Sunday, August 16, 2009

::kisah waNita berPurdaH::










+Bismillahirrahmanirrahim+
Kisah ini hanya sekadar perkongsian .. Hayatilah bersama dan ambillah iktibar. Jangan baca kalau x bersedia.. [^^]


Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling  kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing  di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat? Tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langk ahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada ditempat yang tidak disangka, sebuah  perkuburan lama. Kalaulah aku siumanseperti biasa, pasti aku kan merasa  gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasadijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman  wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut danmengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas  ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada  bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik  seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci  itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah  ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah  buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir  panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak  wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit  menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku  memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam  perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul  bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa  kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya.

"Tiba masanya untuk  melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk  mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah  yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

" Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

 "Namaku Dunia. Aku  kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah  mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan  ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.


Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Barukan Terasa
Bila Hilang apa Yang Diburu
Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman

Dunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang Pasir

Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-Bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang

Tuhan Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta

Hanya CintaMu
Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh


5 comments:

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

nice post

Anonymous said...

aku memahaminya..

FATHIEN AZUIEN said...

Subahanallah..

Anonymous said...

nice...copy yer

Anonymous said...

cerita yang bagus... boleh x kamu buat cerita tentang wanita memakai niqad telah mengubah hidup seorang lelaki lalai mengejar dunia ??? terima kasih kalu sudi