatu ketika, hati menjadi tidak tenang. Bila disemak-semak...masih tidak ketemu jawapannya. Solat, bacaan Al-Quran, Zikir semuanya meniti dibibir namun jujurnya ketika itu, semuanya hanya dibibir, tidak di hati. Bila anis mencari-cari, rupanya ada khilaf antara hablum minannas wa hablum minallah dalam diri...gulp! rupanya anis hampir hanyut dengan sebuah permainan dunia yang hampir-hampir sahaja menghilangkan halawah dalam beribadah..


Malu?? ya..malu dengan diri, benar, dalam beribadah terutama dalam bab solat kita perlu menghiaskannya dengan sifat malu.. apabila kita sedar bahawa lemahnya hendak mendirikan solat dengan cara yang paling sempurna, maka wajarlah kita merasa malu dengan ALLAH.


Bicara seorang ulama’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mengungkapkan sifat malu wajar dalam diri. Mengapa? betapa tidak jika persiapan solat itu sahaja sudah mengambil masa yang betapa lama, umpamanya wuduk, persiapan pakaian, memakai serban dan sebagainya. Malangnya lebih banyak masa untuk persiapan berbanding mengingati ALLAH dalam WAKTU SOLAT! Oleh itu, sudah tentu wajar bagi dirinya merasa malu setelah selesai solat kerana bukankah solat itu didirikan semata-mata kerana untuk mengingati ALLAH tapi dari 10 minit itu hanya sekadar 2 atau 3 minit sahaja mungkin yang benar-benar ingat kepada ALLAH..(T-T)..


Masakan tidak malu dengan ibadah yang sedemikian rupa???


Orang yang tidak merasa malu hanyalah orang yang merupakan ahli ibadah yang jahil sedangkan orang yang benar-benar malu sudah tentu ia merasakan bahawa ia sebagai tuntutan fardhu yang hendak di bawa sebagai bekalan akhirat kelak.


Analoginya, dia malu, ibarat orang yang hendak menyerahkan hadiah kepada seorang raja, sayangnya apabila dibuka, hadiahnya cacat. Maka sudah tentulah ia merasa malu di majlis tersebut kerana raja itu bukan sahaja tidak suka dengan pemberian hadiah sebegitu rupa malah bisa mengundang kemurkaan raja tersebut. Alaisa kazalik ya akh wa ukht?


Jadi, wajarlah kita merasa malu, kita berwuduk, bersuci dari hadas, berpakaian indah, melakukan semua rukun dengan penuh kesempurnaan FIZIKAL. Tapi kesibukan lahiriah itu hanya ibarat orang yang makan keropok berbunyi berderap-derap..sudah menghabiskan berbungkus-bungkus tapi masih belum merasakan kekenyangannya.

Kesibukan lahiriah yang hanya berbentuk fizikal semata tidak memberi apa-apa erti jika tanpa hadirnya hati dalam beribadah kerana yang dikehendaki adalah kesempurnaan dari aspek mengingati ALLAH dalam solat kerna itulah tujuan solat.


Malu itu hanya akan lahir apabila kita mengetahui tentang keaiban diri, merasa kurangnya rasa ingatan kepada ALLAH dan dangkalnya rasa IKHLAS.Patut benar, merasa malu, kerna indahnya persiapan lahiriah tapi malangnya ia tidak seindah persiapan rohaniah. Ibarat seseorang yang bersiap menghadapi persiapan pembesar ke rumahnya, dinding luar rumahnya dicat begitu cantik, halaman rumah juga begitu. Namun, apabila masuk ke dalam rumahnya didapati ia tidak seindah luaran, dipenuhi sampah-sarap dan sawang. Sudah tentu ini memalukan!


18 Jun 2010

8:32 pagi

Fi Ghurfah, baiti sakinah


p/s: sebuah ingatan buat diri sendiri.... di mana diri jika dibanding dengan ibadah para nabi, para sahabat dan sahabiah...serta mukminin yang lain (~~.)

No comments: