Friday, June 25, 2010

kita masih bersamakah?

bismillahirrahmanirrahim


Semalam tidur agak lewat semata-mata nak siapkan sebuah catatan belajar menerima "orang baru" khas untuk akak sayang..walaupun catatannya tak seberapa...


fikiran hari ini buntu, kata seorang sahabat anis, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.. macam orang bercinta bukan? tapi sebenarnya semuanya gara-gara symptom nak meninggalkan baiti sakinah.. sob3 ..


hari jumaat terakhir di rumah semalam, sempat landing atas katil dengan kakak sambil membaca buah tangan daripada abah yang balik dari kuliah Jumaat Tok Guru semalam. Anis? tak sempat nak ikut.. sob3.. tapi insyaALLAH ada hikmah yang telah diatur oleh ALLAH .. bukankah segalanya telah molek dan indah diatur ALLAH..


tersenyum panjang, bila lagi nak jadi budak-budak selain membuat bising di rumah.. lepas ni akak Nisa’ dah nak terbang ke SARAWAK..wow.. kitak naek belon ye? huhu


tergelak sambil membaca sebuah BEKAL DI SANA.. mulanya membaca sambil suka-suka sahaja.. namun bila diamati kembali.. membuat diri banyak terfikir.



MASIH SUAMI ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?



kakok, kakok dengaq ni..”


“masih suami isterikah di ALAM AKHIRAT?”


pertama..

wanita yang meninggal sebelum berkahwin

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin skan dikahwinkan oleh ALLAH SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga

Rasulullah s.w.t bersabda”tiada si bujang di dalam syurga (muslim)

ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia..


ha.. kedua, wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya”

wanita ini juga akan dikahwinkan oleh ALLAH s.w.t dengan lelaki daripada ahli syurga


ketiga, wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, dia akan dikahwinkan oleh ALLAH dengan seseorang daripada lelaki yang masuk syurga


keempat...

wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin . Wanita ini akan berada bersama suaminya yang dikahwini setelah masuk syurga sekiranya suaminya masuk syurga


kelima...

wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini sekiranya suaminya masuk syurga


dan


keenam...

wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya..

huhuhu

maka, dia akan bersama dengan suami yang terakhir dikahwininya di dunia..suaminya yang terakhir dikahwini adalah suaminya di syurga sekiranya suaminya itu masuk syurga..

rasulullah s.a.w bersabda:” wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”



“subhanallah... hebatnya..”



“bercinta hingga ke syurga? amin....”



iye, kakakku.. semoga berjaya membina jambatan ke sana bersama zuriat yang soleh dan solehah..




catatan hati,

26 Jun 2010

3.19 p.m

fi baiti sakinah



p/s: "Tuhan... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."

Belajar menerima "orang baru"

Bismillahirrahmanirrahim..


aku terima nikahnya ....................”



saat indah yang pasti diimpikan oleh sesiapa sahaja bagi menyempurnakan sebahagian dari agamanya.

dan saat itulah sah seorang wanita (Nisa’) bergelar isteri yang bakal menemani susuk tubuh seorang zauj dan memikul sebuah amanah sebagai isteri dan mungkin jua seorang ibu kelak.

merenung sejenak firman ALLAH dalam surah ar-rum pasti membuatkan kita sejenak berfikir



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (Ar-rum 21)




Sudah tentu TIADA kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila lafaz ijab dan kabul sempurna dilafazkan oleh dia yang kini bergelar suami dan pasti si isteri dalam hebat menahan variasi perasaan, manik jernih turut berlinang mensyukuri kurniaan Ilahi. Dalam masa yang begitu singkat, alhamdulillah Allah S.W.T mengizinkan segalanya berjalan lancar. Benarlah, perancangan Allah itu terlalu rapi dan teliti. Tiada siapa yang mampu menandingi kekuasan Nya. Dengan lafaz hamdalah syukurilah kurniaan ini.





SUNGAI NIL DAN MESIR





"Sebelum aku ke sini, sebenarnya ada 2 hal yang bikin aku kagum sama Mesir. Yaitu Al Azhar dan Sungai Nil, karena tanpa sungai Nil, tidak ada Mesir dan tidak ada AL Azhar.



"Aku juga suka sungai Nil, kalau tidak ada sungai Nil, pasti tidak ada Mesir, tidak ada peradaban, yang ada hanya gurun pasir"



"Kamu percaya pada jodoh, Fahri?"



"Ya, setiap orang memiliki…."

"... jodohnya masing-masing. Itu yang sering kamu bilang"



"Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh, senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit"



"Bukan dari langit, Maria, tapi dari hati, dekat sekali"



benar

jodoh sudah ditentukan oleh ALLAH...

hakikatnya, urusan jodoh pertemuan ibarat sebuah jambatan. Jika jauh perjalanan ke seberang, maka panjanglah jambatan yang bakal dilalui. Begitulah sebaliknya.




Tulisan seorang Ukht yang melihat pada contoh-contoh terdahulu, membuatkan diri berfikir dan melihatnya sebagai satu perkara yang sedang terjadi pada kita balik. Sejarah tidak pernah tidak terjadi semula. Sejarah hanya memberi peringatan kepada kita dan ia tetap akan berulang. Sejarah bukan arkib tinggalan zaman dahulu yang hanya dirujuk semata-mata peperiksaan sahaja. Tetapi sejarah adalah kita sendiri. Sejarah tetap akan muncul semula kalau kita tidak cuba untuk belajar sesuatu darinya.






Renungkanlah bagaimana Siti Khadijah memilih Rasulullah s.a.w sebagai suaminya. Tidak akan diturunkan petunjuk itu jika Siti Khadijah bukan dari kalangan hambaNYA yang beribadat ikhlas kepadaNYA. Tidak akan digerakkan hati seorang manusia jika hatinya penuh dengan tipu daya dan cara hidup masyaraat jahiliyyah. Selidikilah salasilah Siti Khadijah dan peribadinya. Allah memilih dia sebagai teman Rasulullah yang paling banyak berjasa kepada baginda kerana hatinya yang memilih untuk mencari redhaNYA.




Lihatlah pulak kisah cinta Siti Zulaikha dan Nabi Yusuf. Sekalipun pada awalnya dia terlalu menginginkan Nabi Yusuf, akhirnya, dia bertaubat dan berusaha mencari redhaNYA. Ketaqwaannya juga telah menjadikan impiannya itu dimakbulkan Allah. Malah, Allah sendiri yang meminang Siti Zulaikha melalui malaikatNYA untuk Nabi Yusuf. Taqwanyalah yang menjadikan dia golongan hamba yang begitu berharap pada-NYA. Kerana dia percayakan Allah lah, akhirnya dia menjadi pasangan kepada kekasihNYA.






Jika kita merasakan pedihnya perpisahan itu, pedih lagi Nabi Adam yang berpisah dengan Hawa ketika mereka diturunkan ke dunia berseorangan jauh di suatu tempat. Jika kita rasakan peritnya menanggung rindu kepada kekasih yang berjauhan menunggu saat ketika disatukan sehingga sanggup melupakan batas-batas hubungan antara lelaki dan wanita, bandingkan pula peritnya Nabi Adam dan Hawa yang terkial-kial mencari arah, di manalah kekasih ku, meraba-raba mencari-cari. Bandingkan.







Jika kita merisaukan diri ditinggal suami kerana keperluan kita hanya bergantung kepadanya sehingga berebutkan nafkah di mahkamah, bandingkan Siti Hajar dan Nabi Ismail. Saat ketika Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di satu tempat, saat bercucuran air mata, Nabi Ibrahim kembali mengingatkan semula mereka bahawa Allah tidak akan mensia-siakan mereka. Allah akan bersama-sama mereka. Allah yang akan menjaga mereka. Allah lah juga yang akan mencukupkan keperluan mereka.



Sudah tidak cukupkah lagi contoh-contoh manusia hebat kekasih Allah untuk kita jadikan contoh sehingga kita menganggap cinta kita itu melebihi segala-galanya? Tidak cukupkah sehingga kita merasakan bahawa keperitan kita menanggung cinta itu lebih hebat dari mereka?Tidak samakah apa yang terpaksa kita hadapi sehingga kita membelakangkan segala-galanya demi kerana cinta yang tanpa landasan itu.





BELAJAR MENERIMA ORANG BARU






“Tiada kata selain Alhamdulillah yg terbit dr bibir ini....majlis kesyukuran walimatul urus kedua2 belah pihak pengantin selamat sudaaa....nisa ucapkan syukran jazilan kathiran kepada semua yang hadir & mendoakan kebahgiaan kami....perkembangan terkini nisa sudah mengisi borang posting....jawapan utk pgglan temuduga hanya blh diketahui 19julai ini....raptai k0nvo plak 4ogos ini.... insyaAllah xde aral melintang nexweek nisa akan stay dulu kt bintulu bersama zauj...Rejab sudaa menjelma...11ogos ini ialah 1 Ramadhan... moga Ramadhan ini lebih bererti setelah berubah status sebagai seorg isteri....”ujar Akak Nisa' di teratak az-ziarahnya.





amin...







anis doakan semoga Cinta yang disemai ini terus berkekalan sehingga ke syurga nanti amin..

Kata Ustaz Hasrizal,

“Bercinta sampai ke Syurga”

benar, bukan hanya

semoga kekal hingga ke anak cucu”

anak cucu je?

huhuhu



dan catatan ini tidak lain hanyalah sebuah catatan buat kakanda tersayang dan sebuah peringatan buat diri..





Wahai Tuhan kami, jadikanlah cinta kami kepada Mu sebagai sesuatu yang paling kami sukai, dan rasa takut kami pada Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam.

Putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu.

Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami.

Allahumma ameen.



Dalam usia perkahwinan yang masih terlalu 'bayi', sudah tentu tiada lain yang diharapkan melainkan ia akan kekal sebagai bahtera baitul muslim di masa akan datang. Masih banyak yang harus dipelajari.Hanya doa harus seirng dipanjatkan moga bahtera yang baharu didirikan ini tidak karam dipukul ribut mahupun ombak besar Tsunami dan terus kekal sehingga ke syurga firdaus. Amin.

catatan ikhlas buat:

kak Nisa' dan Abg Saif

yang telah melangsungkan majlis akad nikad pada 20 MAC 2010

dan Majlis Kesyukuran pada 06.06.2010 di Kota Bharu,Kelantan serta Majlis Walimatul Urus di Kuala Kurau, Perak pada 12.06.2010

p/s: maaf kerana tulisan tidak tersusun pada malam ini, anis pon x pasti tercapai tak apa maksud yang ingin disampaikan. Masih belajar bagaimana mahu menerima orang baru dalam keluarga.. huhu bukan senang dan bukan susah rupanya (~~.)


Demi Islam, Ku Ikhlaskan segalanya...

catatan malam terakhir

fi baiti Sakinah

26 Jun 2010

1.04 a.m