Wednesday, January 6, 2010

::syukur nikmat::

bismillahirrahmanirrahim

lama benar rasanya anis tidak melakar coretan sejak sampai ke bumi afzan ini..
rindu rasanya utk mencoret sesuatu...
alhmdulillah juga kerna keputusan peperiksaan pun da diumumkan
walaupun belum secara rasmi namun anis cukup bersyukur..lebih2 lagi selepas melalui tahun 2009 y cukup menyukarkan, kejayaan dalam setiap kali peperiksaan seolah2 hadiah daripada allah di atas kesabaran...mungkin..atau juga mgkn ujian daripada allah... wallahua'lam biss0wab...

lagipun setiap manusia yang ingin berjaya akan diuji dengan pelbagai dugaan.

Allah swt sendiri ada menyentuh di dalam Surah Al-Insyirah: 5-6

Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Setiap yang berlaku juga ada hikmah disebaliknya.

…dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang is melarat kepadamu. Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui”-surah Al-Baqarah ayat 216

anis juga teringat pada satu ayat al-quran yang anis pelajari time f0rm4 dulu... sesungguhnya allah berfirman y berbunyi:

"..katakanlah,wahai hamba-hambaku yang melampaui batas hadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah. sesungguhnya Allah mengampuni d0sa-dosa semuanya.sesungguhnya Dialah y maha pengampun lagi maha penyayang
-az-zumar:53


kejayaan sebahagian warna-warna kehidupan
kejayaan seringkali mewarnai hidup
kejayaan warnanya cerah dan menarik
kejayaan adalah satu anugerah Illahi
namun bukan semua kejayaan di dunia baik bagi manusia
kejayaan hakiki adalah di akhirat


warna merah, kejayaan dengan keberanian jiwa
warna hijau, kejayaan dengan kebenaran yang hakiki
warna kuning, kejayaan dengan pengaruh pangkat dan kuasa
warna putih, kejayaan dengan kesucian hati
warna biru, kejayaan dengan kelembutan bicara sopan mesra
warna merah jambu, kejayaan dengan kemanjaan
warna hitam, kejayaan dengan helah dan tipu daya
warna unggu, kejayaan dengan kepura-puraan

kejayaan sering kali menyusul selepas kegagalan
kegagalan juga kadang-kadang menjenguk selepas kejayaan
bila kita alpa ...
namun kejayaan tidak datang bergolek
tidak terbang melayang


psss:tahniah sahabat2ku..teruskan melakar kejayaan di dunia ijazah ini... all the best..

No comments: