Monday, March 3, 2014

Alhamdulillah, respon pembaca

Bismillahirrahmanirrahim


Seseorang akan bersama siapa yang dia cintai. Itulah pesan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dalam hadis al-Bukhari dan Muslim. Cinta kepada Allah, kepada yang Maha Segalanya. Sentiasa berharap untuk bertemu al-Khaliq. Inilah puncak kebahagiaan. Pertemuan denganNya adalah sebesar-besar nikmat melebihi nikmat memasuki Syurga itu sendiri. Naungan cinta Allah inilah yang melingkupi semua interaksi kita dengan semua makhluk, termasuk hubungan dengan manusia. Berbagi rasa manisnya kenikmatan iman, dan mengajak mereka ke jalan yang diredhaiNya. Cinta kepada ALLAH tentu saja, bukan hanya ungkapan bibir,bukan sekadar janji tetapi ia harus dibaktikan sepanjang kehidupan dengan menjadi setiap inci dalam apa jua dilakukan sebagai IBADAH.


Apa jua yang Anis kongsikan dalam karya Menjejak Cinta ALLAH dan Rasul tidak lain, hanya berharap semoga dapat membangkitkan ‘rasa’ dan inspirasi di Terminal Musafir ini. Terminal Musafir ini merujuk kepada kehidupan yang merupakan persinggahan dan sebuah perjalanan atau musafir sebelum tiba di pintu kehidupan sebenar di sana. 



RESPON PEMBACA

Sekadar berkongsi respon beberapa orang pembaca yang Anis kumpulkan dari e-mel,twitter, facebook mengikut tulisan asal mereka ^-^




assalamualaikum akak anis humaira.alhamdulillah sy dah abis baca menjejak cinta Allah DAN RASUL..bnyak ilmu yg dpt saya pelajari sbg hamba allah yg lemah..alhamdulillah kerana dpt baca buku ini..persoalan sy disini ,klau boleh kak anis share sdikit sbnyak mcmmana nk cri idea yg mantap utk dijadikan sbuah buku mcm akak buat..terima kasih

OREO CHIPS





Sebuah perjalanan musafir yang menghadapi rintangan tidak terperi, Kisah berpaksikan tauhid sungguh luar biasa terinspirasi,
Intipati yang padat berunsur motivasi penuh muhasabah diri,
Pelengkap bicara yang sarat dengan kata-kata hikmah sangat diyakini,
Kiasan gaya bahasa santapan minda teruja tepat konotasi,
Mampat dengan kekuatan ilmu-nya sememangnya luas ilmu ilahi,
Penyampaian yang santai tidak membosankan malah mudah memahami,



diiklankan dengan pengajaran dan renungan penambah seri,
Diilhamkan dengan sunnah rasulullah semakin bervariasi,
Diselitkan dengan informasi yang lengkap hebat tersaji,



sekalung tahniah seikhlas kata anis humaira penulisannya tersendiri,
Buku pilihan terbaik berjaya mencuit hati kami

Farah Deena Sazmel


Your book is very interesting.. much better dan bnyk perkara yang saya tahu,,, bnyk jugak cerita2 yang menarik ,, besides the interesting story ,, I would know bnyk kata2 semangat dan bnyk lagi... happy to read this book..

Nur Ain Awatif





"Hasil karya kak Anis Humaira.. Banyak input, kata2 hikmah, puisi2 yang terkesan di hati.. Terima kasih kak Anis."

Nurul Zakiyyah

Klik untuk besarkan



...sebuah buku yang mengajak pembaca untuk mendekatkan diri kepada ALLAH swt dan Rasulnya ..dengan catatan inspirasi serta iktibar daripada kisah kisah masyhur islam dan diselit juga pelan tindakan dan nota saranan yang tampak ringkas namun dapat memberi keyakinan dan semangat kepada pembaca supaya menilai erti sebenar kehidupan sementara ini..buku ini juga menawarkan konsep yang berlainan dengan buku buku yang lain...



buku ini juga sangat santai dan ringkas dan seolah olah bercerita kepada pembaca itu sendiri ..puisi-puisi dan kata kata hikmah juga dapat membangun jiwa-jiwa yang lemah tatkala diri diuji ..



saya sangat tertarik dengan muka depan buku ini yang sangat kreatif dan cantik..dan juga tajuk buku yang memberi inspirasi untuk seorang pembaca untuk terus menjejaki cinta Allah dan rasul..harganya yang agak berpatutan sesuai dengan isinya yang ringkas namun penuh dengan ilmu 

ya ukht Anis Humaira ..semoga terus isqamah dalam setiap tindakan dan bidang yang diceburi ...may ALLAH bless u ..mabruk

Nurulhusna Abdullah




Review dari blogger : http://umiaify.blogspot.my/2014/09/menjejak-cinta-allah-rasul.html

Penutup


Bila baca-baca balik, macam testimoni barang-barang yang jual kat Facebook pun ada ^-^. Apa pun jua respon pembaca di luar sana, apa yang penting adalah semoga buku ini memberikan manfaat kepada kehidupan anda. Ilmu itu datangnya daripada ALLAH. Anis sangat gembira sekiranya buku ini telah mampu menberikan kesan yang positif kepada anda. Anis juga gembira apabila ada juga pembaca dari luar negara yang memberikan respon. Bagi pembaca yang ada meminta nasihat, Anis hanya mampu menjawab mengikut kemampuan yang ada dan menjawab tidak tahu sekiranya diluar pengetahuan diri ini.

‘Ala kulli hal, kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. Mudah-mudahan kita semua  dijadikan Allah sebagai insan yang ISTIQAMAH, tidak mudah tersasar. Semoga ALLAH memberikan kegembiraan, kenikmatan berupa Syurga Firdaus.  

Selamat meneruskan usaha MENJEJAK CINTA ALLAH & RASUL dan doakan Anis istiqamah dan kuat untuk terus menulis. Sekiranya anda ingin berkongsi respon ada, boleh terus komen dipos ini atau hantarkan e-mel kepada Anis (id_humaira@ymail.com) atau pm di Facebook (Anis Humaira). Semoga ALLAH membalas kebaikan anda semua ^-^

2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Assalamualaikum, Ana singgah sebentar sambil baca entry disini..Inshaallah, ada rezeki nanti, saya mahu membeli sebuah buku kamu ni.. :)

Anis said...

waalaikumsalam nana, alhamdulillah, terima kasih sudi singgah di teratak ini. Moga ALLAH permudahkan :) terima kasih atas sokongannya