Monday, September 26, 2011

ringkas!







Bismillahirrahamanirrahim….



"Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah"
(al-Maidah:54)




Ada terjangkit sikit-sikit dengan mood kursus kahwin.. memandangkan terpaksa menangguhkan hasrat  ke UIA untuk dikursus kahwinkan (sudah berjanji dengan abang kot huhu…insya ALLAH suatu hari nanti…)




Terbaca post yang ringkas namun penuh bermakna daripada sahabat maya…. ingin dikongsikan sedikit di sini…




Kali ini saya hanya nak berkata dengan seringkas mungkin dari kata-kata saya sendiri.


Adik-adik remaja sekalian yang masih belum kawin, selagi belum akad nikah, selagi itulah ada jarak di antara kamu dan pasangan kamu. Selagi itulah ada pemisah di antara kamu dan dia. Selagi itulah ada syaitan di antara kamu dan dia.Selagi itulah akan ada MURKA ALLAH di antara kamu dan dia                                    ~Rusydee Artz :26 Syawal 1432H~



tidak berhasrat untuk ditujukan pada sesiapa.. tapi cukuplah sekadar ingin berkongsi…



•MENJEMPUT BIDADARI •



Laksana Zulaikha jalani hari,
sabar menanti yusuf tambatan hati,
dipenantian mencari diri,
memohon ampunan dipertemukan…



~ Saat perjalanan adalah pencarian diri~
Anis Humaira…26 september 2011



sekadar menaip..
9.50 p.m
26 September 2011
m217




Sunday, September 25, 2011

seorang Abah






Bismillahirrahamanirrahim..




Rasa bersalah sangat pada diri lantaran sudah lama tidak meluangkan masa untuk menulis. Hari ini, sempat membuat “final touch” untuk tiga assignment.



Memang benar, dunia ini memang menyesakkan dada. Menyebabkan iman turun dan naik. Air mata sentiasa bercucuran mengenangkan hati yang makin kelam. Allah jua yang maha mengetahui apa adanya hati ini.



Allah, hanya buatmu segala puji dan syukur yang telah meminjamkan helaan nafas, walaupun saat ini, nafas turun naik ini memeritkan, sakit kepala sudah pun bertandang, urat mata kejang… rindu pada diri ini, mungkin. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga baginda. Aku redha ALLAH sebagai tuhanku, oleh itu, aku juga redha segala ketentuannya..




Jujur, sudah lama Anis memendam rasa, selama Anis tidak mempunyai kesempatan untuk menulis. Membuak-buak rasanya menyimpan dan menulis dalam fikiran.




Mungkin sering Anis dan sesiapa juga bercerita tentang ibu. Namun, abah tetap dalam hati ini.




Abah sangat sayang pada anak perempuannya, “. Ujar Kakak setelah beberapa ketika sudah bergelar isteri.



Anis hanya mendiamkan diri.



Jauh berfikir…



Kami juga sayang sama abah.



Mungkin abah berbeza dengan mak, seorang lelaki, sukar untuk mengungkap bahawa abah sayang pada anak-anak abah.



Tapi, segala kelakuan, nasihat mahupun lirik mata abah menunjukkan betapa ia lebih dari kata-kata..lebih bermakna..




NASIHAT ABAH



Terlalu banyak nasihat abah jika mahu dicoretkan di sini.



Bagi Anis, nasihat abah banyak terzahir melalui kelakuan dan kata-kata jugak.



Abah punya dua perwatakan



sangat kelakar dan sangat garang…



Tapi abah punya perwatakan yang kami tak pernah tahu sebelum ini, kecuali apabila mak membuka cerita.. abah sangat romantik (ceritanya bagaimana, Rahsia..^_~)




JADILAH INSAN PENYAYANG



Melihat sikap abah yang tegas, tapi abah sangat penyayang.



Teringat lagi, pengalaman semasa PBS kali pertama memang sesuatu yang sukar digambarkan pahit manisnya. Keadaan Anis ketika itu, jatuh sakit dua hari sebelum PBS memaksa diri membina semangat yang utuh agar lebih kuat. Walaupun dalam keadaan yang teramat lemah, namun Anis gagahi  untuk melaporkan diri pada hari pertama PBS di Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah. Pada hari kedua, Sejujurnya, kesihatan makin teruk lantaran badan saya sudah tidak dapat menerima apa-apa makanan dan minuman. Keadaan yang amat lemah dan pucat itu menyebabkan sahabat-sahabat saya bimbang. Hospital dan klinik kesihatan juga jauh dari tempat itu, di samping ketiadaan kenderaan untuk menghantar  Anis ke klinik menyebabkan Anis terpaksa menahan segala kesakitan. Keadaan itu berlarutan selama seminggu PBS. Badan terlampau panas, sehingga bibir membengkak dan ………. (huhu agak menakutkan). Namun, abah sentiasa mesej dan menelefon hampir setiap waktu bertanya khabar. Nasihat abah tidak berhenti di situ, beberapa hari kemudian, di klinik, abah memesan agar tidak mengambil sebarang suntikan. Anis tahu, bahawa abah mengetahui selok belok dunia perubatan dan mengikut segala nasihat abah. Sekembali dari PBS, Anis dan abah terus ke hospital USM.



Time tu, Anis tidak nampak perwatakan abah yang garang, tapi yang terselah hanya sikapnya yang sangat penyayang..





JADILAH INSAN SABAR



Anis tak pernah mendengar abah mengeluh ketika sakit.


Dan abah jarang menceritakan jika dia sakit.


Kata kunci yang paling mudah adalah SABAR..


Abah mempunyai masalah mata yang perlu dibedah, namun dia tidak pernah bercerita sepatah pun pada anak-anaknya.



Biasanya, apa-apa rahsia Abah kami korek daripada mak… (konspirasi dengan mak)..



kuku Jari abah pernah dihempap setandan pisang hingga pecah..



Tapi abah tak pernah bercerita pada kami yang jauh di sini…


Paling akan Anis ingat, saat abah kemalangan dilanggar kereta…


Abah masih mahu merahsiakan daripada anak-anak yang jauh diperantauan.




Kak nis tido doh ko?,”  adik Asyraf memulakan cerita.

dok lagi, duk wat kijo, bakpo?,”

“klu asyraf oyak, janji jange oyak ke sapo-sapo deh..”

“insyaALLAH.. bakpo?”

abah eksiden, kena langgar dengan keto, tapi dia tak bagi oyak ke kakok, abe nge kak nis…”



ALLAH… terkedu sangat ketika itu…


 abah lebih risaukan kami berbanding dirinya…


Time tu, subuh-subuh, Anis terus call Ain, bertanyakan abah…



Anis tau, Ain berpegang dengan pesan abah, Ain buat tak tau je… umpama tiada apa-apa berlaku, tapi, akhirnya Ain bercerita…



Itulah kali pertama, abah sakit dan abah mengerang dengan kesakitannya…



tidak pernah lagi kami mendengar erangan abah…



Oleh itu, Anis tau…. bahawa sabar itu kunci ketika sakit…



sabar membawa kepada redha… redha membawa pada sabar…..





TANGISAN ABAH



Jujur, Anis tidak pernah melihat abah menangis, sebagaimana Anis pernah melihat mak menangis…

Hanya satu saat sahaja, ketika abah kehilangan tok (mak abah).. yang mengikut jejak  tok wan.. itulah satu-satunya saat abah menangis….

Mungkin sebab abah tidak mahu dilihat sebagai lemah di hadapan anak-anaknya…




GARANG ABAH               


Garang abah bertempat…

kerna garang abahlah, kami menjadi diri kami hari ini..

mungkin suatu saat dahulu, anis tidak mengerti dengan abah…
dan anis tahu… adik-adik anis sekarang mungkin sedang mengalami suatu proses yang sama..




tapi saat ini, anis sudah boleh mencelikkan mata dan melihat seluas-luasnya dunia dan memahami setiap apa yang abah kata dan mahu semuanya punya makna…




Apa yang perlu, fahamilah dengan hati… memang bukan mudah ketika dahulu…





tapi sangat indah sekarang….



INGATAN ITU..


Hari ini, dalam keadaan kepala yang tidak berapa baik, ingatan terus melayang pada abah..
pesan pada diri… saya punya abah,,saya perlu belajar untuk terus menyayangi abah dengan ketat-ketat sehabis mampu, kerna saya sangat sayang pada abah saya.. sebagaimana abah sayang pada kami semua

Anis terfikir, terlalu banyak perkara yang abah lakukan pada suatu masa dahulu yang anis tidak mampu faham ketika itu. Betapa anis pernah menasihati dan memujuk, termasuk memujuk untuk meninggalkan impian hati untuk melangkah ke sini..menjadi insan yang bakal bergelar seorang guru…

Anis terfikir… jasa abah tak akan dapat dibalas sepenuhnya, kerana pengorbanan abah atas landasan kasih sayang yang tiada berpenghujungnya..

Ya ALLAH… Aku berdoa kepadamu agar diizinkan diri ini untuk memberi sepenuh ketaatan dan bakti buat abah selagi hayat masih ada.

Ya Allah..hamba memohon agar dipanjangkan usia abah dalam ketaatan, moga Allah memberkati setiap nafas hidupnya, jadikan dia hamba, suami dan ayah yang soleh dan bertakwa…


Maksudnya : "Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil." (Sumber)



Terlalu banyak yang ingin dihuraikan tentang abah..cukuplah adanya.. mungkin sahabat-sahabat boleh membaca dalam artikel seni disiplin tentang abah mendidik kami…


p/s: sedang berfikir-fikir tentang pesan abah akhir-akhir ini…. hmmm agak berat untuk ditunaikan….



Sekadar melepaskan rindu..
11.2o p.m
25 september 2011
fi M 217