Monday, September 13, 2010

meletup di pagi raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukru lillah, pada saat ini anis telah pun kembali ke baiti jannati dari kampung tercinta, Simpang Ampat Seberang Perai Pulau Pinang dan Mergong, Kedah. Syawal kali ini merupakan yang pertama menyambut tanpa kakanda tercinta. huhu.. Pertamanya, anis menghulurkan salam kemaafan kerna tak sempat meng”up-date” blog sebelum pulang beraya tempoh hari, lantaran diri diburu pelbagai perkara lain sehingga diri ini tak mampu lagi berfikir untuk menulis sebarang coretan. ‘Ala kulli hal, salam aidilfitri..


DUM DAM DUM RAYA


Raya-raya ni sering bunyi-bunyi mercun memekakkan dan membingitkan telinga walaupun tak dinafikan kadangkala menceriakan suasana.

dum dam dum dam! bunyi mercun dan percikan bunga api memenuhi suasana di perkarangan rumah tok dan tok wan

“wa...besnya”, ternganga mulutku melihat kanak-kanak lain gembira bermain bunga api.

“acik! tutup tingkap tu.. jangan tengok orang main mercun ,” tegah mak, membuatkan aku terus menutup jendela teratak nenda.

huhu.. begitulah bukan sahaja nak main mercun dan bunga api, nak tengok orang bermain pun belum tentu anis dan adik-beradik dibenarkan.

Di sini, anis selitkan 2 kisah yang mungkin menyebabkan mak takut anak-anaknya bermain bunga api disamping memang bukan keperluan dan memang “membazirkan duit”.. huhu... betui2


kisah 1



anis pun tak berapa ingat kisah ni, tapi berdasarkan apa yang diceritakan oleh mak, seorang sepupu anis, terbakar seluruh bajunya akibat bermain bunga api, sehingga mengalami kesan yang kekal di kulit dadanya akibat baju yang terbakar melekat pada kulitnya pada kejadian tersebut dan kesannya sehingga kini.


kisah 2


pada suatu hari raya, ketika anis masih kecil, ketika itu anis dan seorang sepupu perempuan sedang bersembang di tangga, dalam diam dan tanpa disedari sesiapa seorang sepupu anis (lelaki) membuat mercun buatan sendiri berhampiran tangga tempat anis bersembang tadi. Tiba-tiba, bahan mercun buatannya meletup sehingga didengari oleh seisi ahli dalam rumah ibu saudara anis tadi dan menyebabkan badannya berlumuran darah seluruhnya dan anis serta sepupu perempuan tadi turut menjadi mangsa sehingga seluruh tubuh badan kami terkena kaca-kaca yang meletup dari salah satu bahan mercun tadi. Seluruh isi rumah tadi segera mendapatkan kami dan kami semua dikejarkan ke hospital. (huhu tak pernah maen pun jadi mangsa huwaaa)..



MEMOIR TERSAYANG




dah lama rasanya tak melawat kubur tok dan tokwan.. di kesempatan inilah biasanya anis dan keluarga melepaskan rindu.. maklumlah setahun sekali sahaja kami berkesempatan untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah rasa rindu yang tak terungkap sedikit sebanyak terubat apabila dapat menziarahi pusara tok dan tok wan..

pejam celik pejam celik tok wan dah 15 tahun meninggalkan kami, manakala tok maryam dah 10 tahun. sekejap je rasanya masa berlalu.. walaupun anis tak lama bersama tok dan tok wan, tetapi banyak kenangan yang kadangkala bisa membuatkan anis tersenyum sendiri dan adakala bisa membuatkan anis menangis sendiri.



1 KAMPUNG



Waa... sangat suka dan seronok terkenangkan memoir syawal ketika masih kanak-kanak. Biasanya pagi raya, selepas subuh dan bersiap-sedia dan selepas bersarapan dan bermaafan, kami (satu family) berjalan kaki menuju ke na’soh@ surau kampung batin sebelum ke pusara. Selepas tu mulalah anis dan adik-beradik serta sepupu memulakan “ekspedisi kami”..hehe.. habis satu kampung kami jelajahi.. dari pagi sampai petang.. perut dah membulat sebab makan banyak, duit 1 beg pun dah memberat.. bukan apa, dulu-dulu kan semua rumah pasti memberi duit syiling sebagai duit raya.. sudah tentu berat beg @ poket baju raya kami. Paling kesian, biasanya pasti raya kedua terlantar demam, lantaran seharian pada raya pertama berpanas semata-mata untuk EKSPEDISI RAYA! (biasalah kampung sawah padi, panas usah dicerita)



LAGURAYA




“Indahya sungguh di hari raya

ramainya orang bersuka ria..”


begitulah lebih kurang antara lagu raya yang sering kita dengar? aduii.. agak kelakar juga apabila sejak awal ramadhan lagi, kedengaran lagu-lagu raya berkumandang di beberapa bilik di asrama ni.. semangatnya nak raya..

“hmm... tak sukanya dengar lagu raya.. pasanglah lagu lain” seorang sahabatku berbisik kecil ketika kami menaikai kereta menuju ke stesen kereta api untuk pulang beraya.

sedih barangkali lantaran dia baru kehilangan abi tercinta sebelum ramadhan.

hmmm, Tak semua bergembira untuk menyambut syawal, lebih-lebih lagi baru sahaja “berpisah” dengan orang yang tersayang.



BAJU RAYA



“ semua dah beli baju raya ke?” anis sempat bertanya kepada anak-anak murid sambil mereka menyiapkan kad raya dalam kelas Pendidikan Seni.

“dah!!!!”

“belum!!! balik sekolah ni baru nak gi beli, cikgu..”

“owh...huhu”

“cikgu! saya ada 3 pasang,” jerit seorang murid

“saya! saya!.. saya ada 5 pasang, ada warna ...bla...bla..”

“cikgu! saya ada 10 PASANG!!!”

“gulp!


10 pasang? ..” terkedu anis.. wau... banyaknya... huhu



1 RASA YANG BERBEZA..



Dalam kegembiraan menyambut syawal dan dalamnya terselit banyak kisah duka, termasuk kisah kemalangan sepupu anis ketika syawal sehingga menyebabkan anak dalam kandungannya meninggal dunia (anis pernah bercerita dalam post syawal lepas) tahun ini diuji lagi apabila bapa mertuanya meninggal, juga pada syawal, namun, pasti banyak juga suka yang menutup kisah duka. Terdapat juag beberapa sahabat anis yang kehilangannayah tercinta sama ada sebelum dan semasa ramadhan berlabuh. Mungkin ada yang merasa ada kekosongan dalam jiwa, namun banyak juga hikmah ALLAH yang tersingkap sehingga mampu membuatkan diri ini sendiri sujud syukur dan bertambah-tambah lagi kecintaanku padaMu...

sebelum mengundur diri dari berceloteh entah pape pada malam ni.. rasanya masih belum terlambat, izinkan anis mengucapkan



عيد سعيد

أجمل التهاني والتبريكات وأطيب الامنيات بمناسبة عيد الفطر المبارك.

أسأل المولى عز وجل أن يتقبل منا ومنكم الصيام والقيام وأن يبلغنا رمضان أعواما مديدة وأزمنة عديدة

تقبل الله أعمالكم ورفع قدركم وغفرلكم ذنوبكم وبدلها حسنات

كل عام وانتم بخير

.............................................

F0rgive


~salam keMaafan~

Yang Jauh Dirindu
Berkirim
Salam Berpesan Selalu
Tersemat Di Hati
Pahit Manis Hidup Yang Dilalui

Saling Bermaafan
Bersama Eratkan Silaturrahim
Bersyukur Kita Atas Rahmat-nya
Di Hari Mulia

Salam
Kemaafan
Diiringi
Salam Kerinduan
Bagaikan Cahaya
Menerangi Alam Kegelapan

Lama Sudah Tidak Berpandangan
Terasa Rindu Kian Mencengkam
Biarlah Di Hari Mulia Ini
Bertemu Kembali

Di Pagi Syawal Penuh Mulia
ku Dengar Suara Takbir Bergema
Memuji Allah Yang Maha Esa
Hingga Berlinangan Airmata

Salam Dihulur Maaf Dipinta
Moga Terlerai Segala Dosa
Biarlah Tersambung Semula
Ikatan Kita

ku Bersyukur Di Atas Rahmat-nya
ku Bersyukur Di Atas Nikmat-nya
Agar Menjadi Keberkatan
Di Syawal Mulia



Maaf…
Satu kata yang sederhana…
Tapi terkadang sulit dilakukan seIKHLAS HATI

Maaf bukan hanya sekadar kata
Maaf tulus dari dalam hati



Maaf lahir batin
Maaf atas segala salah dan khilaf
Maaf atas sgala perbuatan baik yang disengaja mahupun yang tidak
Maaf jika ada perkataan terkasar bahasa
maaf jika ada amanah dan janji yang tidak terlaksana

maaf jika tidak dapat jadi sahabat yang sempurna

Maaf jika ada perbuatan yang tidak menyenangkan rasa

maaf..maaf...maaf

maafkan diri ini....

maaf atas segala-galanya

dari sekecil2 sehingga sebesar2 khilaf
anis hanya manusia biasa yang tak luput dari dosa

seMOga berbahagia pada hari yang mulia ini..


coretan syawal,

10.56 p.m

13 sep 2010