Wednesday, March 17, 2010

:: cerItA buMi seraMbi Mekah::



bismillahirrahmanirrahim..

walaupun da hmpir seminggu peristiwa ini berlaku namun anis nak citer juga..

.........................

citernya berlaku 12 mac y lepas, hr jumaat, Solat sunat Istisqa’ y diadakan utk memohon hujan bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Tuan guru melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

.....................................................................

Kisah hujan yang turun dengan lebat sewaktu Tuan Guru Nik Aziz dan pimpinan serta rakyat Kelantan yang lain belum sempat ruku' sewaktu mengerjakan Solat Sunat Istisqa (meminta hujan) cukup menginsafkan bahawa sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu, perkara itu akan terjadi dengan sangat mudah dan cepat.


1 comment:

wanufara said...

ana anak kelantan yg merantau, tak perasan pula pasal berita ni...

subhannallah...
apabila Allah menghendaki sesuatu, "kun fayakun..."