Thursday, September 25, 2014

Pelangi Cinta buat 'Mak'





Bismillahirrahmanirrahim
Mak...terima kasih kerana mengizinkan aku menumpang di dalam rahimmu. Tidakku tahu bagaimana perit dan lelah yang mak rasakan selamaku berada di dalam rahimmu. Sekali nyawa mak dijihadkan ketika melahirkanku. Sekali lagi nyawa mak dijihadkan tatkala tumpah darah setelah kelahiranku.


Mak, sungguh lama sekali masa-masa berlalu sebelumku dapat memahami keperitan mak dalam menjagaku. Aku sendiri tidak tahu sama ada aku pernah membuat mak tersenyum keranaku. Namun aku tahu pasti mak pernah terluka keranaku. Pasti juga pernah mengundang duka dan air mata mak dek kelakuanku.


Ya Allah, rawatlah luka mak dengan sapaan rahmatmu. Hanya yang aku mampu memohon doa kepadanya agar memanjangkan saat kita bersama agar aku bisa membahagiakan mak sehingga di Syurga selamanya.

Mak...
Terima kasih kerna tak pernah mengeluh.
Terima kasih kerna begitu indah saat saat bersama.
Terima Kasih kerna tak pernah jemu di atas setiap sesuatu.
Terima kasih mak kerna akhirnya tiada juga ku ketemu kata yang dapat menggambarkan segala rasa.
Hanya maafmu. Redhamu. Kasih sayangmu. Cintamu yang aku butuh.
Moga Ke syurga menjadi milikmu. Kurniakanlah ya Allah.
Hanya itu selayaknya buat Mak.


Sayang Mak <3
Sungguh ku terbuai dengan cinta dan pengorbananmu.


Malam Jumaat,
1 Zulhijjah 1435,
Bintulu, Sarawak.