Tuesday, August 25, 2009

::tahukah kita?::


salam ramadhan buat semua...

sekadar sebuah perkongsian...

semalam anis membaca satu artikel yang diedarkan di Qaryah Ramadhan tentang amalan-amalan di bulan ramadhan.. dan yang paling menarik perhatian anis..ialah tentang ibadah QIAMULLAIL

bagi seorang mukmin apabila berada dalam bulan ramadhan, kita akan berhadapan dengan dua jihad, iaitu jihad di sinag hari iaitu berpuasa dan jihad pada malam hari iaitu qiamullail..

dan yang ingin anis kongsikan di sini ialah SEBAGAI JEMAAH HENDAKLAH MENYEMPURNAKAN SOLAT TERAWIH BERSAMA IMAM SUPAYA NAMANYA TERTULIS DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG QIAM [ORANG YANG BERDIRI SOLAT]

Abi zar meriwayatkan Nabi s.a.w bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada baginda “kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”, maka Nabi bersabda yang bermaksud: “ SESIAPA YANG BERDIRI BERSAMA IMAM SEHINGGA DIA [IMAM] BEREDAR, DITULISKAN BAGINYA GANJARAN ORANG YANG QIYAM SEMALAMAN” [HR AT TARMIZI :SAHIH]

~renung2kan dan selamat beramal~

No comments: