Thursday, November 27, 2008

..ciri n HaDIth paLsu y faMous di MaLaYSIA


CIRI-CIRI HADITH PALSU
Hadis-hadis tersebut dapat dikenali pada sanadnya dan juga matannya. Di antara ciri-ciri26 utamanya:-
1]Pengakuan yang dibuat oleh pembuatnya seperti yang diakui oleh Ibn Auja’.
2]Perawinya terkenal pembohong sedangkan hadis yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan.
3]Ia bertentangan dengan fakta sejarah seperti ia meriwayatkan hadis dari guru yang tidak pernah dijumpainya atau pun perawi tersebut dilahirkan setelah ‘gurunya’ meninggal dunia.
4]Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam.
5]Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar.
6]Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam.
7]Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis.
8]Matannya mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang jelik dan janggal di samping maknanya yang rosak.


CONTOH HADITH PALSU YANG POPULAR
a) Azan dan qamat
Ertinya: Barang siapa yang dilahirkan baginya seorang anak lalu ia mengazankan telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya, maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan.
Hadis ini adalah mauduk, diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam kitab ‘Amalul Yaumi wa Lailah halaman 200. Juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari jalan Abi Ya’ala dan Ibn Musran dan lain-lainnya. Muhammad Nashruddin al-Bani mengatakan sanad hadis ini mauduk
b) Menuntut Ilmu
Ertinya: Tuntutlah ilmu walau di negeri China.
Hadis ini juga terkenal dan menjadi hujah mengenai kepentingan ilmu. Hadis ini dikategorikan sebagai batil ( باطل ) dan bukan ucapan Rasulullah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam kitabnya juz kedua, halaman 207; dan oleh Ibn Nu’aim dalam kitab Akhbaru Asbahan juzuk kedua, halaman 106, juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhul Baghdadi. Kesemua riwayat melalui al-Hasan bin ‘Athiyyah tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Abu ‘Atikah dan dia termasuk dalam rawi yang matruk (ditolak). Rawi inilah yang meriwayatkan dengan ada tambahan ولو بالصين (walau di negeri China). Imam Bukhari mengatakan: Abu ‘Atikah yang tersebut dalam sanad ini adalah yang suka meriwayatkan Mungkar, manakala Iman Nawawi pula mengatakan rawi ini adalah yang tidak kepercayaan ( ليس بثقة )
c)Tauhid
Ertinya: Barang siapa yang mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia kenal pada Tuhannya.
Hadis ini juga masyhur dalam pengajian-pengajian ilmu tauhid. Ulama hadis meletakkan hadis ini sebagai ‘tidak ada asalnya’ ( لا اصل له ). Al-Hafiz as-Sakhawi memasukkan hadis ini dalam kitab al-Maqosidul Hasanah, halaman 198. Al-Muzaffar bin al-Sam’ani mengatakan yang hadisini tidak pernah dikenal sebagai hadis marfu’ tetapi ia merupakan ucapan Yahya bin Mu’az al-Razi. Ibn Taimiyyah mengatakan hadis ini mauduk (palsu). Al’Alamah al-Fairuz menyebut perkataan ini bukan sabda Nabi tetapi masyhur di merata tempat dan sebahagian orang telah menjadikannya dalil dan hujah, dan anehnya mereka mengatakannya sebagai sabda Nabi29
d) Asabiah
Ertinya: Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman.
Hadis ini banyak digunakan oleh golongan yang ingin mempertahankan fahaman asabiah. Ulama hadis meletakkan hadis ini di taraf palsu (mauduk). Imam al-Saghghani dan lain-lainnya mengatakan hadis ini hadis mauduk. Makna hadis ini tidak benar kerana sesungguhnya cintakan tanah air setaraf dengan cintakan harta, diri sendiri, anak-anak dan sebagainya. Semua yang disebut itu adalah termasuk dalam perkara naluri atau gharizah yang tidak akan ada pujian bagi yang mencintainya, dan yang demikian itu bukan termasuk daripada bahagian iman kerana ia dipunyai oleh semua manusia sama ada Islam atau kafir
e) Doa
Ertinya: Doa adalah senjata orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi.
Hadis ini cukup popular bertujuan untuk menggembirakan orang Islam yang putus harapan dengan hanya berdoa, sedangkan kita disuruh berusaha kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Ulama hadis menyifatkan hadis ini sebagai mauduk atau palsu. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi, Hakim dan al-Qudla’i
daripada jalan al-Hassan bin Hammad az-Zlibi daripada Muhammad bin Hasan al-Zubair al-Hamdani daripada Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada ayahnya daripada datuknya, daripada Ali r.a. Kemudian Imam Hakim mengatakan hadis ini hadis sahih tetapi Imam Muhammad Nashruddin al-Bani menolaknya berdasarkan beberapa alasan berikut:-
a. Hadis ini terdapat sanadnya ada yang putus, sebagaimana kata a-Zahabi sendiri dalam kitabnya Mizan al-I’tidal iaitu antara rawi yang bernama Ali al-Husain dengan datuknya Ali bin Abi Talib.
b. Ada rawi yang bernama Muhammad Hasan al-Hamdani. Rawi ini bukan yang dimaksudkan sebagai kepercayaan sebagaimana pendapat Imam Hakim tetapi rawi ini ialah Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid al-Hamdani seorang pendusta berdasarkan alasan iaitu; Al-Zahabi sendiri telah menjelaskan hadis dengan mengutip pendapat dari Ibn Ma’in dan lain-lainnya yang mengatakan rawi tersebut adalah pendusta, begitu juga pendapat Ibn ‘Adi; dan Hadis ini disebut dalam kitab al-Haitsami ‘al-Majma’, kemudian beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Ya’la tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid seorang rawi yang matruk (ditolak).
Ada hadis lain yang darjatnya sahih iaitu, “Doa itu adalah otaknya ibadah.” Oleh itu jika benar hadis di atas itu palsu, cukuplah kita beramal dengan hadis ini dan juga ayat-ayat Quran yang menggalakkan kita berdoa31.

f) Solat
Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
HADITH MUTAWATIR
Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)


erm begitu banyak hadith palsu yang muncul dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini..
bahkan ramai penceramah bebas tetap menggunakan hadith2 ini sebagai hujah mereka...

..saMbuNgan perBincangan hadiTh palsu



FAKTOR BERLAKU HADITH PALSU
1] Politik
Setelah Rasulullah wafat timbullah perpecahan di kalangan umat Islam kerana perbezaan pendapat mengenai jabatan Khilafah.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Barangsiapa ingin melihat Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat Nuh tentang taqwanya, ingin melihat Ibrahim tentang kebaikan hatinya, ingin melihat Musa tentang kehebatannya dan ingin melihat Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah Ia melihat kepada ‘Ali.

2] Ashabiah

Setelah wafat Rasul, maka penyakit Ashabiah jahiliah itu timbul kembali. Mula-mula antara golongan Anshar dan Muhajirin, kemudian antara qabilah Amawiah dan Hasyimiah dan Abbasiah, kemudian antara bangsa Arab dan bangsa Farsi.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang; Aku (Muhammad), Jibril dan Mu’awiah. (fanatik qabilah Umayyah)
(b) Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. (fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah)

3. Fanatik Mazhab
Perbezaan pendapat mengenai hukum-hukum fiqh akhirnya menimbulkan fanatik mazhab yang memkhinzir buta sehingga mereka sanggup membuat hadith-hadith palsu.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Akan ada seorang laki-laki di dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah anNu’man bin Thabit, dia adalah suluh, umatku. (fanatik kepada mazhab Hanafi)

(b) Aku (Muhammad) berimam kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan (Bismillah) (fanatik kepada mazhab asy-Syafi’e)

4.Golongan Zindiq dan Munafiq’:
Peluk Islam secara pura-pura, kerana takut, mengikut orang ramai atau sesuatu kepentingan duniawi. Para zindiq dan munafiq memusuhi Islam secara senyap-senyap dari dalam, dan berusaha merosakkan Islam dari dalam dengan membuat banyak hadith palsu. Abdul-Karim bin al-Auja’ sahaja telah mengaku membuat empat ribu Hadith mengenai halal dan haram.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Aku (Muhammad) adalah penyudah segala Nabi tiada Nabi lagi sesudahku, kecuali jika dikehendaki Allah swt)

5. Ahli-ahli Bid’ah
Ada golongan sesat yang berpendapat, bahawa Hadith-hadith boleh dibuat untuk menarik orang ke arah ibadat. Menurut mereka dusta kerana kebaikan adalah boleh. Golongan al-Karamiah (Pengikut Muhammad bin Karram as-Sajistani) membuat Hadith-hadith mengenai targhib dan tarhib dan Fadhail al Amal. Dengan demikian, maka banyaklah tersebar dalam masyarakat Islam Hadith-hadith mengenai keutamaan amal dan lahirlah banyak amalan-amalan yang bid’ah,
CONTOH HADITH PALSU
(Tiada seorangpun yang berpuasa pada hari Khamis awal bulan Rajab (solat Raghaaib) di antara ‘Isya dan 1/3 awal malam dua belas rakaat, ia memisahkan antara tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam, ia membaca Fatihah sekali pada tiap-tiap rakaat: Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr tiga kali dan Qul Huwallahu Ahad 12 kali, maka demi Allah subhanahu wa ta'aala yang diriku ini di dalam tangannya, tiada seorangpun yang mengerjakan solat ini melainkan Allah subhanahu wa ta'aala mengampuni semua dosanya walaupun sebanyak buih di laut, walaupun sebilangan pasir, walaupun seberat timbangan gunung-ganang dan dedaun pokok, dan ia akan memberi syafa’at pada hari Qiamat kepada 700 ahli rumahnya yang telah diwajibkan masuk Neraka)

6.Golongan Sufi Yang Keliru/Sesat:
Golongan sufi ini banyak terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan Hadith-hadith palsu, antara lain ialah:

Hadith-hadith mengenai keutamaan surah-surah Al-Quran satu persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Ka’ab.

7. Ulama’ As-Su’:
ialah ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah, suka menjilat penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat Hadith-hadith kerana kepentingan dunia, untuk mendekatkan diri dengan para penguasa.
CONTOH HADITH PALSU
Ghiath bin Ibrahim An-Nakha’ie berkunjung ke istana Al-Mahdi. Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain burung dara (merpati) kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu. Maka berkatalah Ghiath:
Rasulullah s.a.w. bersabda: (Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah, unta atau kuda, atau burung)

8.Tukang-tukang Cerita:
Pendongeng-pendongeng atau penglipur lara banyak mencipta Hadith-hadith palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang.
CONTOH HADITH PALSU
Diriwayatkan, bahawa Imam Ahmad dan Ibnu Ma’in bersolat di masjid Rasafah. Setelah selesai solat bangunlah seorang tukang cerita di tengah-tengah orang ramai lalu bercerita: Kami diberitakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in yang berkata: Kami diberitakan oleh Abdur-Razaq dari Ma’mar dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah nescaya Allah subhanahu wa ta'aala menjadikan dari tiap-tiap kalimah seekor burung. Paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan (bunga batu karang). Kemudian orang itu terus bercerita kira-kira dua puluh halaman kertas.
Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in saling berpandangan. Ahmad bertanya Ibnu Ma’in: Engkaukah yang menceritakan Hadith itu kepadanya? Ibnu Ma’in menjawab: Demi Allah subhanahu wa ta'aala, baru sekarang inilah saya mendengarnya. Setelah selesai orang itu bercerita, maka Ibnu Ma’in memberi isyarat kepadanya lalu ia datang kepada Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in. Berkata Ibnu Ma’in: Siapakah yang memberitakan Hadith itu kepadamu? Orang itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in. Ibnu Ma’in berkata: Sayalah Ibnu Ma’in dan ini adalah Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar sama sekali Hadith itu dari Rasulullah s.a.w. Orang itu menjawab: Saya selalu dengar bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in adalah orang bebal, baru sekarang inilah saya dapat mempastikannya. Yahya bertanya: Mengapa demikian? Ia menjawab: Seakan-akan di dunia ini tidak ada Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in selain kamu berdua. Sesungguhnya Hadith ini telah ditulis dari tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in (Al-Maudhu'at, 1, hal. 46)

9. Orang-orang Yang Mencari Rezeki
Bagi melariskan barang-barang jualan atau menarik orang kepada sumber rezekinya banyaklah pula Hadith-hadith palsu yang dibuat orang.
Antaranya ialah:
Saya mengadu kepada Jibril kerana tidak kuat bersetubuh, maka ia menyuruhku supaya memakan bubur Harisah.
Mu’az bin Jabal berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. adakah anda didatangi makanan dan syurga? Beliau bersabda: Ya, aku didatangkan harisah dari syurga lalu aku memakannya maka Ia menambahkan kekuatanku bagaikan kekuatan empat puluh orang dan menambahkan jimak-ku seperti jimak empat puluh orang.
Misalnya di Malaysia didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith: "Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

haDitH paLsu



salam kpd semua pengunjung blog iNNiakHaFuLLah [“,] insya allah kali ini ana nk share tentang hadith palsu. Ini adalah berdasarkan apa yang telah ana belajar di IPTAA. Jom kita explore sama-sama….
PENGERTIAN HADITH PALSU
Bahasa ( اسم مفعول ) berasal daripada perkataan وضع الشىء yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur kedudukannya3.
Istilah ialah Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Menurut istilah lagi berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w4.
Ulama hadith mendefinisikannya sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya.
SEJARAH KEMUNCULAN HADITH PALSU
Pembuatan Hadith palsu ini bermula setelah Rasulullah saw. meninggal dunia dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik, ashabiah, fanatik mazhab dan lain-lain. Ia dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafiqin dan kafir zindik.
HUKUM HADITH PALSU
Para ulama bersepakat haram hukumnya meriwayatkan hadis palsu kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w
من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار
Maksudnya, “ Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

Thursday, November 20, 2008

IMAGINASI MANUSIA TENTANG NABI KHIDIR A.S


Pertanyaan:
Siapakah Al-Khidir itu? Apakah ia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup sampai saat ini sebagaimana dikatakan oleh ramai orang? Sebahagian orang-orang yang saleh telah melihat dan berjumpa dengannya. Apabila masih hidup, dimana ia tinggal? Mengapa beliau tidak muncul dan tidak mengajarkan ilmunya kepada orang-orang, khususnya di zaman sekarang? Saya harapkan mendapat penjelasan yang memuaskan.

Jawapan:
Al-Khidir adalah hamba yang saleh dan disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surah Al-Kahfi, iaitu sebagai teman sayidina Musa as. Dimana Nabi Musa as. belajar kepadanya.
Al-Khidir mensyaratkan kepadanya agar bersabar. Maka Musa menyanggupinya. Al-Khidir berkata, "Bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap menyertai Musa. Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah melobangi perahu. Maka Musa berkata, "Apakah engkau melubanginya supaya penumpangnya tenggelam?"
Cerita selanjutnya telah disebutkan dalam Surah Al-Kahfi.
Musa merasa hairan atas perbuatannya, hingga Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukan itu. Pada akhir pembicaraannya, Al-Khidir berkata, "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah kerana kemahuan Allah Ta'ala.
Sebahagian orang berkata tentang Al-Khidir:
Ia hidup sesudah Musa hingga zaman Isa, kemudian zaman Nabi Muhammad saw, ia sekarang masih hidup, dan akan hidup hingga Kiamat. Ditulis orang kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng bahawa Al-Khidir menjumpai si Fulan dan memakaikan kirqah (pakaian) kepada si Fulan dan memberi pesanan kepada si Fulan.
Sama sekali tidak adil pendapat yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sementara orang - tetapi sebaliknya, ada dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma, diantara para ulama dari ummat ini bahawa Al-Khidir sudah tiada.
Saya anggap cukup dengan mengutip keterangan dari kitab Al-Manaarul Muniif fil-Haditsish-Shahih wadl-Dla'if
karangan Ibnul Qayyim.
Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri dari hadis maudlu, yang tidak diterima dalam agama. Diantara cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya adalah dusta. Tidak satu pun hadis yang shahih.
Di antara hadis maudlu, itu ialah hadis yang berbunyi:
"Bahawa Rasulullah saw. sedang berada di masjid, ketika itu beliau mendengar pembicaraan dari arah belakangnya. Kemudian beliau melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir."
Juga hadis, "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir bertemu di Arafah."
Ibrahim Al-Harbi ditanya tentang umur Al-Khidir yang panjang dan bahawa ia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang memasukkan faham ini kepada orang-orang, kecuali syaitan."
Imam Bukhari ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah keduanya masih hidup? Maka beliau menjawab, "Bagaimana hal itu terjadi?" Nabi saw. telah bersabda, "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim).
Ramai imam lainnya yang ketika ditanya tentang hal itu, maka mereka menjawab dengan menggunakan Al-Qur'an sebagai dalil:
“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?” (Q.s. Al-Anbiyaa': 34).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang hal itu, maka ia menjawab, "Andaikata Al-Khidir masih hidup, tentulah ia wajib mendatangi Nabi saw. dan berjihad bersamanya, serta belajar darinya." Nabi saw. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, niscaya Engkau tidak disembah di bumi."
Pada waktu itu mereka berjumlah 313 orang laki-laki yang dikenal dengan nama-nama mereka, nama-nama dari bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka. Maka, di manakah Al-Khidir pada waktu itu?
Al-Qur'an dan Sunnah serta pembicaraan para peneliti ummat menyangkal masih adanya kehidupan Al-Khidir seperti anggapan mereka. Sebagaimana firman Allah swt. di atas.
Jika Al-Khidir itu manusia, maka ia tidak akan kekal, kerana hal itu ditolak Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya ia masih hidup, tentulah ia datang kepada Nabi saw. Nabi saw. telah bersabda, "Demi Allah, andaikata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.r. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah).
Jika Al-Khidir seorang Nabi, maka ia tidak lebih utama daripada Musa as, dan jika seorang wali, tidaklah ia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.
Apakah hikmahnya sehingga ia hidup hingga kini - sebagaimana anggapan orang-orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya syar'iyah mahupun akliah di balik ini? Sesungguhnya orang-orang selalu menyukai cerita-ccrita ajaib dan dongeng-dongeng fantastis. Mereka menggambarkannya menurut keinginan mereka, sedangkan hasil dari imajinasinya, mereka gunakan sebagai baju keagamaan. Cerita ini disebarkan diantara sebahagian orang awam dan mereka menganggapnya berasal dari agama mereka, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah rekayasa manusia dan tidak diturunkan oleh Allah hujjah untuk itu.
Adapun mengenai pertanyaan: Apakah ia seorang Nabi atau wali?
Para ulama berbeza pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih tepat Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana tercantum pada ayat yang mulia dari Surah Al-Kahfi, “... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri ...” (Q.s. Al-Kahfi: 82).
Perkataan itu adalah dalil bahawa ia melakukan itu berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya. Lebih tepatnya dia adalah seorang Nabi bukan wali.
SUMBER: FATWA QARDHAWI

WANITA KE SALON??? BOLEHKAH ???



