Thursday, January 10, 2008

loVe mmP

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

SYEIKH KULAIB

Bismillahirrahmanirrahim..

TERBIT MATA AIR, BERKAT DOANYA

Kulaib Bin Syarif adalah seorang wali Allah yang doanya sering dikabulkan oleh Allah s.w.t. Pada suatu ketika, Syeikh Kulaib bersama rombongan kafilahnya telah pergi menunaikan haji di Makkah. Mereka membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk keperluan di sepanjang perjalanan.

Setelah beberapa hari perjalanan , bekalan minuman mereka pun habis. Semua ahli rombongan merintih akibat tidak berdaya menahan dahaga. Syeikh Kulaib amat bersimpati dengan penderitaan ahli rombongan itu. Beliau cuba memujuk mereka supaya bersabar di samping berdoa kepada Allah s.w.t. “bersabarlah kamu semua. Sebentar lagi kita akan tiba di suatu kawasan mata air,” ujar Syeikh Kulaib bagi mententeramkan ahli rombongannya. Mereka pun kembali bersemangat meneruskan perjalanan. Dengan izin Allah selang beberapa hari kemudiannya, mereka bertemu suatu kawasan mata air. Semua ahli rombongan itu begitu gembira. Mereka mandi dan minum sepuas-puasnya serta mengisi bekas minuman masing-masing. Semua ahli rombongan kembali segar dan bertenaga. Mereka pun mula meneruskan perjalanan. Anehnya, sebaik sahaja mereka berangkat meninggalkan tempat itu, mata air mula lenyap dari pandangan mereka. Masing-masing kehairanan, namun bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan mereka dari kehausan.

Dalam perjalanan seterusnya, rombongan kafilah itu telah diancam oleh segerombolan perompak. Mereka semua merasa takut. Bagaimanapun, Syeikh Kulaib meminta mereka supaya bertenang.

“Janganlah kamu takut. Ada yang menjaga kafilah ini dari ancaman,” kata Syeikh Kulaib. Ternyata apa yang dikatakan oleh beliau ada kebenarannya. Gerombolan perompak itu tidak berjaya menghampiri mereka. Berkali-kali perompak itu cuba menyekat perjalanan mereka namun dengan izin Allah usaha mereka sering terhalang. Rombongan kafilah pun meneruskan perjalanan dengan selamat.