Wednesday, June 17, 2009

MiN fuadi



sejak akhir-akhir ni jiwa rasa cukup tenang berada di rumah..
alhamdulillah banyak target anis dapat dicapai... jiwa merasa cukup tenang lebih2 lagi apabila mendengar alunan bacaan al-quran daripada muhammed khairul anuar al-hafiz..
"k.nis....nape pasang bacaan quran ni..wat ain teringat bulan ramadhan je.." adikku yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya menegurku. Memang betul bacaan al-qurannya cukup menusuk kalbu sehingga rinduku pada ramadhan alkarim membuak-buak..
pejam celik pejam celik 24 jun ni rejab bakal membuka tirai.. tiga bulan serangkai ini memang antara bulan yang anis nanti2kan.. rejab,syaaban dan ramadhan.
Awal tahun lagi anis dah membelek2 kalendar untuk melihat bila jatuhnya bulan ramadhan tahun ini.. alhamdulillah jika dilihar pd kalendar awal ramadhan thn ni cuti.. alhamdulillah cukup bertuah rasanya dpt menyambutnya bersama keluarga tercinta..

pejam celik pejam celik cuti sem dah hampir menutup tirainya.. maksudnya anis terpaksa pualng ke kampus. " sedih x da nk balik maktab?" kakak anis bertanya malam td sedang anis berehat2 untuk tidur. susahnya nak jawab soalan ini. Memang sedih tu tetap ada namun demi untuk menuntut ilmu.. orang tersayang terpaksa ditinggalkan seketika namun rasa cinta dan sayang tetap dibawa bersama..lagipun bukan jauh sangat pun.. namun apa yang paling anis takuti ialah cabaran dan ujian yang menanti.. alhamdulillah semester2 adalah sem yang paling sedih dan banyak juga kenangan pahit namun segalanya anis mampu laluinya kerna anis yakin ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.. mungkin orang lain tidak merasai apa yang telah anis lalui... sem lepas puna anis tutup diari dengan kenagan pahit juga.. namun tidak dinafikan ada juga kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.. namun segala kenangan sem lepas anis nk simpan kemas2 .. tak nak lagi buka diari lepas.. kata orang yang baik kita amek yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran.

sepanjang sem lepas banyak jugala mutiara2 yang gugur lantaran kadang tidak mampu ditahan lagi namun itulah salah satu cara untuk taqarrub ilallah..lbh2 lg bila dirasai hanya ALLAH yang memahami diri ini



firman allah
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

sentiasa yakinlah kpd ALLAH bahawa "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286 dengan cara ini anis mahupan sesiapa jua bakal menempuhi setiap ujiannya dengan tenang

selalu juga menasihati sahabat yang dalam ujian allah mahupun kesedihan
"SAHABATKU..
MUKMIN YANG KUAT, SENYUMAN SENTIASA TERUKIR DIBIBIRNYA KETIKA SUSAH ATAU SENANG
MALAH, KETIKA DITIMPA KESUSAHAN KALIMAH INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUUN SENTIASA MENITI DIBIBIRNYA.. BERSABARLAH,,INILAH TANDA ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA KERNA DIA TELAH MEMILIH KAMU UNTUK MENGHADAPI UJIAANNYA BERBANDING BERJUTA-JUTA MAKHLUK LAIN.. PASTI ADA KEBAHAGIAAN DIHUJUNG PENDERITAAN DAN UJIAN.."

firman allah swt di dalam surah almaidah ayat 69 yang bermaksud
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka Yang beriman kepada Allah (dan Segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.




hanya orang yang pernah merasai kegelapan tahu menghargai cahaya hanya yang pernah merasai kesepian tahu menghargai sebuah kehadiran hanya yang pernah merasai sebuah kehilangan tahu menghargai apa yang dimiliki sekarang kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu gembira bagi menghargai setitis air mata
selangkah ke alam perjuangan bermakna tidak akana terlepas dari diuji begitulah hidup ini
hidup bagai satu medan perjuangan…setiap hari dan setiap detik pasti akan diuji sama ada dengan kesenangan atau dengan kesusahan dan ujian

2 comments:

nuRRul said...

anis...
salam maaf ku pinta.

sem lepas mmg banyak pkara blaku sehinggakan ku x knal diri ini lagi..

syukran coz dh byk tolong kite mngnal n mnghargai apa yg dikatakan ukhwah...

smue org bleh bkata tntg ukhwah tp x semue mmpu mmprtahankan ukhwah yg trkadang gloranya masyaAllah

aNis hUmaiRa said...

syukran k.fizan ...
Anis tahu suatu detik ini pasti akan tiba detik di mana kita saling memahami erti sebenar ukhuwah. anis sendiri x pernah sangka hidup sesukar ini,,begitu bewarna warni..[~~]terima kasih k.fizan kerna sentiasa mahu dan memahami diri ini.. alhamdulillah syukran sangat2