Pertanyaan:
Apakah boleh wanita Muslimat menghias (mempercantik) dirinya di tempat-tempat tertentu, misalnya pada saat ini, yang dinamakan salon kecantikan, dengan alasan keadaan masa kini bagi wanita sangat penting untuk tampil dengan perlengkapan dan cara-cara berhias seperti itu yang bersifat modren?
Selain itu, bolehkah wanita memakai rambut palsu atau tutup kepala yang dibuat khusus untuk itu?
Jawapan:
Agama Islam menentang kehidupan yang bersifat kesengsaraan dan menyiksa diri, sebagaimana yang telah dipraktekkan oleh sebahagian dari pemeluk agama lain dan aliran tertentu. Agama Islam pun menganjurkan bagi ummatnya untuk selalu tampak indah dengan cara sederhana dan layak, yang tidak berlebih-lebihan. Bahkan Islam menganjurkan di saat hendak mengerjakan ibadat, supaya berhias diri disamping menjaga kebersihan dan kesucian tempat mahupun pakaian.
Allah swt. berfirman:
“... pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki) masjid ...” (Q.s.Al-A'raaf: 31)
Bila Islam sudah menetapkan hal-hal yang indah, baik bagi laki-laki mahupun wanita, maka terhadap wanita, Islam lebih memberi perhatian dan kelonggaran, kerana fitrahnya, sebagaimana dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasan emas, dimana hal itu diharamkan bagi kaum laki-laki.
Adapun hal-hal yang dianggap oleh manusia baik, tetapi membawa kerosakan dan perubahan pada tubuhnya, dari yang telah diciptakan oleh Allah swt, dimana perubahan itu tidak layak bagi fitrah manusia, tentu hal itu pengaruh dari perbuatan syaitan yang hendak memperdayakan. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut dilarang. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw.:
"Allah melaknati pembuatan tatto, iaitu menusukkan jarum ke kulit dengan warna yang berupa tulisan, gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya; mempertajam gigi, memendekkan atau menyambung rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat palsu, menipu dan sebagainya)." (Hadis shahih).
Sebagaimana riwayat Said bin Musayyab, salah seorang sahabat Nabi saw. ketika Muawiyah berada di Madinah setelah beliau berpidato, tiba-tiba mengeluarkan segenggam rambut dan mengatakan, "Inilah rambut yang dinamakan Nabi saw. azzur yang ertinya atwashilah (penyambung), yang dipakai oleh wanita untuk menyambung rambutnya, hal itulah yang dilarang oleh Rasulullah saw. dan tentu hal itu adalah perbuatan orang-orang Yahudi. Bagaimana dengan Anda, wahai para ulama, apakah kalian tidak melarang hal itu? Padahal aku telah mendengar sabda Nabi saw. yang ertinya, 'Sesungguhnya terbinasanya orang-orang Israel itu kerana para wanitanya memakai itu (rambut palsu) terus-menerus'." (H.r. Bukhari).
Nabi saw. menamakan perbuatan itu sebagai suatu bentuk kepalsuan, supaya tampak hikmah sebab dilarangnya hal itu bagi kaum wanita, dan kerana hal itu juga merupakan sebahagian dari tipu muslihat.
Bagi wanita yang menghias rambut atau lainnya di salon-salon kecantikan, sedang yang menanganinya (karyawannya) adalah kaum laki-laki. Hal itu jelas dilarang, kerana bukan saja bertemu dengan laki-laki yang bukan muhrimnya, tetapi lebih dari itu, sudah pasti itu haram, walaupun dilakukan di rumah sendiri.
Bagi wanita Muslimat yang tujuannya taat kepada agama dan Tuhannya, sebaiknya berhias diri di rumahnya sendiri untuk suaminya, bukan di luar rumah atau di tengah jalan untuk orang lain. Yang demikian itu adalah tingkah laku kaum Yahudi yang menginginkan cara-cara moderen dan sebagainya
SUMBER: FATWA QARDHAWI

WANITA MODEN: RAMBUT AURAT KE???



Pertanyaan:
Ada sebahagian orang mengatakan bahawa rambut wanita tidak termasuk aurat dan boleh dibuka. Apakah hal ini benar dan bagaimana dalilnya?

Jawapan:
Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahawa rambut wanita itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.
Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat Al-Qur'an:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, ...” (Q.s. An-Nuur: 31).
Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama, baik dahulu mahupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahawa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.
Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."
Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian." Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, "Wajah, kedua tangan dan pakaian."
Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."
Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan erti ayat tersebut, bahawa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bahagian-bahagian yang kiranya berat untuk menutupinya, kerana darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."
Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, kerana biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."
Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).
Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahawa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.
Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bahagian dada. Erti Al-Khimar itu ialah "kain untuk menutup kepala," sebagaimana serban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.
Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahawa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (tudung), maka tudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bahagian mukanya, iaitu dada dan lainnya."
Dalam riwayat Al-Bukhari, bahawa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."
Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.
Ketika Aisyah r.a. didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai tudung (khamirah) yang tipis di bahagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, "Ini amat tipis, tidak dapat menutupinya."
SUMBER: FATWA QARDHAWI

SaLaM kePada seMua peNgunJung bLog iNNi akHaFuLLah [ “,]


atas perMintaan seOraNg peNgUnjung bLog ini ana aKn cUba unTuk mengeMukakan Laman Fatwa YusUf Al-QardaWi….first of all nk share ttg biOdata tokoh ni
Prof Dr Yusof al Qardhawi, 73 tahun Dilahirkan di Mesir pada tahun 1926 hafadz alQur'an pada umur 9 tahun graduan alAzhar,dari peringkat rendah hingga PhD dan mendapat PhD (syari'ah) pada tahun 1973; Diiktiraf oleh alAzhar bahawa Dr Qardhawi
dan Dr Muhammad alGhazali adalah dua lulusan PhD terbaik utk abad ini.. Beliau juga adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya
Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islami di Makkatul, Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markas Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamiah di Khartoum,Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam,
Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan di Eropah

Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universiti al-Azhar, Fakultas Ushuluddin. Dan lulus tahun 1952. Tapi gelar doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972 dengan disertasi "Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat dengan nuansa moden. Sebab keterlambatannya meraih gelar doktor, kerana dia sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa saat itu. Ia terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakultas Syariah di Universiti Qatar.
Pada saat yang sama, ia juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Ia mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya. Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah mengenyam "pendidikan" penjara sejak dari mudanya. Saat Mesir dipegang Raja Faruk, dia masuk bui tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun, kerana keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada April tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Jun di Mesir. Bulan Oktober kembali ia mendekam di penjara militer selama dua tahun. Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai menciptakan opini umum tentang ketidakadilan rejim saat itu. Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat puteri dan tiga putera. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing.

Dan hebatnya lagi, dia tidak membezakan pendidikan yang harus ditempuh anak-anak perempuannya dan anak laki-lakinya. Salah seorang puterinya memperoleh gelar doktor fizik dalam bidang nuklir dari Inggris. Puteri keduanya memperoleh gelar doktor dalam bidang kimia juga dari Inggris, sedangkan yang ketiga masih menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika. Anak laki-laki yang pertama menempuh S3 dalam bidang teknik elektro di Amerika, yang kedua belajar di Universiti Darul Ulum Mesir. Sedangkan yang bungsu telah menyelesaikan kuliahnya pada fakultas teknik jurusan elektrik. Dilihat dari beragamnya pendidikan anak-anaknya, kita boleh membaca sikap dan pandangan Qardhawi terhadap pendidikan moden.

Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Sebabnya ialah, kerana Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembahagian ilmu secara dikotomis. Semua ilmu baik Islami dan tidak Islami, tergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.

SUMBER: FATWA QARDHAWI

Wednesday, November 19, 2008

...Malaikat suka duduk dalam majlis ILmu...


Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."
Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka

my special friends


because we're friends..
there is no value that can be placed on our friendship...
it cannot be measured.
A friendship like ours could never be bought with money or even promises.

to me,
it's a treasure in itself.
i'm so thankful for our feelings of closeness..
of personal regard and respect.

i'm glad for the experiences,
we've spent together..learning and growing then sharing
what we've learned with the world.

our friendship will always be one of the truly special parts of my life..
and while I don’t say this everyday.
maybe that’s good ..
because if I said it everyday,
I wouldn’t mean as much as it does in moments like this,
I’m glad we’re friends.

p/s:iLa zamiLati aSifNi 'ala KuLLi hal
ma kana SaYyiin faHuwa miN dho'fi NaFsi..

beRcInta???



Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya teNtaNg hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah HARAM, krn tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Jgnlah seorang lelaki bedua-duaan dgn seorg wanita kecuali ada brsama2 mahramnya, dan jgnlah sesorg wanita berpergian kecuali brsama mahramnya..