Thursday, March 4, 2021

Singgah Semula





Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini ada yang PM setelah selesai membaca penulisanku di blog. Lalu aku mencari ruang untuk kembali ke sini. Ternyata ku temukan sesuatu yang ku rindukan. Aku melihat diriku yang dulu melalui penulisan lalu. Lantas aku sedar, aku sangat merinduinya. Merindui diriku dalam kebaikan berpanjangan. Ternyata masa lalu adalah sebuah hamparan kemanisan yang dapatku baca pada masa kini. Mungkin dahulu ada kisah-kisah yang inginku simpan rapi kerna pernah terasa pahit. Hakikatnya perjalanan hidup ini adalah sebuah helaian-helaian ceritera indah dikarang Sang pencipta. Ceritera yang kadang tersirat dan tersurat. Ceritera yang kadangkala adalah fatamorgana yang sering menipu diri ini dan adakalanya adalah kemanisan sebenar yang perlu ku kejar hingga bertemu noktah terakhir yang telah tertulis untukku.

4321,
Malam Jumaat,
Bintulu.

2 comments:

fmn said...

Kak nis memang suka menulis dari dulu hingga la kini. Makin banyak tulisan kak nis. Kak ah terfikir, kak nis masukkan je bulat² post FB dalam ni bilamana kak nis tak ada masa nak buat post khas untuk blog. Sayang tu kak nis. ☺️ Post kak nis manfaatnya banyak. Tempat² cantik semua tu boleh share dalam blog. Carian lagi meluas, masuk google search, capaian tinggi.

Happy day everyday, sahabat ❤

Anis said...

Terima kasih kak ah, haha tapi tulah dah makin malas menjenguk kat blog. ikut mood je. in shaa ALLAH ada masa lebih boleh buat idea kak ah tu