Tuesday, June 8, 2010

::Mau tak??::

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...segala puji2 hanya untukmu Ya Rabb yang masih sudi meminjamkan sedikit helaan nafas dan tenaga yang memungkinkan jariku menari-nari lagi untuk sebuah perkongsian ilmu. Hari cuti ini makin berlalu..masing-masing mungkin sudah mempunyai perancangan yang teratur dan terbaik untuk mengisinya bukan ? huhuhu
mau tak anis kongsikan sebuah rancangan yang bisa memberi banyak manfaat ketika anda sedang bercuti mahupun ketika pergi berprogram? huhuhu juz sekadar beberapa cadangan buku yang kawan2 boleh dapatkannya di pasaran.. agak menarik tapi memandangkan citarasa kita berbeza.. mungkin ada di antara cadangan buku2 ini tidak beberapa menarik.. huhuhu tapi yang penting ia bakal termasuk dalam senarai buku yang bakal menjadi milik anis..hihihi...

novel islamik (walaupun anis ni memang tak minat langsung novel, tapi novel islamik ini masih boleh dipertimbangkan ..macam best)

sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Harga: RM23
Penulis: Dr Farhan Hadi, zauj novelis Fatimah Syarha

Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.

Harga: RM23.00
Penulis: Sheila Wani
Konsep: Novel islamik yang mengajak pembaca menghayati perit jerih pelajar Malaysia yang belajar di negara arab Syria.

buku Hari Kiamat Sudah Dekat terbitan Pustaka Ibn Katsir, Indonesia. Walaupun terbitan negara seberang, pengisiannya cukup baik kerana ia bersumberkan dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang berkaitan selain mengenepikan unsur-unsur rekaan manusia mengenai kiamat. Bahasanya juga mudah difahami dan amat sesuai untuk pembacaan diri atau sebagai peringatan dalam usrah-usrah di rumah (bersama keluarga), halaqah di sekolah-sekolah dan di IPT2. InsyaAllah, and boleh mendapatkan buku ini di MPH bookstore, Popular bookstore, stesen2 Petronas terpilih serta kedai-kedai buku yang menjual buku2 keagamaan atau di pejabat Telaga Biru di Sri Damansara Industrial Park (SD5). Semoga ingatan kita terhadap kiamat akan mengukuhkan tauhid kita kepada Allah swt. Berharga RM55 sebuah


Cover buku Syarah al-Hikam terjemahan oleh Dr Zulkifli al-Bakri. Harga buku syarah al-Hikam ialah RM50 (RM52 di Sbh & Srwk). Ketebalannya 592. Boleh didapati di MPH, Popular Bookstore, kedai2 buku agama dan peralatan ibadah atau di pejabat Telaga Biru di Sri Damansara Industrial Park (SD5). Saiznya 14x21(cm).


Syamail Muhammad SAW Keperibadian Rasulullah
Penulis: Imam al-TarmiziSyarahan oleh: Syaikh Salim bin 'Ied Al-Hilali

Harga: RM45.00
Penerbit: Pena (Indonesia) dan Telaga Biru
Edaran: Telaga Biru

Buku ini merupakan sebuah buku terbitan asal dari Indonesia. Ia diterbitkan semula oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan beberapa nilai tambah supaya lebih diterima oleh masyarakat di Malaysia khususnya. Antaranya, buku ini menyediakan glosari lengkap kepada pembaca untuk memudahkan pemahaman. Ia sangat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengenali Rasulullah s.a.w dengan lebih rapat lagi.

Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:

1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.


101 Doa Para Nabi dan Rasul Dalam Al-Quran; Khasiat dan Kaifiat Beramal - Buku yang baik untuk anda yang ingin mengamalkan doa sebagaimana yang diajar Allah menerusi al-Quran...

Harga: RM19.90 (Soft cover) / RM25.90 (Hard cover)
Penerbit: Telaga Biru

Tajuk: 60 Mutiara Hikmah al-Fatihah
Nama Penulis: Dr. Muhammad Bin Musa Alu Nashr
Harga: RM17.00
Kod Produk: TBIN1049
ISBN: 9788062350
Saiz: 14.5 x 20.5 (cm)
Mukasurat: 260 ms

Buku ini mengupas tuntas mutiara ilmu dan hikmah surat Al-Fatihah. Tidak kurang dari 60 mutiara hikmah diungkap secara panjang lebar dan detail berdasarkan kaedah-kaedah ilmu tafsir, aqidah, dan bahasa. Selain itu, dibahas juga tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan Surat Al-Faatihah. Membaca buku ini membuat kita seakan-akan sedang mengarungi samudera hikmah surat Al-Fatihah yang demikian luas dan dalam


CINTA, suatu lafaz ‘keramat’ yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya – dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja. Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. Cinta, sebahagian naluri insani; ingin bercinta dan dicintai. Tapi, cinta – tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata. Masih ada cinta lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa – suatu hakikat yang sering dilupakan. Apakah cinta itu?

Cinta kepada Islam…
Cinta kepada saudara seIslam…
Cinta akan keadilan dan kebenaran…


Itupun, masih banyak bunga-bunga cinta yang belum dibicarakan, yang terukir indah di bawah naungan cinta Allah dan Rasul-Nya! Semoga, huraian dan paparan penulis membawa kepada pemahaman cinta dalam erti kata sebenar – cinta yang tidak hanya sebatas di bumi, tetapi menerobos ke alam Syurgawi!

Seindah-indah
adalah cinta kepada
Penggenggam alam semesta…
kepada yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus cintanya
yang kekal cintanya…


DIAlah ALLAH!
ALLAH yang Maha Agung
Maha Indah, Maha Penyayang
Maha Membela, Maha Mempesona
cinta kebenaran
cintai Rasulullah
cinta semata-mata
kerana ALLAH


Selamat berCINTA!


PERINCIAN BUKU:

Penerbit/ Editor Urusan: Mohd Faizal Osman, Penulis: Abban Lo’baw, Ketua Editor: Zuryati Isa, Penolong Editor/ Pruf: Hafiz Fandani, Rekaletak/Aturhuruf Dalaman: Siti Bashah Amin, Konsep Kulit Buku: Abaios/ Shahriman, Rekabentuk Kulit: Fadly Halim/ Adi, Muka Surat: 200, Terbitan Hijjaz Records Publishing, Edaran Marketing Dept. HRSB, Tarikh dipasarkan: Julai 2009, Harga Semenanjung: RM 17.90, Harga Sabah/ Serawak: RM 19.90, Harga Singapore/ Brunei: $ 12.00


Kisah Shahih Para Nabi (Jilid 1 & 2)

Nama Penulis: Syaikh Salim bin ‘Ied a-Hilali
Harga: RM85.00 setiap jilid
Kod Produk: Jilid 1 - TBIN1043
Jilid 2 – TBIN 1044
ISBN: Jilid 1 – 978-602-8062-26-8
Jilid 2 – 978-602-8062-27-5
Saiz: 17.5 x 24.5 (cm)
Mukasurat: Jilid 1 – 555 ms
Jilid 2 – 616 ms

Sinopsis: Buku ini diterbitkan untuk mendekatkan pembaca dengan sirah pada Nabi. Kelebihannya ialah ia berdasarkan tema-tema kunci yang mewakili babak-babak sejarah para Nabi dan Rasul.

Buku ini boleh didapati di MPH, Popular, Kedai-kedai buku agama dan Petronas terpilih


No comments: