Tuesday, March 18, 2008

..maLaIKAT meMbaWa khaBar geMbiRa..


.:SARAH:.
Sarah merasakan bahawa kebahagiaan hidupnya bersama Nabi Ibrahim kurang lengkap tanpa kehadiran cahaya mata. Bertahun-tahun mereka menanti kehadiran seorang anak yang bakal mewarisi nasab keturunan. Ada ketikanya, Sarah dibebani oleh perasaan bimbang terhadap nasib dirinya dan suami tatkala menghadapi hari-hari tua.
Beliau bersyukur kerana Nabi Ibrahim masih tetap setia dan menyayanginya. Namun Sarah merasa hampa atas kegagalannya melahirkan zuriat untuk suami yang amat dikasihi. Beliau tahu bahawa suaminya terlalu menginginkan kelahiran buat penyeri kasih mereka.
Sebagai tanda kasih dan pengorbanan, Sarah meminta Nabi Ibrahim menikahi pembantu mereka bernama Hajar. Maka, baginda pun menyempurnakan permintaan isterinya lalu menikahi Hajar, seorang wanita cantik dan baik akhlaknya. Setelah beberapa lama menikahi Hajar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ismail.
Waktu terus berlalu dan usia Sarah semakin meningkat tua. Harapannya utk memperolehi anak telah lupus dimamah usia. Sarah tetap redha dengan ketentuan Allah. Di samping itu, beliau tetap berasa gembira berada disisi suaminya. Meskipun Nabi telah bernikah dgn Hajar dan mempunyai anak, namun, kasih dan cinta baginda terhadap Sarah tidak pernah luntur.
Pada suatu hari, beberapa orang tetamu telah datang berkunjung ke rumah mereka. Seperti biasa, apabila rumah mereka dikunjungi tetamu, Sarah akan memasak hidangan yang istimewa. Memang menjadi kebiasaan Nabi Ibrahim, baginda suka menjamu makanan kepada orang ramai. Nabi Ibrahim menyuruh Sarah memasak daging seekor anak sapi yang gemuk. Setelah selesai memasak , maka, Sarah menghidangkan makanan tersebut kepada tetamu. Bagaimanapun, Nabi Ibrahim merasa aneh apabila melihat mereka enggan menjamah makanan tersebut. Timbul ketakutan di hati mereka tentang persoalan siapakah sebenarnya tetamu mereka.
“Janganlah kamu takut. Sesungguhnya kami adalah malaikat yang diutuskan untuk meyampaikan khabar gembira tentang kelahiran seorang anak!”
“Sungguh menakjubkan! Apakah aku akan melahirkan anak, sedangkan aku adalah perempuan tua?. Sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang aneh,” ujar Sarah.
“Apakah kamu mersa hairan tentang ketetapan Allah? Inilah rahmat dan keberkatan Allah yang dicurahkan ke atas kamu. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah,” jawab Malaikat itu.
Nabi Ibrahim dan Sarah terpegun dgn perkhabaran yg dibawa oleh para malaikat itu. Mereka tidak henti-henti melahirkan rasa kesyukuran kpd Allah di atas limpah rahmat kurniaanNya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Dalam usia di sekitar 90 tahun, Sarah melahirkan dua orang zuriat lelaki .Bermula dengan Ishak, kemudian ya’qub.
Akhirnya doa Sarah dan Nabi Ibrahim telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sarah merupakan ibu yang melahirkan anak di usia yang tua, atas rahmat dan kekuasaan Allah. Beliau juga dianugerahi oleh ALLAH usia yang panjang di samping merupakan insan yang amat kukuh pertaliannya dengan sejarah agama kita yang suci..

ﻭﺍﷲ ﺃﻋﻠﻡ....

Saturday, March 8, 2008

.:cara utk mendpt doa mustajab:.


USRAH
1] berzikir dahulu sebelum berdoa
[x100]ﺴﺒﺤﺎﻦﺍﷲ
[x100]ﺍﻠﺤﻤﺩﷲ
[x100]ﺍﷲﺍﻜﺒﺮ
[x100]ﺻﻠﻭﺍﺖ ﻜﺍﺘﺱ ﻨﺒﻲ ﻤﺤﻤﺪ
[x100]ﺍﺴﺗﻐﻔﺮﺍﷲﺍﻠﻌﻇﻴﻡ

2]mulakan doa dgn nama allah yg baik seperti ya mannan! [sebaik-baiknya gunakan nama yg kita ingat bukan berdasarkan buku]

3]ulang doa 3x

4]menangis ketika berdoa

5]pilih waktu yg baik
=ketika subuh dan maghrib hampir masuk waktunya
=berbuka puasa
=antara iqamah dan azan
=mula-mula hujan

6]menghadap kiblat


dOaku..

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻫﻮﻦ ﻋﻠﻴﻧﺍ ﻔﻲ ﺴﻜﺮﺍﺖ ﺍﻠﻤﻭﺖ ﻭﺍﻠﻧﺟﺎﺓ ﻤﻦ ﺍﻠﻧﺍﺮ ﻭﺍﻠﻌﻔﻭﻋﻧﺪ ﺍﻠﺤﺴﺎﺏ
“ya Allah! mudahkanlah ketika diambang sakaratul maut, lepaskanalh dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab”

.:kiSaH muSliMah:.


syafiyah Binti Abdul Mutalib

syafiyah binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan wanita terawal yang menyambut seruan Rasulullah s.a.w supaya beriman kepada Allah dan rasulNya. Sejak usia muda beliau telah memeluk agama islam dan menyerahkan seluruh jiwaraga kepada Allah dan RasulNya serta perjuangan menegakkan agama Allah yang maha suci.

sebagai ahli keluarga pembesar Quraisy, kehidupan beliau dipenuhi kemewahan dan penghormatan. Namun timbunan harta tidak memberi sebarang makna baginya. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah. Meskipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan namun keimanannya tetap kental.

Saban waktu Syafiyah sentiasa menumpukan perhatiannya beribadat kepada Allah di samping menjaga dirinya dari sebarang dosa. Beliau amat takut dengan seksaan neraka Allah lantas sentiasa berusaha memperbaiki diri agar terhindar dari godaan nafsu dan hasutan syaitan. Syafiyah amat terkenal dengan keberaniannya dalam perjuangan menghapuskan musuh-musuh Allah.
Dalam peperangan Khandaq, Syafiyah bersama Hasan Bin Tsabit ditugaskan menjaga oarng-orang tua yang uzur,bkanak-kanak dan para Muslimah di sebuah rumah yang menjadi kubu pertahanan. Tatkala itu semua para muslimin sedang berjuang di medan pertempuran. Syafiyah telah melihat sekumpulan musuh iaitu dari kalangan kaum yahudi yang berpaling tadah, sedang menjengah tempat persembunyian mereka. Dia segera memberitahu Hasan tentang kehadiran musuh yang mahu membunuh mereka.

“wahai Hasan! musuh sedang mengelilingi kita. Aku amat bimbang jika mereka bertindak ke atas kita semua. Segeralah kamu pergi membunuh musuh Allah itu!,” perintah Syafiyah.

Bagaimanapun Hasan tidak berani untuk keluar berdepan dengan musuh yang sedang mengintip tempat persembunyian mereka itu. Maka Syafiah telah bertindak nekad tanpa mempedulikan keselamatan dirinya. Beliau mencapai kayu lalu membuka pintu rumah. Tanpa membuang masa Syafiah telah menyerang salah seorang musuh yang sedang berada di hadapan pintu. Beliau telah memukul orang itu bertalu-talu sehingga mati.

Kemudian kepala mayat musuh Allah itu dipotong lalu dicampakkannya ke tempat beberapa orang musuh yang sedang menunggu. Maka semua musuh yang sedang menunggu lari bertempiaran. Tindakan berani serta bijak Syafiah telah menyelamatkan mereka dari ancaman musuh.

Sewaktu dalam Peperangan Uhud, Syafiah sekali lagi telah menunjukkan keberaniannya. Pada ketika itu, tentera Muslimin sedang mengalami kekalahan. Syafiah telah terlihat beberapa orang tentera Islam sedang cuba lari dari medan pertempuran. Beliau amat marah lalu mencapai sebilah lembing dan mengacukan ke arah tentera Islam itu.

“Awas! jika kamu semua lari meninggalkan Rasulullah, aku akan membunuh kamu semua dengan lembing ini!” jerit Syafiah penuh semangat. Melihatkan kemarahan Syafiah itu, semua tentera Islam itu kembali ke medan pertempuran.

Dalam pertempuran dahsyat itu, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Saiyidina Hamzah telah syahid. Tubuhnya dicincang, dadanya telah dilapah dan jantungnya telah dikeluarkan oleh Hindun kerana melepaskan geram. Rasulullah s.a.w menangis melihat kekejaman itu. Syafiyah segera meluru untuk melihat mayat Saiyidina Hamzah, saudara kandungnya yang syahid di medan Uhud.

Rasulullah menyuruh sepupunya Zubair yang merupakan anak Syafiyah supaya menghalang ibunya dari melihat mayat saiyidina Hamzah. Bagaimanapun Syafiyah begitu berani berdepan dengan keadaan yang amat mengerikan serta memilukan itu. Beliau dengan tenang merapati mayat saudara lelakinya itu sambil beristighfar dan berdoa.

“mudah-mudahan kita akan dapat menahan diri dan bersabar atas kematian ini,” ujar Syafiyah.

Demikianlah keberanian, ketabahan serta kekentalan iman Syafiyah menjadi sanjungan bagi umat Islam keseluruhannya. Perjuangan dan pengorabana belaiu terlalu besar malahan beliau sanggup mati mati demi menegakkan AGAMA ALLAH!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Friday, March 7, 2008

.:ORanG YanG RUGi:.


Sayang-sayang
Orang “handsome” tak sembahyang,
Nabi yusuf “handsome” jugak
Pun sembahyang……..

Sayang-sayang
Orang cantik tak sembahyang
Siti fatimah juga cantik
Pun sembahyang…..

Sayang-sayang
Orang kaya tak sembahyang
Nabi sulaiman juga kaya
Pun sembahyang…….

Sayang-sayang
Orang miskin tak sembahyang
Nabi isa miskin juga
Pun sembahyang…….

Sayang-sayang
Orang tua tak sembahyang
Nabi adam juga tua
Pun sembahyang…..

Sayang-sayang
Budak-budak tak sembahyang
Hassan dan hussin juga budak
Pun sembahyang……

Sayang-sayang
Panglima perang tak sembahyang
Khalid bin walid panglima perang
Pun sembahyang…….

Thursday, March 6, 2008

.:dOktor MaSuk IsLam:.

"Seorang doktor di Amerika Syarikat
telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya
dalam penyelidikannya. Dia amat
kagum dengan penemuan tersebut,
sehingga tidak dapat diterima oleh
akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin
akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an
membuatkan ubat-ubatannya
berteraskan apa yang terdapat di dalam
Al-Qur'an. Di antara
kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji
hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik
untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu
bahawa semasa beliau melakukan kajian
urat saraf, terdapat beberapa urat
saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki oleh darah . Padahal
setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan
masa, akhirnya beliau mendapati
Bahawa darah tidak akan memasuki urat
saraf di dalam otak manusia
melainkan pada ketika seseorang itu
sedang sujud semasa mengerjakan
Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya
untuk Beberapa sukatan yang
tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa
darah hanya akan memasuki urat
tersebut mengikut kadar sembahyang
waktu yang diwajibkan oleh
Islam......Begitulah keagungan ciptaan
Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan
otaknya tidak Akan dapat menerima
darah yang secukupnya untuk berfungsi
secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia
ini sebenarnya adalah untuk
menganuti agama Islam 'sepenuhnya'
kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah
dengan agama-Nya yang indah ini."