Friday, September 11, 2009

::bahagiakah aku??::

Mencari dan mencari,apakah erti bahagia di hati. Bukan cuba beretorika,bukan jua cuba keluar dari batas kebiasaan manusiawi, malah ini satu fitrah insani yang akan ada di setiap naluri. Mencari bahagia, itulah impian setiap hari yang di lalui. Tetapi pendefinisian sebagaimanakah bahagia itu wahai diri?

Dunia terus berputar,menggelintar penghuni pelusuk alam maya mencari erti keindahan bahagia di hati. Manusia cintakan kesempurnaan, manusia cintakan kecukupan , dan manusia tanpa silu mengejar ketertinggian taraf kehidupan. Benarkah,kesempurnaan mengundang ketenangan? Tenangkah dikau wahai nafsuku?

Andai di ukir bahawa bahagia itu milik dia yang ketawa sepenuh hati, lantas berbahagiakah si dia yang ketawanya di iringi syaitan durjana? Andai di nukil bahawa derita itu milik dia yang menangis,lantas menderitakah si dia yang menangis,merintih dan terhenjut-henjut bahunya di hadapan PenciptaNYa?

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki