Friday, June 17, 2011

isror yang tercela




Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah.. baru sahaja selesai menghadiri walimah sahabat tercinta, melihat dua hati yang disatukan dengan ikatan yang sah membuatkan hati juga gembira tatkala sahabat juga girang.



Pagi ini cuba mengambil waktu untuk menulis lagi, walaupun badan masih belum sihat dan batuk-batuk. Membaca sedikit buku berkaitan tasawuf membuatkan Anis ingin berkongsi satu perkara yang menarik hati untuk dikongsikan. Mudah-mudahan menjadi renungan buat kita semua.



ISROR VS TAUBAT



Setiap insan ada melakukan kesilapan. PASTI..TIADA YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN DOSA..  Kesilapan yang membawa dosa adalah lumrah, tidak kira sama ada dosa tersebut adalah dosa kecil atau dosa besar. Namun sikap yang amat tercela ialah sikap isror, iaitu kedegilan untuk berterusan untuk terus melakukan maksiat. Firman Allah S.W.T:



(Dan antara ciri-ciri orang bertakwa) dan golongan yang apabila mereka melakukan perkara keji atau mereka menzalimi diri mereka, mereka ingat akan ALLAH lalu mereka beristighfar memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakan yang boleh mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka tidak degil dalam maksiat yang mereka lakukan sedangkan mereka mengetahuinya. (Ali-Imran:135)




Orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat seperti orang yang tiada dosa. Biarlah dosa setinggi langit, namun keampunan Allah itu lebih tinggi. Biarlah dosa seluas lautan namun apa yang pasti rahmat ALLAH itu lebih luas.



Tidak dinafikan ramai yang terlibat dengan dosa. Namun tidak perlu takut untuk bertaubat. Dengan kata kasarnya, dulu tau buat dosa, tapi kenapa tak tau pulak untuk bertaubat?



Isror yang mudah dilihat sebagai contoh, mungkin ada yang terlibat dengan riba, selagi tidak tahu bahawa perlakuan tersebut adalah riba, maka tidak mengapa, namun apabila kita tahu bahawa ia adalah riba namun kita bertegas untuk meneruskan amalan tersebut maka sudah wujud sikpa isror dalam diri kita. Contoh lain, dulu kita pernah tikam nombor ekor atau main loteri, kita rasa ia halal kerana membantu ekonomi. Namun, pada suatu masa kita sedar bahawa ia adalah sejenis judi yang haram. Namun dek kerana pernah memenangi hadiah maka kita enggan bertaubat dan berterusan melakukan dosa. Itulah isror.



Tanpa kita sedar, dosa kecil bertukar menjadi dosa besar jika ada sikap isror. Oleh itu, penawar kepada masalah ini ialah bertaubat.



Istighfar adalah kaedah yang baik dalam proses bertubat. Dalam riwayat Imam al-Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W beristighfar dan bertaubat setiap hari lebih 70 kali. Sesungguhnya pintu taubat terbuka sepanjang masa kecuali apabila matahari terbit dari sebelah barat atau roh sudah berada dikerongsong. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 18 yang bermaksud:



Dan tidaklah Taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. bagi orang-orang itu Telah kami sediakan seksa yang pedih.



Satu kata yang menarik untuk direnungi ialah ungkapan Ibn A’taillah yang berbunyi:


معصية أورثت ذلا وافتقارا خير من طاعة أورثت عزا واستكبارا
 “Maksiat yang menimbulkan rasa hina dan mengharapkan rahmat ALLAH lebih baik daripada ketaatan yang membangkitkan rasa besar diri dan sombong takbur”



Intipati ungkapan ini tidak lain hanyalah untuk mengajar agar insan segera menginsafi kesalahan seterusnya bertaubat. Sesungguhnya kotoran dosa dapat disucikan dengan air taubat. Sebaliknya apalah gunanya beribadat yang mana ia disulami dengan rasa riyak, takbur dan sebagainya.




Kesimpulannya, sikap isror  hanyalah akan menjerumuskan ahlinya ke dalam lembah kezaliman sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud: “dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.” Manakala kejayaan tidak akan pernah dicapai oleh orang yang zalim sebagaimana Firman Allah dalam surah yusuf ayat 23 “ Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan Berjaya.”



Semoga ALLAH sentiasa memelihara kita semua dari sikap isror  dan sentiasa menjadi dalam kalangan manusia yang dibimbing hatinya oleh ALLAH S.W.T…. Ighfirli ya Rabbi..



p/s: T_T إني أخاف إن عصيت ربي عذاب يوم عظيم...


Sekadar buat renungan diri,
7 Jun 2011,
Rabu,
8.15 a.m
Fi Baiti Sakinah.

p/s: baru sempat publish pd 17/6 …


2 comments:

Ibnu Bakri said...

syukran atas perkongsian ini,,kita mmg selalu leka dlm maksiat shingga lupa tntg taubat,tntg balasan apa yg kita lakukan,,,na'udzubillahi min dzalik,,taubat hendaklah disegerakan,dn jgn d tangguh..syukran ukhti,,

BaiTiL a'tiQa said...

Syukran untuk perkongsian...
Banyak manfaatnya...
Sentiasa bertaubat dengan Allah dalam usaha kita untuk berada hampir denganNYA...
(^-^)

"Moga diri dicintai Allah"