Thursday, April 14, 2011

nukilan ninja numi ..haik!


Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum sahabat pembaca, senang rasanya dapat memulakan hari ini dan sehingga saat ini dengan penuh nikmat kesihatan, tanpa rasa sakit..alhamdulillah… mudah-mudahan diri ini kekal begini, sampai saat Rabb inginkan diri ini kembali ke apa jua keadaan dengan cara dan kehendaknya.



Setiap hari harus terus melangkah dengan tenang untuk menukilkan lembaran baru dalam diari hidup ini. Pelbagai rupa, perangai dan perasaan manusia terpaksa dihadapi setiap hari. Apa yang pasti, jangan lupa melangkah sahaja perlu sentiasa ingat ALLAH.. teringat ayat seorang sahabat “setiap sedutan membawa kehidupan”.. bermaknanya kebergantungan kepada ALLAH, jika insan memahami dan melihatnya dengan mata hati.



“dengan nama Allah (dalam keadaan), saya menyerahkan diri kepada Allah, tidak ada upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.”



Perkara biasa yang dihadapi oleh insan-insan, kadang-kadang kepenatan dan kelelahan sentiasa menghambat diri. Apa yang pasti, umpamanya diri Anis, akhiri hari dengan refleksi kembali diri, ingat kembali apa kesalahan dan apa yang perlu diperbaiki untuk hari esok agar lebih bermakna. Dalam hidup, saat lemah dan kuat sering silih berganti. Hari ini betapa “enak” memberi nasihat dan membantu sahabat lain agar kuat menempuhi hidup, tanpa disedari baru sesaat berlalu terus Allah pula menguji lisan yang tidak bertulang ini agar “mengaplikasikan” ilmu yang ada. Allahu Akbar! Alhamdulillah, Allah jua yang maha memahami diri ini, tak anis nafikan bibir ini seringkali “nakal” mengeluarkan kata-kata tanda keluhan kecil, mata ini sentiasa bermain-main hujan… mengalir lebat tatkala berhadapan dengan penciptaNya, tangan tak henti-henti menulis lakaran jiwa… itu tandaNYA diri ini terlalu lemah, terlalu mengharapkan pelukan kasih dan cintaMu ya Rahman Ya Rahim…



Dalam berusaha menyerapkan ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan, bukanlah semudah yang disangka, pasti ada godaan dari syaitan durjana, apatah lagi sering terbawa-bawa dengan nafsu yang bermaharajalela..



Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku dan berlalu pasti datang dengan sifat dan asbab. Begitu juga dengan hari-hari yang berlalu ini… Berlalunya setiap detik hitam kelam dek malam yang berkunjung tiba, putih cerah siang yang menjelma itu aturan Allah yang tak pernah lupa. Terkenang bicara seorang Ustazah yang Allah kurniakan padaNya suatu ilmu agar disampaikan kepada pendengar..



Jangan pernah lupa menyebut namanya dalam kehidupan seharian,, ALLAH itu punya nama untuk dipanggil..umpamanya kita mempunyai nama manja, apabila dipanggil dengan nama itu, sudah tentu terasa betapa orang yang memanggik cukup mengharapkan kita memandangnya.. lebih-lebih lagi ALLAH, tanpa kita memanggil namaNya pun sudah DIA memberikan segalanya apatah lagi jika kita benar-benar bermadu cinta denganNya, memanggil dengan nama-namaNya yang indah, sudah tentu ALLAH makin sayang kepada kita.



Hanya bibir dan hati memainkan peranan, hati yang kuat untuk muqarabah kepada ALLAH! Bukan susah malah jauh sekali sukar.. sekelumiy mengingatiNya, selaut kerahmatan dijanjikanNYA.



Ya ALLAH, betapa Engkau MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI, Cuma hambamu yang sentiasa lupa diri hingga terasa terpinggir dari KASIH dan CINTAmu sedangkan ENGKAU sentiasa dekat denganKU..



“…Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaMu tentang AKu, maka (jawablah), bahawasanya AKU ADALAH DEKAT. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu beriman kepadaKU, agar mereka itu selalu berada dalam kebenaran.” (Baqarah: 186)









Anis selalu meneliti bait-bait kata Rabi’atul Adawiyah, terlalu “cemburu” dengan cintanya kepada ALLAH!!!,, Anis meletakkan kata-katanya di atas blog ini agar sentiasa mengingatkan hati ini betapa tingginya Cinta Rabiah kepada Rabb berbanding diri yang cukup hina,,, kali ini izinkan anis berkongsi munajat insan yang benar-benar tulus ini dalam catatan anis yang tak seberapa ini..



Munajat Rabi’atul Adawiyah untuk renungan hatiku dan hatimu…

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!


“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.


“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.


“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”


“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”



Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”



Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”



Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,

Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,

Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,

Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”



Bagi anis, Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:



“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”



Subhanallah! Indahnya cinta Rabiah… Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:



“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”



Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat kebergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.



Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Ampuni diri ini ya ALLAH..



Setiap kali ada permulaan, pasti ada akhirnya…

Setiap kali ada awal pasti ada hujungnya..

Begitu juga,

Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti..

Setiap kali ada minggu pasti ada yang menunggu..

Setiap kali ada bulan pasti ada yang akan berdepan..

Setiap kali ada tahun pasti ada yang berpohon..

Yang pasti..

Adalah jaji ILAHI yang tiada siapa ketahui isinya

~diari Sufi~

p/s : ya ALLAH, aku bentangkan padaMU diriku y sebenar,.. hanya KAU maha MENGETAHUI btapa LEMAHNYA AKU, BETAPA HINANYA aku.. aku xmahu dihinakan lagi dgn AMANAH yang xtermampu aku jwb dihadapanMU kelak.. aku sudah berusaha,.. KAU nilailah..

cuba mengikhlaskan segalanya,

15/4/2011

2.22 p.m

M217


4 comments:

Anis said...

" Kita tidak dicela kerana tidak sampai ke tingkatan taqwa yang paling tinggi, tetapi kita dicela kerana tidak berusaha sedangkan kita masih berkemampuan "
(dr buku Bidayatul Hidayah)


BERUSAHA, BERUSAHA, DAN BERUSAHA...
INSYAALLAH, ALLAH BERSAMAMU.. (kata2 seorang sahabiah ^-^.. menyentuh jiwaku..

Laman Srikandi As Sofa said...

salam alaiki..
mohon nasihat daripada seorang kakak..

Laman Srikandi As Sofa said...

salam alaiki..
mohon nasihat daripada kakak..

Mat Ganu said...

Salam ziarah...